Selamat Pagi Semua

Ironinya… aku rasa dah agak lama tak post sesuatu dalam blog aku sendiri. Sudah agak lama, tak ada sebarang entry yang berbentuk pendapat dan andaian-andaian yang adakalanya tepat mengena, dan adakalanya tersasar walaupun sekadar terkena sisi.

Aktiviti blogging di cutikan sejenak demi memberi laluan kepada aktiviti lain yang lebih menekan dari segi kepentingannya, dan jugak lebih memerlukan tumpuan berbanding blogging yang adakalanya masih boleh dilakukan walaupun sekadar suka-suka.

Namun eksperimen berkaitan blogging masih tetap berjalan seperti biasa. Pernah satu ketika, aku beranggapan yang alexa rank akan jatuh menjunam, dan akan menjadi semakin hambar setelah blog dibiarkan tak ada sebarang update. Nampaknya hipotesis tersebut kurang tepat.

Hakikatnya, aku masih lagi kurang faham bagaimana script-script dan algoritma alexa berfungsi, dan mungkin juga aku patut biarkan dulu persoalan tersebut di saat ini untuk mereka buat kerja mereka, dan aku buat kerja aku.

Sesekali, bila aku tak menulis, nak jugak aku lihat apa hasilnya selepas beberapa lama berehat. Adakah style penulisan aku akan menjadi bertambah baik, atau akan bertuar menjadi bertambah pelik.

Ada satu entry yang terpaksa aku queue dalam draft dulu buat masa ni. Aku masih lagi memerlukan beberapa bahan sebelum aku rasa entry tersebut layak untuk di publish.

images : sarqina.multiply.com

By the way, entry ini ditulis bagi mengucapkan selamat pagi, dan moga-moga segala-galanya yang dihajati dan yang diingini bakal berjalan dengar lancar dan tiada sebarang masalah.

********************************************************************

********************************************************************

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

2 Responses to Selamat Pagi Semua

  1. dedoku November 4, 2010 at 8:53 am #

    teruskan berkarya bro. Blog ni boleh jadi macam2 medium perkongsian. Semuanya bermula dari tindakan. tapi tak salah kalau nak break kejap, nanti diri yg sakit. pape pun keep on blogging bro :)
    dedoku baru-baru ni tulis pasal..Tutorial- Cara Install Driver Genius Full VersionMy ComLuv Profile

    • sabree November 4, 2010 at 11:03 pm #

      Thanks dedoku, kena tinggal kejap blog ni untuk satu tempoh masa yang agak lama. Kalau tak nanti entry yang pelik-pelik pulak yang keluar dalam blog ni

Leave a Reply

CommentLuv Enabled