Selasa, 29 Disember 2009

Drop By


Untuk kali ni aku tak mau nak stay lame2 dalam blog ni. Aku rase cukup la sekadar tulis beberapa ayat dalam ni.

Baru2 ni aku rase agak non stop jugak la aku add ramai kawan baru dekat friendster, walaupun sebenarnye aku sendiri pun tak berapa nak pasti adekah orang2 yang aku add semua tu masih wujud dekat friendster.

Ai.. Biarlah, aku tak mau fikir sangat. Biarlah diorang ade lagi ataupun dah lenyap, hilang, ghaib atau dah tak wujud. Aku tak nak amik kisah itu semua.

Dalam aku add ramai2 tu, aku terjumpe pulak satu profile. Aku seronok bace ape yang die tulis dalam shout out box die. Aku bace banyak2 kali, just to make sure yang aku tak salah faham dengan ape yang die tulis dalam tu.

Straight to the point, ayat di lebih kurang macam ni

"Hidup kita dimulai dengan azan dan diakhiri dengan solat. Betapa singkatnya hidup ini sekiranya ia sekadar 2 sela waktu itu"

Uik macam lain la plak, erm aku rase aku dah tulis lain dari ape yang aku pernah bace sebelum ni, ai.. Tapi maksud die masih sama lagi dengan ape yang aku tulis.

Oh jadi pengajaran nye,

Jangan main-main dalam hidup ni dan kalau nak buat sumting buatlah betul2


Khamis, 17 Disember 2009

Sibuk Dengan Blog Ni


Aku sendiri rasa macam tak paham dengan diri aku ni, ape yang aku perasan sejak akhir2 ni aku lebih cenderung untuk menulis dalam blog ni.

Aduyai..padahal ni blog free je kot. Blog aku yang berbayar dekat mohdsabree.com tak rajin la pulak aku nak update.

Tapi lepas aku kaji balik ape sebabnye, akhirnye aku mendapati satu perkara, iaitu wujudnya satu halangan untuk selalu meng-update blog dekat mohdsabree.com

Halangan tersebut adalah disebabkan oleh penggunaan bahasa dan penyampaian isi dalam blog mohdsabree.com. Tak macam dalam blog ni, aku rase bebas untuk menulis ape sahaja dan aku jugak bebas untuk menjadi diri aku sendiri.

Jadi, pengajaran daripada posting kali ni ialah,

Sekirenya anda rase seperti ade sesuatu yang menggangu anda untuk meneruskan sesuatu perkara, cube periksa semula segala2nya bermula dengan diri sendiri. Mungkin ada sesuatu yang menghalang anda untuk menjadi kreatif, sebab tu banyak kerja anda hanya bertahan sekerat jalan.

Insurance Free Untuk Semua

www.free-life-insurance-forever.info

Ni merupakan salah satu projek aku yang terbaru, aku baru je launch beberapa bulan yang lepas.

Agak memakan sedikit kos la jugak untuk setup projek ni, seingat aku dalam RM4 jugak la modal yang aku kena kuarkan. Hhe tak banyak pun

Ok, straight to the point, aku cover segala2 berkenaan insurance dalam website tu.

Aku memohon sangat2 kepada sesape yang terbaca post aku ni untuk ke website yang aku tulis tu. Aku tak buat link tu clickable, so aku berharap korang dapat masuk ke website tu dengan copy url tu dekat browser dan dapatkan something yang bermakne untuk diri korang semua dekat website tu nanti.

Jumpe dekat website tu nanti ye

Rabu, 16 Disember 2009

1 Minit Untuk Mengembara


"Hidup ini merupakan satu pengembaraan dan hanya kematian sahaja yang akan menamatkan pengembaraan itu"

Uiceh macam nak bermadah pulak la kan, tapi walau macam mane pun ni adelah suatu kenyataan.

Setiap orang pasti ade sesuatu yang nak dicariknye dalam hidup ni, yang nak dicapai, yang nak dimiliki. Tapi aku?

Mesti lah ade jugak. Cume kadang2 tu aku jadi bingung jugak, sebab aku masih lagi kurang jelas dengan ape yang aku nak dalam hidup ni.

Ape yang aku nak sentiase berubah, tak pernah stick pada satu benda. Ai..

Isnin, 14 Disember 2009

Kenapa Blog Tak Ada Banyak Trafik?


"Traffic Is Your Life Blood"

Macam tu la yang pernah diajar kepada aku selama ni. Kalau tanye dengan mane2 blogger sekalipun, mesti kebanyakan akan setuju pasal benda ni.

Macam blogger2 lain, aku jugak memerlukan traffic yang tinggi untuk sampai ke blog aku ni. Sebab sebahagian daripada apa yang terkandung dalam blog aku ni adalah sesuatu yang boleh menghasilkan duit.

Tapi semua tu akan jadi tak ada makna dan sia2 je kalau traffic yang nak singgah dalam blog aku ni setakat 2-3 orang je sehari.

Aku tak tau macam mane blogger2 lain buat sebab bagi aku masing2 pasti ade cara tersendiri untuk menaikkan traffic dalam blog masing2. Kalau nak guna teknik search engine optimization aku agak kurang mahir dan tak dapat la kongsi banyak dekat sini.

Salah satu cara yang aku rase praktikal dan tak susah sangat nak dipraktikkan ialah menggunakan konsep 80% maklumat dan 20% peribadi.

Maksud aku adalah macam ni, bila kita nak buat sesuatu posting dalam blog, pastikan kite tak cuma tertumpu untuk post perkara2 peribadi dalam blog, macam apa makanan kegemaran, bila kita clash dan lain2 yang bersangkutan.

Sebabnya mudah je, biasanya orang menggunakan Internet sebab nak carik maklumat. Jadi, gunakan blog kite sebagai satu medium penyampaian maklumat.

Biasakan diri membuat posting berkenaan isu-isu yang mungkin orang berminat nak tahu dan yang sedang hangat. Alah..yang memberi informasi la senang cerita.

Jadi apa gune nak posting pasal hal2 peribadi? Dah tentu orang tak berapa minat nak tahu pasal hal kite, melainkan kite ni artis la.

Bagi saya posting berkenaan hal2 peribadi tu tetap perlu, sebab bile kita tak ade idea nak tulis pasal ape, kita bolehlah tulis hal2 yang berkaitan peribadi.

Reasonnye, search engine seperti google lebih sukakan laman web yang sentiasa diupdate dan tidak statik. Jadi untuk memastikan laman web blog kite ni sentiasa ada benda baru dan diupdate, bolehlah selitkan sikit2 cerita peribadi. Itu lebih baik berbanding langsung tak ada update.

Apa2 pun kita kena berbalik jugak kepada apa tujuan kita menulis blog. Kalau blog tu memang dah hanya bertujuan untuk peribadi, tak ada taffic yang banyak pun bagi aku tak ade hal lah.

Tapi kalau dalam hati ade tergerak nak buat sedikit duit poket dari blog, mungkin anda boleh consider untuk ikut sedikit sebanyak saranan saya.

Oh saya pun pernah tengok blog yang ada unsur-unsur dakwah, bertujuan untuk mentarbiahkan pengguna2 internet. Pun same jugak, kalau tak ramai yang berjaya singgah pun agak sayang la ape yang diusahakan oleh si penulis tu nanti.

Boleh terima kan?

Ahad, 13 Disember 2009

Buat Duit Dengan Aplikasi Facebook

Ni merupakan satu berita baik bagi mereka yang tau nak merebut peluang. Sebelum aku tulis panjang2 aku nak bagitau dulu yang promosi ni akan berakhir pada 31 Disember 2009. So, kalau ade sape2 yang bace ape yang aku tulis selepas dari tarikh tu, kemungkinan besar promosi dah tamat.

Program ni dinamekan sebagai PayPal Wishlist. Ini merupakan sebuah program aplikasi facebook yang dibuat oleh PayPal khusus untuk warga negara dari India, Thailand, Malaysia, Korea, Vietnam, Philippines, Indonesia dan Singapore.

Pada pandangan aku, kite yang berada di Malaysia sebenarnye beruntung sebab tersenarai sebagai salah sebuah negara yang terpilih.

Aku akan skip terus kepada cara nak mulakan PayPal Wishlist ni,

  1. Mula2 sekali kite kena ade akaun facebook kite sendiri, sebab PayPal Wishlist ni merupakan salah satu application dalam facebook.
  2. Klik sini untuk join PayPal WishList
  3. Submit email untuk akaun paypal. Kalau masih lagi belum ada akaun paypal, boleh daftar dulu dekat paypal.com
  4. Lepas join PayPal Wishlist, automatically akan dapat 1 usd lebih kurang bersamaan RM3.60
  5. Create PayPal Wishlist lepas tu publish dekat wall masing2
  6. Anda akan dapat tambahan lagi 1 usd selepas anda refer program ni dekat kawan2 yang lain.
  7. Dapat duit dan belanjakan untuk beli apa2 yang anda hajati dekat wishlist tu
Senangkan? Aku sendiri pun tak faham kenape boleh ade yang tak nak duit senang macam ni. Bagi sesape yang die hard fan facebook memang patut promote benda ni.

Bukan nak pakse orang lain join, PayPal Wishlist ni cume perlukan kite promote. Kalau kawan2 lain nak join, tu hak die. Tak nak pun tu hak die.

So, tak salah mencuba.

Bagi aku mencuba itu tak salah dan itu lebih baik daripada tak mencube langsung.

Rase macam nak cube?

Klik sini

Bile Seorang Blogger Tak Nak Peduli Ape Yang Ditulis...


Selain aku selalu buang mase dekat facebook, friendster, myspace dan mane2 lagi social network yang wujud dalam internet ni, aku selalu jugak lepak2 dekat blog2 orang lain.

Oh macam2 yang menarik aku boleh jumpe dalam blog2 orang lain. Terase betape kerdilnye blog aku ni.

Bab content dalam blog tu, aku tak rase macam nak sentuh buat mase ni. Itu hak masing2 nak tulis pasal ape.

Tapi aku percaye, ade satu bende dalam blog kite adelah hak orang lain sebenarnye. Aku tak harap ade sesiape yang cube nak meneka sebab aku sendiri akan bagi jawapan. Ia adalah EJAAN! Ejaan yang tepat dan betul adelah hak pembaca yang akan bace blog kite (kalau ade lah ye)

Aku selalu ingatkan diri aku sendiri, pembaca tak bodoh! Pembace mampu untuk membezakan sama ade kite sebenarnye cube untuk
  1. Menggunakan short form dalam ejaan kite
  2. Guna bahasa pasar
  3. Gune bahase daerah
Tapi kalau dalam post yang kite tulis tu memang dah terang2 salah eja, tak payah la nak kate sebenarnye memang nak guna short form atau ape2 je yang possible untuk dijadikan alasan.

Kalau ikut pemerhatian aku, ade beberape kesan bile kite terlalu banyak salah eja dalam posting yang kite buat
  1. Pembaca akan fikir penulis adelah seorang yang tak terurus sampai banyak sangat yang salah eja.
  2. Pembaca akan syak yang posting kite tak original dan mungkin cume copy and paste je dari orang lain punye
  3. Pembaca akan rase yang penulis ni agak stupid sebab benda2 yang simple pun boleh salah eja
  4. Boleh membantutkan rase nak terus membaca sebab terganggu dengan perkataan yang salah dieja.
  5. Boleh menyebabkan pembaca salah tafsir dengan ape yang cube nak disampaikan oleh penulis
  6. Boleh mengubah mood sesuatu entry
Oh agak bahaye disitu sebenarnye, jadi kalau boleh pastikan elakkan untuk tersalah eja dalam menulis entry dalam blog. Buat malu je kalau perkataan senang pun boleh tersalah eja.

Jadi, last word dari aku,

Pastikan anda selalu semak ape yang anda tulis dan tolong ambil peduli tentang ape yang ditulis!

Target: 1000 Articles


Mungkin ni adelah salah satu target gile yang aku cube nak capai.

Aku target nak tulis sekurang2nye 1000 articles dalam blog ni, aku pun tak tau bile aku akan dapat capai sasaran tu. Tapi kalau nak based on my speed update blog aku ni, aku rase akan makan tahun jugak la baru akan tercapai.

Untuk setakat ni, aku update blog aku sehari sekali je. Kalau setahun ade 365 hari maknenye aku akan ade 365 article dalam blog ni selepas setahun.

Tapi target aku bukan lah setakat nak capai 365 article, aku nak capai lebih dari tu. Aku nak kejar 1000 articles.

Setelah aku kire lebih kurang guna kalkulator dengan menggunakan rumus yang aku reka sendiri, hasilnye.. jeng2

Kalau aku cume post satu article sehari, maknenye aku perlukan sekurang2nye 2.74 tahun untuk mencapai bilangan 1000 articles dalam blog ni. Oh sangat lame tu.

Tapi, kalau aku adjust sikit kepada tulis 2 article dalam sehari dekat blog ni, aku akan dapat memendekkan mase kepada 1.37 tahun sahaja. Pun masih lame lagi.

Ah..ok..aku masih lagi perlu nak buat sedikit adjustment sebenarnye, and i believe it is so obvious.

Macam ni la, ubah fokus cerite ni sikit dekat benda lain.

Kita biasa target yang bukan2 dalam hidup, tapi ramai yang tak sanggup nak berubah untuk memastikan ape yang ditarget tu berjaya dicapai.

Jadi, kaitan dengan ape yang aku tulis ni simple je sebenarnye, target nak capai 1000 articles tu bukan lah sesuatu yang mustahil dan aku percaya benda ni boleh dicapai.

Pokok pangkalnye, aku kena berubah. Itu je.

Untuk berubah tu pun memerlukan usaha sebenarnye, kalau sebelum ni aku cume tulis satu article je sehari, maknenye kali ni aku perlu usaha lebih sikit untuk tulis lebih dari tu. Mungkin 5 articles. Oh, ni cume mungkin sahaje. Mungkin aku akan buat lebih, dan mungkin juge aku akan buat kurang.

Semua ni masih lagi dalam perancangan, ape akan berlaku nanti di mase depan..

Sape tau?

Tulis Satu Lagi Blog


Hanya untuk makluman, aku baru je tulis satu blog baru. Walaupun blog baru, tapi isi tetap lebih kurang same je dengan blog2 aku yang sedia ade.

Kalau isi same je, buat ape aku nak tambah satu lagi blog yang baru? Ye tak. Hhe

Ni url blog aku yang baru,

sabreehussin.blogspot.com

Aku masih lagi menggunakan perkhidmatan percuma yang ditawarkan oleh blogspot. Benda percuma ade, nak buat ape pulak aku susah2 nak gi yang berbayar. Aku pun bukannye mampu sangat nak kuar duit buat mase ni.

Ni bukan berjimat, cume mencari alternatif lain je sebenarnye.
Same macam blog2 aku yang lain yang dah sedia ade, aku tak tau ape nasib blog ni di kemudian hari, cume untuk setakat ni, aku just update je mane2 yang termampu.

Ai..bermakne bertambah lagilah bebanan aku..Tapi tak pe lah, dah aku sanggup, pandai2 la aku nak buat nanti.

Ape yang aku peratikan, sejak aku create banyak2 blog ni, aku dah kurang online lame2 dalam facebook, yahoo mesengger dan lain2 ni la. Aku lebih banyak dedicate mase aku dalam penulisan blog ni.

So far, boleh la jugak kalau nak dikate yang aku enjoy menulis dalam blog ni, walaupun setakat ni aku hanye menulis tentang diri aku sendiri.

Oh by the way, blog yang baru aku tulis tu, semua menggunakan bahasa inggeris. Actually aku tak bagus pun tulis dalam bahasa inggeris, tapi sebab nak belaja punye pasal, aku cube la jugak.

Selama ni aku asik menulis dalam bahasa melayu, kali baru la aku rase, betape susahnye nak menulis dalam bahasa inggeris pulak.

So, sesape yang ade blog tu, maybe korang patut pelbagaikan bahasa penulisan blog, sebab in the long run, mesti akan ade benefit die jugak nanti.

Khamis, 10 Disember 2009

Kenapa Mesti Filem Seram?


Ni lagi satu hal, tak habis2 nak tayang filem seram. Kalau tak dekat tv, dekat wayang.

Satu cerite yang kononnye seram aku pernah tengok dekat wayang ialah filem 'Jangan Tegur'. Secara jujurnye aku rase agak membazir duit aku beli tiket wayang cerite tu. Bukanlah best sangat, dan tak de la seram sangat.

Biasenye kalau aku tengok wayang atau ape2 movie, aku akan tengok ape nilai yang cube nak disampaikan. Aku belaja banyak perkara melalui wayang dan tv, kalau lepas aku tengok sesuatu cerite dan aku rasekan yang aku tak dapat ape2 perkara baru, aku akan terus label cerite tersebut tak ade nilai.

Tak kisah la cerite tu cerita yang datang dari Malaysia atau luar negara.

Jadi berkenaan kebanjiran filem2 seram dekat pawagam dan siaran televisyen, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie ade jawapannye, katenye

"Kandungan siaran televisyen, radio dan filem dipantau rapi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKSM) dan semua kandungan pra rakam siaran perlu ditapis dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem"

"Pemantauan mendapati stesen tv dan radio swasta banyak menyiarkan rancangan yang sarat dengan mesej positif dan berbentuk pengajaran, namun ia diserap melalui pendekatan yang kreatif, menarik dan menghiburkan termasuk program-program remaja"

Aku tak tau ape yang Senator tu cuba nak sampaikan, tapi bagi aku semua tu 'Melalaikan'.

Cerite seram melayu tak pernah lari dari konsep A santau B, A tak puas hati dengan B, hantu belaan nak mencarik tuan baru, A nak jadi cantik atau kuat then guna sihir utuk jadi cantik.. Ah it's all predictable.

Kesian, budak2 zaman sekarang membesar dengan cerite2 santau, hantu raya, saka, toyol dan lain2. Padahal semua tu dah tak diperlukan lagi berada dalam minda dan mentaliti masyarakat abad ni. Tapi benda2 ni jugak yang cube nak diterapkan.

Kalau ade pihak yang cube kate, ini adelah salah satu cara kreatif untuk menerapkan nilai2 positif dalam diri masyarakat, aku lebih cenderung untuk tengok perkara ni sebagai

Cara kreatif pihak stesen tv untuk mendapat keuntungan yang lebih daripada masyarakat. Mereka memanipulasi ape yang masyarakat sangat2 nak tahu pada waktu ni, dan jadikan ia sebagai senjata untuk mengaut lebih banyak keuntungan.

Kesannye? Positif ke?

Mungkin hanye positif pada aliran wang masuk dalam akaun bank pihak2 tertentu.

Kisah Seram Melayu, Susuk


Macam yang kite boleh tengok, cerite ni da pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2008 yang lepas. Cume aku je yang kurang up-to-date. Baru je berkesempatan nak tengok cerite ni.

Aku pun tak pasti nak klasifikasikan genre filem ni, nak kate seram.. macam tak de la seram mane pun, nak kate thriller.. uiceh macam tak kena la pulak.

Sebelum ni aku cume pernah dengar dan tau sikit2 je pasal susuk yang dipakai oleh orang zaman dulu2, walaupun hakikatnye, orang sekarang pun masih ramai lagi yang pakai susuk ni.

Bagi aku jalan cerite movie ni agak menarik, and ade gaye tersendiri. Cume masalahnye, aku rase macam cerite ni agak panjang, mungkin jugak sebab mood cerite ni yang sedikit sebanyak boleh menimbulkan rase boring sikit.

Mungkin aku sorang je yang rase, tapi aku tengok Adlin Aman Ramlee agak macho dalam movie ni ho ho. Paling aku minat dekat ending die, pertame sebab itu menandakan citer tu da habis ho ho and lagi satu sebab ending die memang unik.

Ok, lupekan kejap pasal movie ni, jalan cerite, sape pelakon dan ape2 je yang berkaitan.

Aku sebenarnye masih tak pasti, ape yang diperjuangkan oleh pengarah filem ni. Sebab bagi aku, ni adelah pendapat peribadi aku, cerite pasal susuk ni tak payah di filemkan lagi bagus.

Sebenarnye, bagi aku, bukan sekadar pasal susuk, pasal amalan2 syirik lain pun same, tak payah la nak difilemkan. Santau, orang minyak, polong, hantu raya, saka dan lain2 ni la.

Sebab bagi aku, lagi ramai orang tak tau pasal benda2 ni, lagi baik kepada masyarakat kite.

Rasulullah menilai pengamal sihir sebagai seseorang yang berdosa besar dan boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan darjat pelakunya di dunia ini lagi.

Nabi bersabda,

Jauhilah tujuh perkara yang merosak. Para sahabat bertanya, apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu
  1. Menyekutukan Allah
  2. Sihir
  3. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana hak
  4. Makan harta riba
  5. Makan harta anak yatim
  6. Lari dari peperangan
  7. Menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman
Mengamalkan susuk adelah sebahagian dari sihir, dan ia berdosa besar. Aku tak ade rekod dan data2 yang tepat, tapi ape yang aku nampak..

Sekarang ni manusia dah tak lagi takut nak melakukan dosa2 yang besar. Cakap je la dosa ape, zina? minum arak? membunuh? tak sembahyang..ah..besepah2.

Kalau dadah yang terang2 boleh merosakkan badan kite ni pun orang sanggup ambik, bayangkan macam mane pulak dengan susuk?

Susuk ni bukan je boleh menjadikan si pemakai luar biase kuat, hensem, jelite dan lain2 malah lebih dari tu. Cumenye ia haram dan berdosa besar di sisi Islam. Kalaulah masih ade lagi yang peduli soal halal dan haram sekarang ni.

Aku percaya, tak mustahil ade individu yang bercite2 nak pakai susuk lepas tengok cerite ni.

Mungkin ade yang akan kate aku ni berfikiran kolot, sempit, cetek dan dangkal..Tapi setidak2nye aku tak menolak kemungkinan2 yang mungkin akan berlaku lepas tengok cerite ni.

Ah..mungkin korang patut tengok sendiri cerite ni, baru faham maksud aku.

Rabu, 9 Disember 2009

Pokemon Yellow Version


Lebih kurang 2 jam lepas aku belek2 semua game yang aku ade simpan dalam hardrive aku, and satu game yang menarik minat aku ialah game ni,

"POKEMON YELLOW VERSION"

Agak rindu jugak aku dengan game ni, kali pertama aku main game ni mase aku belajar lagi dekat sekolah menengah, mase tu kalau tak silap aku tahun 2001.

Mase tu jugak cerite anime pokemon masih tengah popular dekat tv, and ditayangkan setiap hari sabtu jam 8.30.

Specialnye version yellow ni adelah sebab jalan cerite yang hampir same dengan siaran tv cerite ni, kalau nak compare dengan yang lain2 version, kite tak ade pilihan untuk pilih nak mulekan game dengan pokemon ape.

Nak taknak kena la jugak pilih pikachu. Permulaan game ni boleh kate agak susah sebab tak banyak pokemon yang lemah dengan pokemon jenis elektrik. Tapi tu kot yang buat game ni mencabar sikit.

Dalam game ni jugak kite boleh tengok perangai si pikachu ni yang same macam dalam tv.

Dengan tak nak masuk dalam pokeball and asik follow dekat belakang, and bile kite try nak communicate dengan die, die akan tunjuk la emosi die pade waktu tu.

Oh, dari pihak jahat pulak, kite kena lawan dengan team rocket representatives yang popular iaitu Jessie dan James. So,

Prepare for trouble, and make it double!

Selasa, 8 Disember 2009

Kisah Seorang HACKER


Aku tak tau nak describe, same ade aku bernasib baik atau tak, sebab semalam mase aku jalan2 dekat tingkat 5 Berjaya Timesquare, terjumpe pulak buku novel grafik karya Zint ni,

"HACKER"

Memandangkan buku ni Zint yang lukis, aku mesti akan beli punye (biasenye tanpe perlu berfikir panjang ho ho)

Lagipun "Membaca tu kan jambatan ilmu"

Aku sendiri pun tak pasti, karya komik Zint yang mane yang aku tak beli lagi, sebab aku rase macam aku dah pernah beli semua.

Komik yang lain2 tu nanti2 la aku story, tapi bab komik ni hhe banyak kali jugak aku gelak2 time bace sampai orang dkat sebelah aku pun ikut gelak jugak, ah lantak lah, pedulik hape aku. Aku cume mahu happy kan diri aku je.

Buku ni ade 168 mukesurat, and cerita die habis terus dalam satu buku. Huh, tak bersiri, bagus la jugak. So that cerite die takkan meleret2.

Zint selitkan jugak element2 budak sekolah dalam cerite ni, aku rase ni memang antare kepakaran Zint, that is, cerite pasal budak2 sekolah.

Selain banyak jugak scene lawan2 dalam cerite ni.

Basically buku ni berkisah tentang seorang hacker yang bertindak sebagai anti hacker. Sebagai anti hacker, die melawan mane2 hacker yang ade niat jahat untuk curik data atau nak intall viris dalam sistem komputer orang lain.

Nak tau lagi?

Beli la sendiri, takde la mahal sangat pun, RM7.50 je kalau beli dekat Semenanjung and RM8.50 kalau beli dekat Sabah dan Sarawak

Akhil Hayy VS JAIS

Aku bukan lah seorang peminat Ustaz Akhil Hayy, tapi berita yang aku dengar dekat akhbar Harian Metro baru2 ni betul buat aku berfikir sekejap.


Sebelum ni aku cume tertanye2 sorang diri. Sape Akhil Hayy ni? Betul ke dulu die ni penyanyi? Hensem ke dulu die ni heh

Yang buat aku bertambah heran ialah, ape yang die lalui. Maksud aku, ape yang buat die tibe2 je berubah. Dari seorang yang dulunye lebih sinonim untuk berdiri di pentas nyanyian, kepada seorang yang berdiri di pentas ceramah.

Betul lah macam yang aku pernah belajar sebelum ni, Hidayah itu milik Allah. Allah akan berikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Kalau sebelum ni sekitar tahun 80an dan awal 90an, Akhil merupakan anggota kumpulan D'Riyadh. Aku tak berminat nak cerite panjang lebar pasal kumpulan ni, sebab aku pun kurang familiar dengan kumpulan ni.

Aku tak pasti pulak macam mane dengan orang lain, aku rase kalau kumpulan ni bagus sangat, mesti lagu2 die masih lagi boleh dengar dekat radio. Tapi aku tak pernah dengar pulak.

Bab album, kalau ikut ape yang aku dapat jumpe, cume satu album je yang kumpulan D'Riyadh dapat hasilkan iaitu media 88-89, tapi bile Akhil Hayy dah jadi seorang penceramah bebas..Hmm kalau peminat setia Akhil mesti tau, berape banyak album yang die da buat.

Album Akhil yang pernah aku jumpe lebih kurang ade 4 yang dijual di pasaran tempatan. Antaranye Dibawah Satu Cahaya, VC-1423H, Nasyid Lagenda dan Nasyid Lagenda 2.

Ni masih lagi tak termasuk dengan siri2 ceramah yang Akhil buat sepanjang menjadi seorang penceramah bebas dan lagu-lagu duet bersama artis2 lain. Aku tengok banyak jugak siri2 rakaman ceramah Akhil ni dijual dan setiap satu membawa tajuk yang lain2 walaupun dalam ceramah tu ade je benda yang same yang die sampaikan.

Selain tu, Akhil ni jugak aku tengok aktif melibatkan diri dalam konsert2 yang membawa title konsert amal. Selain pernah menjadi pengacara rancangan tv dekat Astro Oasis, Cafe Akhil Hayy. Program seminar pun die ade melibatkan diri jugak.

Secara kesimpulannye, ape yang Akhil buat semua ni mendatangkan DUIT.

Akhil ibarat seorang selebriti yang ade peminatnye sendiri.

Jadi tak salah lah bak kate pengarah JAIS

(Datuk Mohamed Khusrin Munawi )

“Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap seperti penceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yang sepatutnya dimiliki seorang penceramah agama."

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah yang boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar."

“Kami tidak mahu penceramah yang hanya pandai cakap tetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkan mereka menggunakan logik akal dalam ceramah mereka,”

Terus terang aku kate, kite tak perlukan penceramah yang macam ni sebenarnye, bukan cume ade satu je penceramah yang ade dalam Malaysia ni. Banyak lagi

Kadang2 aku rase pelik, ape yang buat orang suke sangat nak dengar ceramah Akhil, adekah sebab isinye, atau sekadar nak ketawe terbahak2 dan tersenyum sorang2 macam la bab kejahilan tentang isu agama tu salah satu benda yang patut kite rase happy.

Memang aku sedar orang lebih suke bentuk ceramah yang boleh ketawe2, boleh buat kite happy..

Ingat ni ape? Cerite Raja Lawak ke?

Aku tak kisah orang lain nak kate ape bab isu ni, sebabnye "I write What I See". Kalau ade salah dan silap, letak la komen.

Ahad, 6 Disember 2009

Biro Tata Negara Buat Kecoh

Sape betul dan sape pulak yang salah?

Ha fikir dan jawab la sendiri.

Capaian untuk media sekarang ni dah makin luas. Usaha sikit je pun dah cukup, untuk tau segala2nye. Baik buruk, hitam putih..

Aku pun tak tau, kenape Menteri Besar aku ni suke sangat buat kontroversi yang tersendiri. Aku sebagai rakyat, sikit sebanyak pun akan kena tempias jugak. Entah games ape yang dia 'main' ni.

Dulu pasal isu UiTM nak dibukak 10% kepada Non-Bumiputera, sekarang sibuk pulak Isu BTN,

Aku cume orang luar, bukan nak masuk campur hal2 yang aku tak ade ilmu. Aku tak mau dituduh sebagai orang yang "TAK FAHAM".

Berita yang tak baik semua orang dah dengar, semua orang dah tau. Dekat siaran berita Buletin Utama pun da selalu cerite.

Bagi aku, Tak Sungguh, Orang Tak Kata...

Kalau ade pihak kata BTN ni membazirkan duit kerajaan, ade agenda tersembunyi, menaikkan semangat perkauman, dan menebalkan jurang perbezaan antara kaum...Mungkin ade jugak betulnye.

Buat program yang besar, mestilah gune duit. Program untuk rakyat, sape nak kuarkan duit? Kerajaan la.. Duit yang dikutip dari rakyat kembali kepada rakyat. Ade masalah?

Ade agenda tersembunyi? Setiap insan ade sesuatu yang disembunyikan. Aku boleh terima tu semua, kenape tidak kau yang membace ape aku tulis ni?

Modul BTN menaikkan semangat perkauman. Ah.. Pernah ke pergi ke BTN? Pernah jalani ke modul2 tu semua. Pergi dulu BTN, rase dulu semua modul2, lepas tu cakap la. Ape yang berlaku tu semua betul ke tak.

Modul banyak pasal orang melayu yang banyak ketinggalan dari semua segi, kecuali masalah sosial, Orang melayu masih leading. Dari segi pendidikan dan pemilikan ekuiti masih lagi ketinggalan.

Aku rase bukan semua tempat aku boleh belajar pasal bangsa aku. Masuk jugak sikit2 isu politik.

Aku rase pelik, kenape ade manusia yang cube untuk buat kite fikir yang hal2 yang berkaitan dengan ekonomi, sosial, keagamaan, kewangan, pendidikan, pentadbiran dan politik sebagai sesuatu isu yang terpisah!

Kite perlu tau setiap satu ade kaitan antara satu sama lain. Baru boleh jelaskan hal2 lain. Baru benda2 yang kononnye tersembunyi terpampang depan mate.

Kalau la semue orang sedar bende ni..

Perlu ke nak halang orang pergi BTN ni? Ai..Bagi aku tak patut la buat macam tu.

Kalau kau memiliki jati diri yang kuat, kau tak kan mudah dipengaruh la. Biarlah ape orang nak kate, janji kau tau ape kau mahu. Mane yang elok kau telan, mane yang rosak kau muntahkan!

Kenape nak halang2 anak2 muda nak belajar, nak tau ape ade disebalik BTN. Bukan semua bende tak bagus. Banyak yang boleh diaplikasi dalam hidup.

Melainkan dengan adenye BTN pihak tertentu rase sangat tergugat..Ah..Macam la ni bukan agenda tersendiri.

Sabtu, 5 Disember 2009

Blogger Terkenal Tanah Air

Yosh

Baru semalam aku bace akhbar Harian Metro, tarikh 4 December 2009. Tengah duk belek2 tu, aku terpandang pulak satu section yang ade cerite pasal blogger.

Ah..Aku malas nak cerite ape yang die tulis dalam surat khabar metro tu, cume aku rase teruja bile terbace satu ayat "Blogger Terkenal Tanah Air".

Sebelum ni memang aku tau kewujudan blogger ni memang mendatangkan impak yang besar kepada negara. Alah..bukan negara je la, semua aspek dan semua segi, blogger ni memang boleh memberi impak punye la.

Untuk conclude ape yang aku nak tulis dalam sini, sebenarnye aku tak tau macam mane nak jadi salah sorang daripada "blogger terkenal tanah air" tu, tapi,

Aku peduli ape haha.

Sekarang ni memang aku tak tau macam mane nak jadi dan ape syarat2 nye. Tapi tak pe, aku anggap ia sebagai satu chalengge untuk aku.

Manusia ni kan hanya akan maju bile ade bende yang nak dikejar, ade benda yang nak dicapai, ade benda yang nak dilindungi, and ade bende yang nak dicabar.

Aku pun nak tengok sampai takat mana aku boleh pergi.

Kau Memang Kurang Ajar "Star Downloader"

Penantian aku selama ni sia2 je upenye,

Pergh.. 10 Jam tu aku tunggu, pastu file tu tak boleh pulak nak di download. Connection time-out la kononnye.

Haha aku tengah citer pasal anime yang aku cube download semalam sebenarnye, Bleach episode 248.

Yang buat aku hangin ni bukan ape, saiz file tu 169.66mb, tapi aku da siap download 169.05mb. Cis, tinggal beberape kb saje, kau buat hal pulak.

Before this aku gune software Internet Download Manager untuk download ape2 je yang aku suke. Oh, tapi disebabkan aku tak membuat sebarang bayaran, jadi aku hanye diberi trial edition yang cume boleh bertahan selama 30 hari.

Bile dah lapsed 30 hari tu, ha pandai2 la. Same ade kene buat payment untuk dapatkan serial key, ataupun, carik la keygen die.
Untuk yang tak pernah gune Internet Download Manager, features yang aku minat dan mungkin korang jugak mungkin akan minat
  • File yang kite download jarang ade virus, selame ni aku tak pernah terdownload file yang ade virus atau malware sekalipun. Software ni da tolong filter kan.
  • File yang besar akan dipecah2kan kepada 8 bahagian, dan mempercepatkan mase untuk download
  • Kalau malas nak tunggu file habis download, boleh pause dulu, nanti boleh resume download balik dekat mane kite pause.
  • IDM ni boleh integrate dengan mane2 browser, kalau nak download video dekat youtube pun sangat senang. Sebab salah satu feature die boleh capture file dari mane2 application.
  • Banyak lagi la...
kalau ade yang rase nak gune boleh download dekat

http://www.internetdownloadmanager.com/download.html

Tapi memandangkan aku punye IDM dah lapsed, semalam aku gune software lain, pun free jugak. Haha aku mane la ade duit nak beli2 software ni, ade yang free kot

Semalam aku gune software Star Downloader Free 1.45,

Walaupun ade tulis perkataan free dekat software, ini tak bermakne software ni kena bayar, sebab ia memang free. Haha ape aku cakap ni

Software Star Downloader Free ni pun lebih kurang function macam Internet Download Manager, cume kurang sikit la. Ai.. da name pun free kan.

Banyak yang Star Downloader Free tak le buat, tapi lebih baik dari takde langsung.

Ni link kalau nak download

http://download.cnet.com/Star-Downloader-Free/3000-12512_4-10346402.html

Macam mane pun aku still lagi tak dapat nak download bleach kesayangan aku tu wa...

Jumaat, 4 Disember 2009

Saje Ikut Trend?

(gambar yang takde kene mengena)

Baru berape hari lepas aku dapat komen dari sorang kawan mase sekolah dulu dalam facebook, kate budak tu, semua orang sekarang ni suke ikut trend.

Dulu orang addicted dengan friendster, lepas tu myspace dan sekarang ni pulak facebook. Orang da tak buat sangat blog ni.

Blog dah tak popular da sekarang ni. Aik? yeke?

Terdiam jugak aku bile dengar die kate macam tu. Nak aku jawab terus, tapi aku rase itu macam tak bijak langsung. Baik aku pikir dulu sambil main masak-masak sebelum bagi respon dengan ape yang die komen.

Bagi aku itu mestilah tak betul, hhe kau ni jangan la main cakap ikut ape yang kau suke je, macam mane pulak kau boleh kate yang blog ni dah tak popular, dah tak ikut trend.

Musyhkil aku haha

Tetibe terfikir soalan yang agak2 bodo,

Agak kalau orang yang betul2 ikut facebook, berape banyak akaun die buat? Ah..paling banyak pun mungkin 3, itu pun tak semua orang nak buat macam tu.

Tapi blog, ape kau rase? Aku je ade lebih kurang 10 blog, walaupun aku ni bukanlah blogger sepenuh mase, macam mane pulak bagi blogger sepenuh mase? Ah.. Mesti lagi banyak.

Jadi kalau nak kate blog ni da tak popular, aku pun tak tau sebenarnye, cume aku hanye tak setuju. Itu je, lagipun aku ade sebab sendiri bukan aku nak tak setuju mem-pig-blind.

Kadang kite rase semua orang sama macam kite, padahal manusia tu ade ragamnye sendiri. Baik bagi aku langsung tak bermakne baik jugak bagi orang lain.

Jangan sebab kite da terbiase dengan sesuatu perkare, kite pun anggap orang lain pun dah biase jugak, oh itu silap kawan.

Khamis, 3 Disember 2009

Mencuba Menjadi Kanak-kanak di Alam Maya

Aku rase sejak akhir2 ni macam banyak pulak mase terluang aku, sampai aku boleh pulak terbabas untuk sign up dalam satu game ni, Travian name game tu.

Ah..Aku bukannye jenis yang minat sangat main game, kate mulut ia buang masa, kata akal ia melalaikan, kata hati.. Why not if i try..

Sape kate senang, tu la jadinye bile mulut, akal dengan hati tak sehaluan. Hasilnye lahirlah "Kampung One Piece" yang dijage oleh aku sendiri ho ho

Sampai bile aku boleh jage kampung ni aku pun tak tau, tapi yang pasti game ni bukanlah berkonsep kedamaian dan menjage keharmonian hidup sesame jiran. Konsep die cume satu, hanye yang terkuat je akan survive.

Since kampung aku masih wujud lagi, kire kuat la aku ni ha ha

Player akan buat ape je untuk pastikan kampung masing2 selamat dan tak kena jajah. Boleh kate banyak unsur2 realistik yang boleh di aplikasi dalam game ni.

Pemain kena pastikan sumber untuk pastikan pembangunan kampung sentiasa cukup, pastu, aspek keselamatan pun kena amik kire jugak. Kena pastikan ade askar yang cukup, walaupun bukan untuk serang orang, untuk pertahanan pun perlu jugak askar.

Macam yang aku cakap tadi, game ni berkenaan dengan survival. Hanye yang terkuat je yang akan mampu stay lame dalam game ni, and bilangan yang terkorban dan selalu kena tindas pun da bersepah2 aku tengok.

Biase lah, yang perasan kuat akan buli yang lemah sikit, yang lebih kuat pulak akan buli yang perasan kuat dan yang lemah. Salah satu care untuk survie ialah kena cepat jadi kuat, tak kisah la macam mane sekalipun, yang penting kena cepat jadi kuat.

Oh satu yang menarik, berkali2 jugak aku fikir nak serang kampung orang lain, tapi aku asik tak jadi je, sebab bukan ape, sekali kau serang kampung orang lain, orang lain mesti akan datang serang kampung kau pulak.

Dendam beb..

Kau dah penat2 bina kampung kau, tibe2 kena serang, takkan tak hangin? Walaupun sekarang kau masih lemah, nanti2 bile kau dah kuat, kau pasti akan serang jugak, so lambat laun akan terbalas jugak dendam tu.

Dalam game ni buat aku terpelajar sesuatu..

"Don't hurt anything that you can't kill"

Kalau kau rase kau tak kan mampu untuk bunuh ia, lebih baik kau jangan sakiti die. Simple dan senang kan rules ni.

Dan aku percaye ramai jugak yang sependapat dengan aku ho ho

Sebab tu la kampung aku masih lagi aman sekarang ni

Sampai bile? Tak tau la pulak aku.. Kite tengok la sape yang akan start kan peperangan dulu nanti

Mase tu nanti terpakse la aku tukar strategi permainan aku pulak dari defensive kepada offensive.

Lagi Mau Buang Masa?



Kalau tengok kalendar sekarang ni da 03 December 2009.. Dan semua orang sibuk nak tanye soalan yang klise..

"Kau tak keje ke cuti ni"

Haha apehal aku kena kerje pulak, tak boleh ke biar aku duk uma je. Selame ni korang ingat aku duk melepak ke dekat kolej? Sekarang time cuti semester, sukati aku la aku nak melepak sesuke hati aku dirumah.

Tapi jangan salah sangke wahai kawan2 ku sekalian, walaupun kalian selalu nampak aku online dan membuang mase dihadapan laptop, aku bukan buat perkara yang sia2. Aku percaya dengan ape yang aku lakukan sekarang pasti akan membuahkan hasil, kalau bukan sekarang mungkin tahun depan, kalau bukan tahun depan mungkin tahun2 depan.

Lama macam mane pun, yang penting aku percaye lambat laun aku akan nampak hasilnye.

Ape yang kau tanam, itulah yang kau akan tuai..

Tapi ape yang aku tanam ni sebenarnye? Perlu ke kau buang mase kau yang diibaratkan sebagai emas dengan tak melakukan ape2 langsung?

Biarlah aku sorang je yang tau ape yang aku tanam. Itu ajaran yang pernah aku dapat. Sape yang bagi itu tak penting, yang penting ape yang dia bagi.

"Macam mane cara kau lakukan sesuatu perkare itu adelah rahsia kau, dan kau kena pastikan hanya kau saje yang tau, itu adelah senjata kau! Biarlah orang hanya melihat hasilnye, tak perlu kau heboh2 tentang cara kau. Ikutlah resmi ubi, diam2 ubi berisi"

Itu kate2 hikmat, walaupun tak semue rase macam tu, tapi cukup bagi aku, besar pengajaran untuk aku.

Lagi mau buang masa?

Haha mane ade, aku bukan buang masa tapi aku buat apa yang aku suka!

Ini Apa Aku Kata


Entah apehal

Aku rase macam nak buat satu lagi blog yang menggunakan nama aku sendiri, gune platform blogger.com pulak tu, padahal bukannye aku tak ade blog lain..

Sebenarnye aku da ade blog lain, dekat wordpress.. boleh la tengok dekat www.mohdsabree.com

Padahal sebelum ni aku jugak yang beriya kate gune wordpress.org lagi baik, lagi cantik, lagi voila! Tapi memandangkan tibe2 name ni aku tengok masih tak ade orang gune, jeng2.. rembat aje la.

Jadi untuk entry aku yang pertame ni, aku rase aku takkan tulis pape yang berat2 dalam ni. Just nak merepek2 sendiri, lagipun aku tak expect orang akan bace pun posting aku yang ni.

Tapi bile teringat pulak satu pepatah english tu "expect the unexpected"

Oh, buat aku jadi positif secara tibe2. Ya! Mungkin sekarang ni tak ade sape nak bace entry aku ni, tapi sape tau akan datang? haha tunggu la kau jadi popular ya sabree!

Macam tu pun boleh?

Kadang2 manusia ni tak perlukan diajar dan dinasihat bertubi2 untuk menjadikan die seorang yang hebat! Tapi cukup sekadar bile die percaye pada dirinye sendiri, dan pada waktu itu.. Segalanya mungkin!

Sekali lagi..mula dari saat ni, blogger.com menjadi saksi ape yang aku nak kate, that is..

"i will expect the unexpected"

hey sabree, walaupun sekarang ni you are nobody, but still when the times come you will be somebody.

Pedulikan la bile semua tu akan jadi kenyataan, yang penting kau tak hanya duduk menunggu, tapi kau bangun berusaha untuk mendapatkan ape yang kau mahu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...