Nyamuk Pun Tau Nak Gigit Sape!

Selamat petang semua. Kenape selamat petang? Sebab aku tulis entry ni waktu petang.

So, ape panorama biase yang korang akan saksikan waktu petang-petang macam ni? Tak pe biar aku teka, korang akan dapat tengok panorama matahari terbenam, bumi perlahan-lahan menjadi gelap, anak-anak kecik yang main dekat luar rumah sorang-sorang dah nak mula balik rumah dan waktu-waktu macam ni mula la si makhluk kenit iaitu nyamuk mula mencarik makan.

nyamuk

Kalau dekat tempat aku, this is just a normal scene. I mean part nyamuk tu la, bila dah nak malam je mula la nyamuk serang satu rumah. Waktu siang-siang tak ada pun. Ntah mane mereka semua pergi. Puase? Maybe. Tido? Mungkin juga. Bercuti? Tu aku tak pasti.

Tapi korang tau tak yang nyamuk ni sebenarnye tau nak pilih kasih (cewah). Die tau nak lebihkan menggigit  (love bite) dekat sape dan nak bagi kurang gigitan dekat sape.

Kenape? Tak percaye? Bunyi macam tak adil pun ade kan. Tapi ni memang faktanye.

Kalau korang ni jenis yang berbadan kecik atau sederhana, memakai pakaian yang cerah, bila duduk tu betul-betul nampak macam statik, kecenderungan untuk korang kena gigit oleh nyamuk adalah sangat-sangat rendah. Mungkin nyamuk pun tak tertarik untuk gigit korang.

Nyamuk sebenarnye tertarik secara penglihatannya dengan warna, bentuk atau saiz dan pergerakkan, dan juga dengan gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh seseorang sewaktu bernafas. Andai kata korang berada ditengah padang, most likely nyamuk akan tertarik dengan korang disebabkan oleh penglihatan nyamuk itu sendiri. Nyamuk akan tertarik secara visually terhadap diri korang. Tapi, sekirenye korang berada dalam tengah hutan yang gelap dimana cahaya agak kurang, pada waktu tersebut nyamuk akan lebih tertarik dengan karbon dioksida yang korang bebaskan.

Pada kebiasaannya, lagi besar badan korang, lagi senang untuk nyamuk nampak korang dan lagi banyaklah gas karbon dioksida yang akan korang bebaskan sewaktu bernafas. Ini menjadi sebab kenapa orang berbadan besar ni menjadi perfect target bagi nyamuk. Disebabkan itu jugaklah sebenarnye lelaki ni lebih kerap digigit nyamuk berbanding wanita. Sekiranya korang cube untuk menepis-nepis, atau cube-cube untuk menghalau nyamuk dengan tangan atau ape saje, korang akan menyebabkan diri korang menjadi target kepada lebih banyak nyamuk. Ini adalah disebabkan sewaktu korang cube menepis-nepis nyamuk tersebut, korang sebenarnye telah membebaskan lebih banyak karbon dioksida daripada biasa. So, it is actually better for you to stay still and act  cool.

So, kalau sebelum ni korang pernah dengar fakta yang mengatakan orang yang badan besar ni darah lebih manis lah itu semua merepek je. Rasa darah semua same je. Kadang-kadang ada jugak yang kata orang tak mandi ni lagi senang nak kena gigit dengan nyamuk. Bab orang tak mandi ni sebenarnye ade kena mengena dengan pembebasan gas karbon dioksida. Orang yang tak mandi ni biasanye dia akan rasa panas, untuk itu dia akan bernafas dengan lagi cepat supaya oksigen yang masuk dalam badan akan membantu menyejukkan badan dia. Lagi laju dia bernafas, lagi cepatlah dan lagi banyaklah dia bebaskan gas karbon dioksida berbanding orang lain.

Apa yang menariknye ialah, cuma nyamuk betina saje yang menggigit. Nyamuk betina ini memerlukan sejenis protein yang terdapat dalam darah manusia untuk menghasilkan telur, dimana protein yang diperlukan tersebut tidak mampu dihasilkan sendiri oleh nyamuk betina itu tadi. Sesetengah nyamuk hanya menggigit haiwan berdarah sejuk seperti reptilia macam katak. buaya atau ular.

Jadi, kalau korang nak pergi camping atau nak adakan ape-ape parti, so aku ada beberapa nasihat yang mungkin berguna. Patikan ade bersama korang seorang yang badan besar yang memakai baju gelap, yang anti dengan nyamuk, yang tak boleh nak duduk diam. Gerenti nyamuk-nyamuk yang ada gigit die sorang je, dan yang lain-lain akan terselamat. Tapi make sure korang jangan bagitau fakta ni dekat die. Kang die tak nak pulak ikut korang punye aktiviti.

Selamat mencube, and komen sikit ye untuk bitau ape hasilnye.

p/s: Artikel ini ditulis setelah aku membuat pembacaan di Reader Digest keluaran August 2005.



Popularity: 2% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Responses to Nyamuk Pun Tau Nak Gigit Sape!

  1. kenwooi February 28, 2010 at 9:16 pm #

    mosquitoes are nuisance! =)

    • sabree February 28, 2010 at 9:25 pm #

      yeah, kill it before it kill you
      Kill! kill! kill!

Leave a Reply

CommentLuv Enabled