Selasa, 8 Disember 2009

Akhil Hayy VS JAIS

Aku bukan lah seorang peminat Ustaz Akhil Hayy, tapi berita yang aku dengar dekat akhbar Harian Metro baru2 ni betul buat aku berfikir sekejap.


Sebelum ni aku cume tertanye2 sorang diri. Sape Akhil Hayy ni? Betul ke dulu die ni penyanyi? Hensem ke dulu die ni heh

Yang buat aku bertambah heran ialah, ape yang die lalui. Maksud aku, ape yang buat die tibe2 je berubah. Dari seorang yang dulunye lebih sinonim untuk berdiri di pentas nyanyian, kepada seorang yang berdiri di pentas ceramah.

Betul lah macam yang aku pernah belajar sebelum ni, Hidayah itu milik Allah. Allah akan berikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Kalau sebelum ni sekitar tahun 80an dan awal 90an, Akhil merupakan anggota kumpulan D'Riyadh. Aku tak berminat nak cerite panjang lebar pasal kumpulan ni, sebab aku pun kurang familiar dengan kumpulan ni.

Aku tak pasti pulak macam mane dengan orang lain, aku rase kalau kumpulan ni bagus sangat, mesti lagu2 die masih lagi boleh dengar dekat radio. Tapi aku tak pernah dengar pulak.

Bab album, kalau ikut ape yang aku dapat jumpe, cume satu album je yang kumpulan D'Riyadh dapat hasilkan iaitu media 88-89, tapi bile Akhil Hayy dah jadi seorang penceramah bebas..Hmm kalau peminat setia Akhil mesti tau, berape banyak album yang die da buat.

Album Akhil yang pernah aku jumpe lebih kurang ade 4 yang dijual di pasaran tempatan. Antaranye Dibawah Satu Cahaya, VC-1423H, Nasyid Lagenda dan Nasyid Lagenda 2.

Ni masih lagi tak termasuk dengan siri2 ceramah yang Akhil buat sepanjang menjadi seorang penceramah bebas dan lagu-lagu duet bersama artis2 lain. Aku tengok banyak jugak siri2 rakaman ceramah Akhil ni dijual dan setiap satu membawa tajuk yang lain2 walaupun dalam ceramah tu ade je benda yang same yang die sampaikan.

Selain tu, Akhil ni jugak aku tengok aktif melibatkan diri dalam konsert2 yang membawa title konsert amal. Selain pernah menjadi pengacara rancangan tv dekat Astro Oasis, Cafe Akhil Hayy. Program seminar pun die ade melibatkan diri jugak.

Secara kesimpulannye, ape yang Akhil buat semua ni mendatangkan DUIT.

Akhil ibarat seorang selebriti yang ade peminatnye sendiri.

Jadi tak salah lah bak kate pengarah JAIS

(Datuk Mohamed Khusrin Munawi )

“Apa yang kami ketahui, dia (Akhil) pandai bercakap seperti penceramah lain tetapi tidak memiliki latar belakang agama yang sepatutnya dimiliki seorang penceramah agama."

“Apa yang kami bimbang, penceramah yang tidak memiliki pengetahuan agama sepatutnya tetapi berlagak bijak berceramah yang boleh menjurus kepada mengelirukan masyarakat yang menjadi pendengar."

“Kami tidak mahu penceramah yang hanya pandai cakap tetapi tidak ada pengetahuan agama dan apa yang paling membimbangkan mereka menggunakan logik akal dalam ceramah mereka,”

Terus terang aku kate, kite tak perlukan penceramah yang macam ni sebenarnye, bukan cume ade satu je penceramah yang ade dalam Malaysia ni. Banyak lagi

Kadang2 aku rase pelik, ape yang buat orang suke sangat nak dengar ceramah Akhil, adekah sebab isinye, atau sekadar nak ketawe terbahak2 dan tersenyum sorang2 macam la bab kejahilan tentang isu agama tu salah satu benda yang patut kite rase happy.

Memang aku sedar orang lebih suke bentuk ceramah yang boleh ketawe2, boleh buat kite happy..

Ingat ni ape? Cerite Raja Lawak ke?

Aku tak kisah orang lain nak kate ape bab isu ni, sebabnye "I write What I See". Kalau ade salah dan silap, letak la komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...