Pagi ni sedang aku asyik membelek-belek laman sesawang milik SKMM atau singkatan bagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, aku terperasan satu poster ada dilampirkan di laman utama. Poster tersebut adalah berkenaan dengan kes kanak-kanak hilang.
Berikut adalah poster yang dimaksudkan.

Kalau menurut poster yang disediakan, kanak-kanak yang bernama Lee Xin Ru ini telah dilaporkan hilang sejak 21 September 2010. Ini bermakna pada waktu entri ini ditulis, kanak-kanak tersebut sudah hilang hampir 2 bulan. Dalam masa dua bulan ni, pasti kedua ibubapa kanak-kanak ini sangat risau.
Kalau dulu, sekitar awal 90 an, bila ada je berita kanak-kanak hilang, maka akan diadakan perang poster, macam nak adakan pilihanraya. Sudahnya kos untuk ulang cetak tersebut menjadi sangat mahal.
Ringankan beban Ibu Bapa Kanak-kanak tersebut dengan membantu sekadar yang mampu.
Tulis dalam Blog
Bagi yang ada blog, suka untuk mengajak kamu semua untuk sebar-sebarkan berita ini. Mungkin tak salah rasanya kalau luangkan satu ruang, atau setidak-tidaknya tulis satu artikel berkenaan kisah kanak-kanak yang hilang ini. Mana tau salah seorang pembaca blog kamu pernah jumpa kanak-kanak tersebut.
Rasanya sekarang dah ramai yang ada akaun facebook. Jadi apa kata kita ramai-ramai bantu sebarkan poster tersebut. Boleh save as poster diatas, dan upload difacebook kamu. Insya Allah niat yang baik akan mendapat balasan yang sebaiknya dari Allah, tuhan semesta alam.
Jadi dalam kes ni, apa yang boleh kita bantu.. bantulah apa sahaja yang terdaya, walaupun hanya terhad sekadar penyebar berita dan poster.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 2% [?]

blog pun ok… faebook pun ok… macam2 medium sekarang ni…sebab yang nie kosnya paling murah.. dan cepat sampai…
zik baru-baru ni tulis pasal..HOKI malaysia mara ke final bertemu Pakistan!
kalau bolg yang SEO nya gempak gerenti akan lagi cepat sampai hhee jom bantu sebar-sebarkan poster kanak-kanak hilang ni zik