
Macam yang kite boleh tengok, cerite ni da pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2008 yang lepas. Cume aku je yang kurang up-to-date. Baru je berkesempatan nak tengok cerite ni.
Aku pun tak pasti nak klasifikasikan genre filem ni, nak kate seram.. macam tak de la seram mane pun, nak kate thriller.. uiceh macam tak kena la pulak.
Sebelum ni aku cume pernah dengar dan tau sikit2 je pasal susuk yang dipakai oleh orang zaman dulu2, walaupun hakikatnye, orang sekarang pun masih ramai lagi yang pakai susuk ni.
Bagi aku jalan cerite movie ni agak menarik, and ade gaye tersendiri. Cume masalahnye, aku rase macam cerite ni agak panjang, mungkin jugak sebab mood cerite ni yang sedikit sebanyak boleh menimbulkan rase boring sikit.
Mungkin aku sorang je yang rase, tapi aku tengok Adlin Aman Ramlee agak macho dalam movie ni ho ho. Paling aku minat dekat ending die, pertame sebab itu menandakan citer tu da habis ho ho and lagi satu sebab ending die memang unik.
Ok, lupekan kejap pasal movie ni, jalan cerite, sape pelakon dan ape2 je yang berkaitan.
Aku sebenarnye masih tak pasti, ape yang diperjuangkan oleh pengarah filem ni. Sebab bagi aku, ni adelah pendapat peribadi aku, cerite pasal susuk ni tak payah di filemkan lagi bagus.
Sebenarnye, bagi aku, bukan sekadar pasal susuk, pasal amalan2 syirik lain pun same, tak payah la nak difilemkan. Santau, orang minyak, polong, hantu raya, saka dan lain2 ni la.
Sebab bagi aku, lagi ramai orang tak tau pasal benda2 ni, lagi baik kepada masyarakat kite.
Rasulullah menilai pengamal sihir sebagai seseorang yang berdosa besar dan boleh menghancurkan sesuatu bangsa, dan dapat merendahkan darjat pelakunya di dunia ini lagi.
Nabi bersabda,
Jauhilah tujuh perkara yang merosak. Para sahabat bertanya, apakah tujuh perkara itu, ya Rasulullah? Jawab Nabi, iaitu
- Menyekutukan Allah
- Sihir
- Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana hak
- Makan harta riba
- Makan harta anak yatim
- Lari dari peperangan
- Menuduh perempuan-perempuan baik, terjaga dan beriman
Sekarang ni manusia dah tak lagi takut nak melakukan dosa2 yang besar. Cakap je la dosa ape, zina? minum arak? membunuh? tak sembahyang..ah..besepah2.
Kalau dadah yang terang2 boleh merosakkan badan kite ni pun orang sanggup ambik, bayangkan macam mane pulak dengan susuk?
Susuk ni bukan je boleh menjadikan si pemakai luar biase kuat, hensem, jelite dan lain2 malah lebih dari tu. Cumenye ia haram dan berdosa besar di sisi Islam. Kalaulah masih ade lagi yang peduli soal halal dan haram sekarang ni.
Aku percaya, tak mustahil ade individu yang bercite2 nak pakai susuk lepas tengok cerite ni.
Mungkin ade yang akan kate aku ni berfikiran kolot, sempit, cetek dan dangkal..Tapi setidak2nye aku tak menolak kemungkinan2 yang mungkin akan berlaku lepas tengok cerite ni.
Ah..mungkin korang patut tengok sendiri cerite ni, baru faham maksud aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan