Entry kali ni masih lagi berkisar berkenaan dengan sistem pembayaran balik PTPTN melalui kaedah pemotongan gaji. Dalam entry yang lepas aku ada sebut yang kaedah pemotongan tersebut bakal dilaksanakan pada tahun 2011. Tapi nampaknya tak jadi dijalankan pada tahun tersebut.
Note: Ini adalah entry terdahulu. PTPTN: Pembayaran Balik Menerusi Potongan Gaji Bakal Dilaksanakan June 2011

Setelah kajian demi kajian, rombakan demi rombakan, akhirnya putus la kata sepakat yang kaedah pembayaran semula PTPTN melalui kaedah pemotongan gaji mungkin hanya boleh dilaksanakan pada tahun 2013.
Jadi, menurut menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sewaktu mengulas kepada pemberita, banyak kajian perlu dijalankan terlebih dahulu demi menjaga kepentingan banyak pihak. Pihak pelajar, pihak majikan, pihak PTPTN sendiri dan juga pihak kerajaan.
Pendapat peribadi pulak, kerajaan yang memerintah sekarang ni wajarlah berbuat sesuatu supaya hasrat pemotongan gaji bermula pada 2011 itu tak berjaya dilaksanakan. Pastinya mereka tak mau kelihatan lemah dan tak berdaya menangani isu ini. Sebelum ia dijadikan senjata untuk pembakang mewujudkan sentimen kurang senang dan meraih undi demi merampas tampuk pemerintahan negara.
Mahasiswa ni, kalau bab-bab yang melibatkan diri diorang ni, kejap je melompat. tengok je tahun 2008 dulu. Baru je dijanjikan itu ini, begitu begini. Terus terbuka hati. Last-last bila apa yang dijanji tak menjadi, terus masuk tv.
Undi? Ialah.. tak silap aku 2013 nanti akan ada lagi pilihan raya umum untuk kali yang ke 13. Pilihan raya umum ke 12 dijalankan pada 08 mac 2008 (080308).
Bab pilihanraya tunggu lah sampai masa baru aku ngomel lagi bab ni. Sekarang ni masih lagi topik perbincangan PTPTN. MenurutDatuk Seri Khaled lagi, laporan yang disiarkan oleh media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh tersebut pihak kementerian pengajian tinggi dijangka akan hanya selesai membuat rundingan.
Menurutnya lagi,
“Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. ~ Sumber Utusan Online
So, sape kata media tu tak buat silap? Tak buat kenyataan yang salah. Agak-agak la kan, dalam 10 benda yang dilaporkan oleh pihak media selama ni pada kita, berapa yang tepat?
Bagi aku pulak.. susah nak kata dengan tepat. Mungkin korang nak tau, sejauh mana ikhlasnya media massa. Tak rugi ambil berat.
Tapi nak buat macam mana, kadang-kadang cuma itu je la tempat kita bergantung harapan untuk dapatkan maklumat.
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 2% [?]

salam..
sy ingin mnanyakan sekiranya da tamat pengajian bgaimana cara utk mbyr ptptn?? bgaima juga sekiranya belum mdapat perkerjaan..bunga ptptn 2 makin meningkat k??