Khamis, 10 Disember 2009

Kenapa Mesti Filem Seram?


Ni lagi satu hal, tak habis2 nak tayang filem seram. Kalau tak dekat tv, dekat wayang.

Satu cerite yang kononnye seram aku pernah tengok dekat wayang ialah filem 'Jangan Tegur'. Secara jujurnye aku rase agak membazir duit aku beli tiket wayang cerite tu. Bukanlah best sangat, dan tak de la seram sangat.

Biasenye kalau aku tengok wayang atau ape2 movie, aku akan tengok ape nilai yang cube nak disampaikan. Aku belaja banyak perkara melalui wayang dan tv, kalau lepas aku tengok sesuatu cerite dan aku rasekan yang aku tak dapat ape2 perkara baru, aku akan terus label cerite tersebut tak ade nilai.

Tak kisah la cerite tu cerita yang datang dari Malaysia atau luar negara.

Jadi berkenaan kebanjiran filem2 seram dekat pawagam dan siaran televisyen, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Seai Kie ade jawapannye, katenye

"Kandungan siaran televisyen, radio dan filem dipantau rapi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKSM) dan semua kandungan pra rakam siaran perlu ditapis dan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem"

"Pemantauan mendapati stesen tv dan radio swasta banyak menyiarkan rancangan yang sarat dengan mesej positif dan berbentuk pengajaran, namun ia diserap melalui pendekatan yang kreatif, menarik dan menghiburkan termasuk program-program remaja"

Aku tak tau ape yang Senator tu cuba nak sampaikan, tapi bagi aku semua tu 'Melalaikan'.

Cerite seram melayu tak pernah lari dari konsep A santau B, A tak puas hati dengan B, hantu belaan nak mencarik tuan baru, A nak jadi cantik atau kuat then guna sihir utuk jadi cantik.. Ah it's all predictable.

Kesian, budak2 zaman sekarang membesar dengan cerite2 santau, hantu raya, saka, toyol dan lain2. Padahal semua tu dah tak diperlukan lagi berada dalam minda dan mentaliti masyarakat abad ni. Tapi benda2 ni jugak yang cube nak diterapkan.

Kalau ade pihak yang cube kate, ini adelah salah satu cara kreatif untuk menerapkan nilai2 positif dalam diri masyarakat, aku lebih cenderung untuk tengok perkara ni sebagai

Cara kreatif pihak stesen tv untuk mendapat keuntungan yang lebih daripada masyarakat. Mereka memanipulasi ape yang masyarakat sangat2 nak tahu pada waktu ni, dan jadikan ia sebagai senjata untuk mengaut lebih banyak keuntungan.

Kesannye? Positif ke?

Mungkin hanye positif pada aliran wang masuk dalam akaun bank pihak2 tertentu.

1 ulasan:

  1. baru nak tulis entry nie..

    yelah tue bila 1 kuar, semua pun mahu keluarkan produk yg sama..walo tajuk lain tp rasa content semua sama shj..

    eh. bosan...
    mcmane mahu maju..kalau semuapun maw
    hendap sama sendiri ...peace!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...