Vemma Builder.. alah sape yang tak familiar dengan MLM nih. Secara kasarnya, ia adalah satu program atau perniagaan berkonsepkan MLM dimana kita ada kebebasan untuk mempromosikan perniagaan ini sama ada secara online atau offline.
Kalau peserta berminat untuk mempromosikan MLM ini secara online, apa yang perlu dilakukan hanyalah membawa sebanyak mungkin pelawat ke laman promosi yang sudah siap disediakan oleh pihak vemma sendiri. Namun, kalau kita hanya menggunakan laman web replika yang sedia ada, conversion rate akan jadi sangat rendah. Bayangkan… kalau ada seribu orang menggunakan laman web replika yang sama, pasti awal-awal lagi orang akan menjauhkan diri untuk klik pada link yang diberi.
Disebabkan itu, aku lihat agak ramai peserta vemma ini mengambil inisiatif untuk design sendiri laman web untuk mempromosikan perniagaan mereka. Namun yang pasti, mereka bukanlah menggunakan laman web untuk mempromosikan perniagaan ini, tetapi mereka menggunakan satu lagi teknik yang lebih ampuh, iaitu email marketing.
Laman web yang ada hanyalah untuk mendapatkan lead, supaya pelawat meninggalkan nama dan maklumat peribadi lain dalam sistem autoresponder yang digunakan oleh vemma. Lepas kita dah mula beri maklumat peribadi seperti yang diinginkan, seterusnya kita hanya perlu tunggu sajalah email promosi menerjah dalam inbox email.
Ini yang buat aku menyampah dan meluat dengan vemma ni.

Pertama, sewaktu mula-mula kita jumpa laman promosi program ni, kita langsung tak tahu apa bisnes yang cuba diperkenalkan. Kalau nak tau apa bisnes yang kononnya boleh dapat ribu-ribu ringgit sebulan tu, kena bagi nama dan alamat email dulu.
Lepas dah bagi tu pulak, hari-hari dapat email promosi untuk join vemma. Yang lebih buat aku frustrated ialah kita tak boleh nak block email promosi tersebut daripada masuk ke inbox email kita. Sebabnya dalam setiap email tak disertakan sekali pautan untuk unsubscribe atau untuk stop daripada menerima lagi email promosi di masa akan datang.
Jadi apa yang dapat aku buat.. apa pilihan yang aku ada.. kalau kamu pun menggunakan perkhidmatan gmail sama macam aku, aku cadangkan kamu tandakan sahaja email daripada vemma tersebut sebagai spam. Senang. Lepas ni, biar je email promosi yang datang seterusnya membebel dekat folder spam.
Bagi aku model perniagaan macam ni tak telus. Pada awalnya kita hanya nak tahu apa perniagaan misteri yang boleh bagi pulangan sampai ribuan ringgit setiap bulan ni. Itu je. Tapi lepas tu jadi lain pulak.. elok-elok cuma nak tahu, jadi mangsa promosi pulak.
Korang memang suka buat macam ni eh?
********************************************************************
********************************************************************
Popularity: 2% [?]

Ya, sama la aku. Mula2 tu tak diterangkan business model ape, produk ape, isi la nama. Lepas tu dpt e-mail promosi je, dapat2 duit la, x de diterangkan pasal produk pun. Nak unsubcribe pun susah, pilihan nya ‘mark as spam’ la jawabnya.
Skg ni dah kenal dah rupa opt-in vemma ni, byk juga e-mail2 spam yang terus dimasukkan opt-in di dalam e-mail tu.
Shahrul baru-baru ni tulis pasal..Percuma- Ebook Pakar Presentation
Bukan saya bencikan vemma, atau model business MLM dia.. itu lain kali baru saya tulis. Cuma kurang puas hati dengan style dia. Kalau vemma katakan sahaja ia vemma. Tak perlu lah nak selindung2.
email tu akan masuk sampai la kita klik kat bwh nota ada satu link untuk stop email..cuba baca sampaii habis kalau dapat email dr vemma..sy pun sama..satu hari lbh 5 email masuk..
hai lee.. email yang pernah aku subscribe dulu tu langsung tak ada link untuk unsubscribe.. aku kena tunggu sampai la kempem vemma tu habis.. ntah pape
cik su selalu dapat emel ni. tpi tak penah layan pun lepas tau kena bayar macam2, awai2 lagi dah syak tak elok.. mula2 ja kata free…
Cik Su baru-baru ni tulis pasal..Hindustan Dulu Hindustan Sekarang
Free registration je cik su, lepas tu untuk ke peringkat yang ke seterusnya, ada lah ongkosnya yang perlu dibayar
betul..bila nk masuk kena rm$$$..bila nk buat iklan kena rm$$$ lg..tak tau apa lg yg kena byar..
tapi yang join konon-konon dah kaya dah.. entah betul entah tak.. kalau kaya sangat tak kan website pun pakai blogspot je
vemma ni satu lg skim yang boleh dkatakan….anda faham2la.apa pun, jika betul2 nak berniaga pastikan produk yang bnar dan berbaloi selain dari pemasaran yang bukan berbentuk cari orang.
cascd baru-baru ni tulis pasal..Salam Aidiladha 2010 Dari lapadeh Sekeluarga
bila aku baca satu forum dekat carigold ni, rupeya bukan aku sorang je yang tak puas hati dengan marketing plan vemma ni.