Salam sejahtera buat pengunjung blog ni. Blog ni nak kata rajin dan selalu di update pun tak jugak, sebab tu la korang kalau ada kesempatan boleh la nampak ada kalanya blog ni terbengkalai lama tak berusik.
Reason? Malas campur sibuk campur tak cukup masa.
Tipu la kalau nak kata tak ada masa, sebab tuhan tu maha adil… Dia bagi semua manusia masa yang sama. Generaly orang percaya kita ada 24 jam sehari, tapi hakikatnya berapa yang kita ada… Cuma tuhan je yang tahu jumlah yang tepat.

Hari ni aku rasa aku dah tak boleh nak tahan-tahan lagi. Hati aku melonjak-lonjak rasa nak hentam Media Massa yang ada dekat Malaysia ni. Tak kira lah yang tergolong dalam arus perdana (main stream) mahupun yang letaknya di kategori Media alternatif.
Semua sama je, terpesong lagi memesongkan.
Well… Memang la tak semua, tapi rata-ratanya hampir sama.
Sebagai contoh surat khabar. Memang la tebal… Berpuluh-puluh page. Tapi isi kandungannya bagaimana? Penuh dengan fakta atau sampah?
Tet!!!!!! Betul! Sampah.
Tengok paper Metro sekarang ni? Maksud aku Harian Metro. Bagi aku diorang ni saje je tulis cerita-cerita sensasi pasal kena tangkap basah lah, kena rogol la, bersekedudukan.
Reason? Off course cerita-cerita yang macam ni yang lebih menarik perhatian.
Cerita pasal jenayah dan lain-lain isu tak menarik ke? Menarik, cuma effect dia pastilah kurang berbanding cerita-cerita dan kisah-kisah yang menjurus kearah seksual.
Kalau asyik cerita pasal kes ragut, rompak, bunuh, dan samun.. Ini akan menimbulkan rasa panik, dan rasa kurang selamat dalam negara. Rakyat akan mula mempersoalkan kredibiliti pasukan keselamatan negara. Sudahnya silap-silap akan jadi kacau bilau Satu Malaysia.
Andaikata pulak asyik lapor kes-kes berkenaan bencana alam, musibah, kemalangan jalan raya, ataupun mungkin berkenaan dengan penyakit baru dan virus-virus. Macam mana? Sama jugak. Ni akan menimbulkan kesan panik dalam masyarakat. Kalau surat khabar buat laporan ada virus tengah merebak dekat KLCC, alamat kosong la KLCC tu.
Sunyi sepi.
Nak letak kes kebakaran, kerosakkan harta benda, ancaman hidupan liar dikawasan perumahan. Boleh je. Letak dekat muka depan sekali. Tapi ade ke yang nak baca? Alah… Risiko beb. Kang tak terjual pulak paper tu. Rugi. Dah print berjuta-juta copy.
Benda-benda yang melibatkan seksual ni berlaku tiap hari-hari ke? Mungkin.
Macam mana pulak dengan kes-kes lain? Maksud aku yang berkenaan dengan kemalangan, rompakan tu semua… Yang bukan kategori seksualu… Berlaku kadang-kadang je ke? Mustahil.
Tapi kenapa kes yang melibatkan seksual jugak yang jadi keutamaan?
Well, untuk kes ni, aku pasti pihak akhbar dah menjalankan kajian mereka sendiri berkenaan cerita yang bagaimana yang lebih mendapat sambutan masyarakat.Isu yang bagaimana yang dapat melonjakkan sales surat khabar mereka.
Andaikan sekiranya akhbar banyak diselitkan dengan unsur-unsur nasihat, motivasi, pengajaran, ilmiah dan macam-macam lagi perkara positif… Persoalannya, mahukah orang baca? Atau persoalan yang lebih penting, mahukah orang beli?
Orang akan beli, tapi banyak mana sangat la yang nak beli.
Sebab tu ada jugak betulnya, bila ada peluang… Ambik la masa untuk renungkan.
Adakah Media Massa bersusah-payah melaporkan sesuatu berita disebabkan mahu menyampaikan maklumat dan informasi dengan ikhlas, ataupun disebabkan mereka tahu mereka boleh menjual informasi dan maklumat-maklumat tu semua kepada kita?
Always remember… Syarikat akhbar tu jugak menjalankan perniagaan. Perniagaan surat khabar. Selagi mana ada orang beli informasi dari mereka, selagi tu mereka akan terus wujud.
Tapi bagaimana pulak bila orang dah mula kurang nak beli info dari mereka?
Jeng jeng jeng
Jangan terkejut kalau korang terperasan sehinggakan ada syarikat akhbar yang sanggup tulis benda-benda palsu semata-mata nak lariskan jualan surat khabar mereka.
Maklumat dan informasi dalam tu?
Tak payah nak gaduh. Memang dah pasti kesahihan dan originaliti nya boleh dipertikaikan.
Ini ke yang masyarakat millenium mahukan.
Ah… Ini lah masa yang paling sesuai untuk kita guna akal untuk sama-sama fikirkan mana yang baik dan mana yang baik ditinggalkan.
Ape kejadahnya kita nak support pihak yang seronok memesongkan kita dengan menjual akhbar-akhbar mereka, dan kita pulak tak henti-henti support mereka dengan membeli produk (surat khabar) keluaran mereka.
Apa semua ni…
Popularity: 1% [?]

Hi…Sabree
Saya berminat la ngan Clickbank ni (agak ketinggalan skit)
Masih ada dijual tak? Berapa harganya sekarang?
Ada juga tanya dengan tuan punya (GK) tapi tdk kena reply.
hye Aida..
erm macam dah salah letak komen je hhu..
Nampaknya rahsia clickbank gobala dah tak jual lagi dekat pasaran..
dulu pun pernah tutup jualan, lepas tu bukak balik.
Tapi nampak gaya kali ni macam dah ttup terus..