Tabung DNA Untuk Selesaikan Kes Pembuangan Bayi!

dna_molecule

Sebarang usaha yang baik untuk menangani kes dan isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi pastinya aku akan sokong 100%.

Tak kiralah usul tersebut bakal menelan belanja yang banyak ataupun tidak. Yang penting usaha tersebut berkesan, dan membuahkan hasil. Begitu jugak dengan implikasi kewangan yang diminta, adakah ia relevan?

Nak buat apa pun, mesti kena ada duit. Mana boleh tidak.

Baru ni (tak ada la baru sangat, cuma aku je yang baru tau) ada cadangan untuk mewujudkan satu tabung asid deosiribonukleik atau singkatan bagi DNA bagi mengatasi masalah pembuangan bayi di masa akan datang.

Bagus lah tu kan? Ada usaha, ada ikhtiar, ada cadangan.

Cuba renungkan sekejap.

Ini adalah satu usaha untuk menyelesaikan masalah pada masa hadapan! Bukan pada masa sekarang.

Sekarang kita risau berkenaan dengan masalah yang timbul sekarang. Tapi ramai yang sibuk nak bagi solution cara-cara untuk menyelesaikan masalah pada masa akan dating.

Bagi aku, let the people from the future solve their problem. The people at present time (us) settled ours.

Kita ada masalah ini (pembuangan bayi) sekarang, kenapa kita sibuk nak bagi penyelesaian untuk masa yang akan datang punya. Relevan ke? Minta berjuta-juta semata-mata nak selesaikan permasalahan masyarakat yang hanya akan wujud di masa hadapan.

Kalau macam tu… Sape yang nak bantu selesaikan masalah kita sekarang ni, kalau dah semua dok sibuk nak risau ape yang bakal jadi di masa akan datang.

Baik sangat kita ni ye… tapi kenapa nenek moyang kita terdahulu tak pernah terfikir ni semua. Kenapa mereka dulu tak ada pun sibuk nak fikir apa yang akan terjadi pada masyarakat kita sekarang?

Kalaulah kefahaman aku pada masa ni betul, tabung DNA tu akan berfungsi sebagai pusat mengumpul DNA semua manusia yang ada dekat Malaysia ni. Aku yakin hanya untuk rakyat Malaysia je, tak termasuk pendatang asing.

Andaikan satu hari pihak berkuasa jumpa satu kes pembungan bayi, mereka boleh kesan siapa ibubapa bayi tersebut dengan merujuk pada DNA yang terdapat pada bayi tersebut. Hasil dari ujian akan membawa kita kepada siapa ibubapa bayi tersebut.

bayi2

Ala ala cerita CSI tu la, Crime Scene Investigation.

Jadi, dengan adanya tabung yang macam ni, orang akan fikir banyak kali untuk buang bayi diorang. Takut juga kalau orang jumpa kan. Kang terkantoi, mau masuk jel la pulak.

Berhasil ke tak? Aku tak boleh nak kata apa.

Kita kena tunggu dan saksikan keberkesanannya sendiri nanti. Tapi yang aku pasti, langkah ni hanya akan menampakkan hasilnya dimasa akan datang. Itu sahaja.

Untuk masa sekarang ni, pasti ia takkan membawa apa-apa kesan.

Selagi kita masih belum berjaya untuk hasilkan satu penyelesaian yang benar-benar berkesan, selagi itu lah masalah ini akan terus berlanjutan.

Inilah hasilnya, bila agama orang dah kurang nak pedulikan. Masalah social memang makin menjadi-jadi.

Susah sangat ke dunia nak mengaku yang semua ni terjadi disebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan, yang jugak berpunca dari lemahnya pegangan agama?

Setiap orang ada jawapan masing-masing..

Popularity: 1% [?]

Share/Save/Bookmark

, ,

No comments yet.

Leave a Reply

CommentLuv Enabled