Bila umur dah makin bertambah ni, bukan ilmu je yang makin bertambah, pengalaman pun bertambah jugak.

Cume yang aku agak heran ni satu je la, dari sekolah rendah, masuk ke sekolah menengah, sambung ke matriks, terus la ke university, rasanya kalau dihitung-hitung balik… Banyak jugak benda yang aku dah belajar. Macam-macam jugak subjek yang aku dah lalui.
Patutnya dah boleh jugak kalau nak kata dah penuh ilmu di dada.
Kalau nak sebut bab buku teks, buku rujukan dan apa jenis buku lain sekali pun, pun dah sangat banyak yang aku dah baca. Ini tak termasuk lagi dengan nota-nota yang dalam bentuk hand-out. Kertas-kertas bersaiz A4 tu semua. Banyak…
Bahan-bahan bacaan, nota-nota yang aku dapati dari Internet, pun tak terkecuali banyaknya yang aku dah lalui. Dah baca.
Cuma satu je yang aku rasa agak terkilan. Mana tu semua dah pergi? Mana perginya benda-benda yang dah pernah aku baca ni agaknya ya?
Jawapan dia cuma satu. Aku dah lupakan tu semua. Sampai sekarang aku masih tercarik-carik, fenomena lupa tu, adakah ia berlaku dalam kawalan atau sebenarnya itu merupakan satu aktiviti luar kawal, dan ia berlaku tanpa aku sedar.
Macam silap mata pun ada jugak. Hari ni aku ingat banyak benda. Alih-alih semua benda yang aku dah hafal, dah ingat aku lupa macam tu je.
Satu masa dulu masa aku masih lagi sekolah rendah, aku pernah lupa ayat kursi. Hilang terus dari dalam memori aku. Padahal sebelum ni aku dah hafal ayat tu. Sampai sakit kepala aku cuba nak ingat balik, tapi… Can not go la.
Pening aku, macam mana benda yang aku baca hari-hari pun aku boleh terlupa jugak.
Selang beberapa hari, ayat tu macam ‘kembali’ pada aku balik. Aku tak rujuk mana-mana lepas aku ‘lupa’ ayat tu. Cumanya lepas beberapa hari tu la, ayat tu macam kembali semula dekat aku. Syukur.
Manusia ni memang lemah, walau sekuat mana pun minda seseorang tu.. Lambat laun pasti akan diserang penyakit lupa jugak. Bukan kita nak, tapi nak buat macam mana kan, dia yang nak datang sendiri.
Tapi penyakit lupa ni pun bukan lah teruk sangat. Ada kebaikan nya. Walaupun banyak orang yang memandang ‘lupa’ tu dari sudut yang negatif.
Bayangkan… kalau tak ada istilah lupa dalam dunia ni.. mesti tak lengkap. Orang yang bergaduh akan lambat untuk berbaik, sebab asik teringatkan kisah-kisah lama yang dah basi.
Orang yang ada pengalaman pahit akan sentiasa trauma, sebab tak boleh nak lupakan apa yang pernah dilaluinya. Asyik ingat benda-benda yang tak baik selalu.
Kepala pun akan selalu sakit, asyik kena ingat macam-macam benda. Padahal kita tak perlu nak ingat terlalu banyak benda.
And… Bagi aku, life akan jadi kurang menyeronokkan.
Pernah tak korang rasa, satu hari tu korang dah lambat nak pergi keja.
Punya la korang rushing, mandi pun ala kadar, pakai baju pun main grab je ape yang ada.
Keluar je dari pintu rumah, ha… ambik ko… ada berpuluh-puluh anak tangga yang korang nak kena turun.
Sampai dekat kereta, baru korang sedar…
Rupenye kunci kereta masih duk posing baik punye lagi atas meja solek korang. Hmm.. Kan best tu.
Kalau semua benda korang boleh ingat.. Tak la jadi macam ni. Everything is perfect. Eww hanya tuhan sahaja yang perfect ya.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 1% [?]

No comments yet.