Panduan Mudah Kuasai Bahasa Inggeris

Bermula tahun akan datang, iaitu 2011, seramai 370 orang pakar bahasa Inggeris bakal berkhidmat di Malaysia bagi membantu proses pembelajaran bahasa Inggeris mengikut  international standard. Antara golongan pelajar yang menjadi kumpulan sasaran adalah dari kategori pelajar sekolah rendah.

Inisiatif ini jugak pada asalnya adalah selari dengan apa yang dikehendaki oleh rakyat Malaysia sendiri. Mungkin akibat penguasaan bahasa inggeris masih lagi belum mencapai tahap yang membanggakan, justeru, usaha seperti ini dilihat dapat membantu.

Dari segi fact and figure, memang aku tak dapat nak tunjuk dengan jelas, tapi yang pasti tahap penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah memang agak mengecewakan. Itu sekolah rendah, macam mana pulak halnya dengan sekolah menengah? Kalau dekat tempat aku sendiri, iaitu kawasan pekan, penguasaan bahasa inggeris dalam kalangan pelajar sekolah menengah pun boleh dikira sebagai lemah.

Kadang-kadang aku hairan, kalau bahasa tu diorang ni semua tak dapat nak mahir, macam mana diorang nak cemerlang dalam matapelajaran sains, matematik dan matapelajaran bahasa Inggeris itu sendiri. Aku percaya, cikgu-cikgu, pihak sekolah, kementerian ataupun kerajaan semua dah lakukan sesuatu untuk bantu pelajar-pelajar kita untuk menguasai bahasa Inggeris.

Cuma di pihak pelajar tu sendiri, cukup atau tak usaha yang diorang ni ambik. Sejauh mana pelajar-pelajar ni semua memberi respon pada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pihak-pihak terlibat.

Biar aku Bantu


Ini adalah sekadar perkongsian dari aku. Untuk terlibat secara langsung bagi membantu mengajar bahasa ini kepada orang ramai, memang diluar kapasiti aku. Namun aku ada cara tersendiri bagaimana aku belajar bahasa inggeris, dan pada masa yang sama menguasai bahasa tersebut.

Belajar Bahasa Inggeris Melalui Game

Video Game pun boleh bantu kita kuasai bahasa Inggeris. Tapi impak dia tak ada la besar sangat. Kebanyakkan game yang ada dekat pasaran menggunakan bahasa inggeris.So bolehlah sambil main game, sambil kita belajar bahasa inggeris ni.

Aku masih ingat lagi, masa aku mula-mula bertekad nak kuasai bahasa Inggeris, memang aku siang malam main game. Setiap minggu kalau boleh nak beli cd games. Ok, pemilihan bentuk games.. kalau boleh pilih la games yang berbentuk quest, pengembaraan, yang memerlukan kita menyelesaikan sesuatu misteri dengan cara perlu menyelesaikan teka-teki dan sebagainya.

Antara game yang aku pernah cuba ialah game penyiasatan seperti Nancy Drew dan Sherlock Holmes. Mystery solving, kena paham betul-betul apa benda yang nak diselesaikan dalam sesuatu kes. Ala-ala jadi detektif tu, apa-apa pun dictionary kena sentiasa ada dekat sebelah untuk membantu melancarkan permainan.

Baca Surat Khabar Bahasa Inggeris

Biasanya aku akan bukak bahagian kartun je. Baca la cerita pasal Garfield, Scooby Doo, amazing spiderman dan lain-lain kolum kartun. Bagi aku tak perlulah nak baca panjang-panjang. Baca sikit je pun dah kira okay, asalkan kita boleh faham apa yang dibaca.

Televisyen

Kurangkan lah tengok cerita melayu, dan lebihkan tengok cerita bahasa inggeris. Kalau nak sangat tengok cerita melayu, pastikan korang baca subtitle yang disediakan. Jangan abaikan subtitle bahasa inggeris yang disediakan. Drama indonesia? It is a no no. Tak payah tengok la.

Music

Kalau sekadar baca akhbar atau penulisan dalam bahasa inggeris, atau sekadar mendengar cara percakapan bahasa inggeris di kaca televisyen memang masih far from perfect. Itu semua masih belum cukup la. Apa kata gunakan medium music untuk mahirkan diri korang dengan bahasa inggeris.

Dengar lagu, baca lirik, hafal lirik, ikut nyanyi sekali. Paling tidak, lepas ni korang akan mampu untuk menyebut perkataan-perkataan english dengan baik. Nyanyi dalam bahasa inggeris untuk beri korang feel macam mana nak sebut sesuatu perkataan bahasa inggeris dengan sebutan yang tepat dan dengan cara yang tak membosankan.

Kamus pun kena selalu bukak

Ini memang tak boleh nak tinggal. Mana mungkin kita boleh tahu semua perkataan. Pasti ada satu atau dua perkataan yang kita tak biasa atau tak pernah dengar. Bila berhadapan dengan situasi macam ni, apa lagi nak tunggu? Bukak la kamus.

Ni tak, ada setengah pelajar ni.. kamus pun tak ada. Macam mana lah nak pandai bahasa inggeris kalau kamus pun tak ada. Keluar la duit tu sikit, bukan rugi pun. Akhirnya nanti korang jugak yang akan jadi pandai BI. Ataupun korang nak tunggu sampai kerajaan buat skim pemberian kamus secara percuma.

Tusyen Bahasa Inggeris

Kalau korang rasa korang masih lagi tak dapat nak kuasai bahasa ni, dan korang rasa masalah korang ni agak kronik. Maybe korang patut consider untuk pergi ke kelas tusyen yang specialize untuk mengajar bahasa inggeris. Dapatkan seorang guru untuk mengajar korang sampai jadi pandai.

Yosh selamat mencuba

Sila klik

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 4% [?]

Share/Save/Bookmark

,

10 Responses to Panduan Mudah Kuasai Bahasa Inggeris

  1. aimannajmy November 11, 2010 at 4:08 am #

    Salam..first time bg komen dan singgah blog ni hehe… kaedah paling best bg aku adalah bljr melalui games RPG (ps2/ps3/pc) dan dengar lagu BI selalu..nk best dgr lagu rap yang pjng bejela huhu
    aimannajmy baru-baru ni tulis pasal..Banjir di Kedah terburuk semenjak 100 tahun!My ComLuv Profile

    • sabree November 11, 2010 at 10:40 pm #

      Oh macam mana eh boleh jumpe blog ni hhe thanks2 sebab singgah. Dulu masa aku kecik-kecik selalu main game pokemon. Tak kisah la blue, yellow, red. Game pokemon tau-tau je la, bebel banyak betul

  2. fitri November 12, 2010 at 10:51 pm #

    effort utk belajar bahasa kurang..tu yang x mahir-mahir..pd hal hampir tiap tahun belajar BI…huhu
    fitri baru-baru ni tulis pasal..Yamaha 135LC 2011 Yang Garang!My ComLuv Profile

    • sabree November 13, 2010 at 9:02 pm #

      kalau belajar dalam bahasa inggeris mesti boleh mahir punya la

  3. zik November 14, 2010 at 10:40 am #

    mungkin sebabnya kurang mempraktikkan bahasa inggeris tuh… sebab tuh masih lagi gagal untuk menguasai bahasa inggeris ….sampai sekarang..huhu
    zik baru-baru ni tulis pasal..Malaysia mara ke pusingan kedua biarpun kalah dengan China 3-0My ComLuv Profile

    • sabree November 14, 2010 at 1:34 pm #

      zik, jom blogging dalam english hhu

  4. ardzham November 15, 2010 at 4:44 am #

    bahasa inggeris ni aku memang lemah sangat-sangat. teringinlah jugak nak lancar dalam bahasa inggeris ni, tapi banyaklah pulak masalahnya (alasan kot!)

    kadang tu kalau nampak ada pelancong luar, aku takut nak datang dekat, bimbang diaorang tanya apa-apa kat aku. nanti apa aku nak jawab?..
    ardzham baru-baru ni tulis pasal..Pendidikan Muzik Dan PERKESOMy ComLuv Profile

    • sabree November 16, 2010 at 3:40 am #

      Masa mula-mula sampai dekat KL dulu, saya pun agak takut bila terpaksa berhadapan dengan pelancong luar. Tapi lepas dah bersembang dengan satu atau dua, baru saya tau, ada jugak antara pelancong luar ni lagi teruk bahasa inggeris diorang dari kita. Terutama sekali yang datang dari negara selain daripada amerika atau united kingdom. Macam dari belanda, german, india..

      So, boleh je. Kita layan je diorang ni walaupun kita tak terer bahasa diorang. At least biar diorang tau, kita lagi sayangkan bahasa ibunda kita

  5. donnyien November 17, 2010 at 7:40 pm #

    baca paper tu benda yang mesti kena buat tiap hari..

    • sabree November 17, 2010 at 10:16 pm #

      Baca online news yang bahasa inggeris pun jadi la

Leave a Reply

CommentLuv Enabled