Ahad, 24 Januari 2010

Malas

Punca utama kenapa manusia kurang berjaya dalam dunia ini, ialah suatu penyakit yang dikenali sebagi MALAS!

Ya, secara tak disedari rupenye aku pun mengidapi penyakit tu jugak. Ah ni bukan penyakit yang biasa2 dan bukan senang nak diubati. Penyakit ni bukan jenis yang kita boleh dapat penawar die dekat mana2 farmasi.

Tengok la ni, aku nak menulis dalam ni pun punye lah malas!

Sabtu, 23 Januari 2010

Diari Budak U

Macam mana la aku ni, buat kerja selalu sikit2. Contoh macam blog ni la, suke sangat aku pasang blog banyak2. Kalau rajin sangat aku nak update blog tu lain la cerite kan. (huh)

Baru je semalam aku buat lagi satu blog, niche budak Universiti. Aku nak menjadikan kehidupan sebagai pelajar di universiti sebagai topik tulisan aku pulak. Mungkin sebenarnye aku ni sangat sayang untuk berpisah dengan studuent life, sebab tu aku buat yang bukan2 macam ni.

Sape nak jadi reader? I dun know...sape2 yang ada masa kot. Aku mane la tau, aku cume minat nak menulis je.

Jom saksikan dekat url ni ye

DiariBudakU.blogspot.com

Selasa, 19 Januari 2010

Nak Delete @ Nak Biar?


Blog blog oh blog

Aku pun heran kenapa tak ramai yang minat nak tulis blog, bukannye tak ada faedah. Well actually bergantung jugak la dengan apa yang korang nak tulis. Kalau setakat tulis benda2 yang jahanam dalam blog, eheh itu baru dinamakan tak ada faedah.

Baru2 ni aku baru je berkira2 nak delete satu blog yang dah lama aku tak usik. Actually dalam blog tu aku tak ada letak apa2 pun. Just nota2 untuk subjek yang aku kena amik dekat U. Alih2 semalam aku tengok ada pulak earning dari blog tu, wah tak sangka.

Bukan amaun banyak mane yang buat aku rase teruja, tapi potensi blog tu yang buat aku rasa macam tak percaya. Haha ye la dah aku buat blog tu pun cume nak selitkan dengan nota2 untuk final exam je kot. Tak sangke pulak la ade jugak orang yang datang singgah. Pastu tolong klik plak tu. Tengkiu2

Ahad, 3 Januari 2010

Apehal Lembab Sangat Ni..

Ok aku kena buat confession terlebih dahulu, memang la post aku sebelum ni adelah berkenaan Cerite Tentang Gay, tapi cerita tu tak ada pun kena mengena dengan aku. Nak kate aku support aktiviti jahanam diorang? Lagi lah jauh sekali.

Actually aku dah letak link dekat gambar tu, aku tak pasti sama ada korang boleh view gambar tu atau tak kalau klik sekalipun, sebab setahu aku korang akan di redirect ke satu website yang lain. Kaching.. Yeah kalau ini yang berlaku maka 1o sen bakal menjadi milik aku (hua hua)

Malam ni merupakan satu malam yang aku rasekan agak panjang sebenarnye, sebab esok aku dah mula kelas macam biase balik. Aduih la..New semester, and everything is new again.

Sambil aku duk melayan perasaan, mata aku ni terpandang la pulak dekat bahagian archieve blog ni, (oh) rupenye tahun lepas aku cume sempat tulis dalam blog ni 23 kali jer. AH ni yang buat aku rase nak emosi ni.

Apehal lembab sangat ni?

Macam ni lambat lagi la aku nak capai 1000 posting dalam ni (sigh)

Jumaat, 1 Januari 2010

Almost The End of The Holiday


Damn it

Lagi berapa hari je lagi aku dah nak kena register jadi student IPT balik. Ah..My life is just like heaven bile duk rumah cuti semester ni. Aku buat ape2 yang aku rase nak buat.

Tak de sape pun yang nak halang. Owh pendek kate dalam 1 bulan setengah ni aku telah berjaya mencapai kebebasan hidup yang mutlak. Macam mane pun, at least ade sumting dah berjaya aku grab dalam mase yang singkat ni.

Tapi still ade sumting yang merunsingkan pemikiran aku. Selalu jugak aku tertanye2

Agak2 macam mane la agaknye kehidupan aku lepas dari zaman student ni. Aku bukan nak plan untuk tak bekerja, no and never, aku tak bermaksud macam tu. Cume aku berharap aku akan dapat satu pekerjaan yang aku akan ade banyak mase untuk diri aku sendiri.

Aku tak faham kenapa dengan sorang kawan aku ni. Satu hari die nasihatkan aku untuk study hard. Aku pun terfikir.. Untuk ape? Supaya aku akan dapat kerja yang lebih hard ke?

Come on my friend, ilmu kita mungkin same, tapi jalan kita berbeza. Apa yang kau suke mungkin aku benci tak terhingga. Apa yang kau rasa betul mungkin aku awal2 lagi dah reject benda tu dan dah set dalam kepala, it is wrong for me.

Ape2 pun aku sangat bersyukur kerana ade kawan macam kau. Yang teringat dekat aku, yang terniat nak bantu aku. Cume aku harap kau faham, bukan aku seorang yang degil, bangang dan tak fikir panjang, tapi mungkin jugak aku dah terlebih dahulu melangkah jauh ke depan.

Bagi kau alphabet itu mesti bermula dengan huruf A, tapi aku memandang alphabet itu bermula dengan huruf M. Kenapa aku pilih huruf M, itu personaliti aku. Aku tak membenci orang yang tak memahami aku, cume aku menjauhi orang yang merosakkan pemikiran aku.

Macam mane pun mood aku sekarang ni...Lebih kepada excited. Excited untuk dapatkan ilmu baru dari lecture2 yang baru. Cumenye mungkin aku takkan score walaupun satu subjek. Ini cume kemungkinan, And aku akan pastikan ia takkan jadi kenyataan.

Dapatwang.com



Apesal pulak la kuar banner dapatwang ni pulak dekat entry aku kali ni?

Erm untuk makluman sape2 yang bace posting aku kali ni, sebenarnye ni merupakan satu lagi projek untuk aku dapatkan sedikit duit dari internet.

Baru2 ni sorang kawan aku tegur aku,

"Apesal kau obses sangat dengan internet income ni ha?"

Ape aku nak jawab? Kalau aku jawab pun bukan die nak faham, silap2 lagi die tanye soalan lain dekat aku. huh

Erm pasal program dapat wang ni, nampak macam scam bagi sape2 yang belum pernah cube atau baru pertama kali dengar.

Aku start buat benda ni beberapa jam yang lepas, tapi earning aku dah ada RM9.60. Lagi laju dari earning Nuffnang. Wah.. Kalau setiap hari pun macam ni kan bagus.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...