Pemimpin Belanda Hina Al-quran (Bagus Sangat Ke?)


Salam sejahtera semua. Semoga korang semua berada dalam keadaan yang sihat ye.

Untuk entry aku kali ni, aku tertarik untuk bercerita mengenai seorang ahli politik warganegara Belanda. Sebenarnye baru 2 minit yang lepas aku belek-belek story dalam berita utusan online, dan salah satu cerita yang menarik perhatian aku ialah kisah berkenaan Pemimpin Belanda Hina Al-quran.

Al-quran merupakan sebuah kitab yang diturunkan kepada junjungan besar Nabi Muhamad s.a.w sebagai petunjuk kepada seluruh umat manusia. Setiap ayat yang terkandung dalam al-quran itu sendiri adalah merupakan kalimah Allah. Jadi, bile keluar je laporan yang mengatakan Pemimpin Belanda ni hina al-quran, aku jadi tertanye-tanye.

Siapa die ni? Bagus sangat ke die ni? Kenapa mesti die nak hina al-quran? Ape masalah die? Die bukan saje hina al-quran, tapi pada masa yang same, die juge menghina Allah, tuhan semesta alam. Jahil ke orang ni sebenarnye? Ah..macam-macam lagi lah sebenarnye yang bermain-main dalam kepala aku.

Thanks to the development of internet, persoalan-persoalan yang bermain dalam benak aku ni, aku boleh dapatkan jawapannye dengan cepat. Tengkiu ye encik google.

Siapa die ni?

Untuk soalan yang pertama ni, nama die sebenarnye ialah Geert Wilders. Die ni merupakan seorang ahli politik, dan warganegara Belanda. Kalau korang semua masih ingat, dalam sekitar bulan mac tahun 2008 yang lepas dunia pernah digemparkan berkenaan seorang pemimpin Belanda yang dengan sombongnye menghina Nabi Muhamad s.a.w. Sebenarnye, pemimpin Belanda itu jugak adalah Geert Wilders. Orang yang sama.

Rentetan daripada kejadian menghina nabi, kebanyakan negara-negara islam mula memboikot produk-produk yang dikeluarkan oleh negara Belanda. Mana-mana barang yang diimport dari Belanda banyak yang dihantar balik. Ini jugak menunjukkan yang negara islam tak suka dengan penghinaan yang dilakukan oleh Geert Wilders ni.

Bawah ni merupakan gambar die.

geert-wilders

Sekiranye korang tak tau lagi ape penghinaan keatas nabi yang die ni pernah lakukan, biar aku bagitau. Satu masa dulu die (Geert Wilders) ni pernah mendakwa yang nabi merupakan seorang ‘gasar dan fidofilia’. Kalau korang merujuk semula pada kamus dewan, korang akan dapati definisi gasar itu membawa maksud orang yang ganas dan kasar. Pada masa yang sama ia juge memberi pengertian orang yang tidak bertamadun dan biadap.

Namun, atas alasan ape die nak katakan yang Nabi Muhamad itu merupakan orang gasar? Sekirenye kita belajar sirah (sejarah) nabi, kita akan dapati Nabi itu sendiri mendapat gelaran Al-Amin sewaktu baginda masih lagi diusia muda remaja. Semua suku arab sangat percayakan Nabi, dan mereka amat terpegun dengan sikap baik yang ditunjukkan oleh Muhamad pada ketika itu.

Nah..Kalau Muhamad itu gasar, maka seluruh orang arab adalah buta sebab memberi gelaran yang sedemikian rupa kepada Muhamad. Walaupun pada masa itu bangsa arab dikenali sebagai arab jahiliah, ini bukan bererti bangsa arab ketika itu langsung tidak bertamadun. Bodoh dan bengap. Sama sekali tidak.

Malah terbukti dalam kalangan bangsa arab ketika itu, terdapat golongan-golongan bangsawan, ahli pernigaan yang berjaya dan sebagainya. Dikatakan bangsa mereka sebagai jahiliah hanyalah kerana cara hidup mereka yang langsung kurang bermoral. Antara yang biasa kita dengar seperti menanam anak perempuan hidup-hidup, berzina dan minum arak. Namun perkara-perkara seumpama ini langsung tak dilakukan oleh nabi.

Tak perlu nak memiliki bergulung-gulung ijazah, sarjana kedoktoran dan macam-macam lagi pengiktirafan untuk mengetahui peribadi sebenar nabi Muhamad. Cukup sekadar korang tamat sekolah rendah, pastinya korang akan dapat kenal keperibadian nabi.

Selain tu, die ni jugak menuduh yang Nabi Muhamad itu merupakan seorang yang paedophile atau fedofilia dalam bahasa melayunye. Aku tak dapat nak carik definisi fedofilia dalam bahasa melayu, tapi aku dapat carik definisi paedophile.

Menurut kamus Cambridge Advanced Learner’s Dictionary second edition, paedophile membawa pengertian,

A person, especially a man, who is sexually interested in children

Tuduhan ni timbul berikutan Nabi berkahwin dengan Saidatina Aisyah. Macam mana tu? Nabi akad nikah dengan Aisyah sewaktu Aisyah berumur 6 tahun pada waktu tu. Namun, Nabi menunggu sehingga Aisyah berumur 9 tahun, barulah nabi membawa Aisyah untuk tinggal serumah dengan nabi.

Yang peliknye, perkara ni dah berlaku lama dahulu. Waktu tu, tak ada pun orang-orang islam yang mempersoalkan tindakan nabi ni, orang-orang kafir quraisy yang mengejek nabi, mahupun orang-orang yahudi yang mengecam nabi. Bagi aku, ini menunjukkan orang-orang yang hidup pada zaman tersebut lebih mengetahui apa sebenarnye yang berlaku pada waktu tersebut. Disebabkan itu jugaklah, langsung tak kedengaran cakap-cakap belakang yang menghina nabi pada waktu tu.

Tapi pada waktu ni, orang macam Geert Wilders yang tak tau menahu pun ape yang berlaku pada waktu tu, tibe-tibe nak tuduh nabi kita yang bukan-bukan. Tuduhan itu pulak sedikit sebanyak meresahkan sebahagian daripada orang-orang yang menggelar diri mereka sebagai islam. Patut ke? Kalau dah benda nabi kita buat, maknanya betul la. Tak perlu sebenarnye nak persoal atau pertikaikan lagi.

Itu secara mudahnye. Apa nabi buat gerenti betul punye. Tapi sebagai orang islam, macam mane pun siasat la dulu. Tak rugi, malah boleh menambah pengetahuan.

Jadi, lepas aku perhatikan segala tuduhan-tuduhan yang die lakukan ni, terbukti lah yang sebenarnye die ni tak sebagus mane. Mungkin die lupe untuk membuat kajian-kajian yang terperinci sebelum berkata-kata. Nampaknye emosi lebih berkuasa dalam dirinye berbanding kecerdasan akal dan minda.

To cut it short, Geert Wilders sebenarnye adalah seorang ahli politik yang ‘dahsyat’. Die menggunakan sentimen anti Islam sebagai manifesto perjuangannye. Dengan ini, die berharap dapat memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya yang bakal diadakan pada bulan Jun 2010.

Bagi aku, sebagai seorang yang bukan beragama islam, ianya adalah lumrah bagi orang-orang seperti Geert Wilders ini untuk membenci Islam dan mencetuskan sentimen keagamaan seperti ini. Namun, aku akan menjadi pelik tahap seekor keldai apabila orang islam sendiri yang mencetuskan sentimen yang seumpama ini.

Moga dijauhkan..

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled