Sabtu, 24 Julai 2010

Ada Ke Tempat Untuk Orang Bangang Dekat Dunia ni?

Kalau bagi aku, memang la ada.

Tuhan tak pernah membeza-bezakan hamba-hambanya mengikut tahap kecerdikan mental, mahupun setinggi mana IQ yang mereka ada, tapi Allah menilai sejauh mana keimanan mereka terhadap Allah.

Dan diciptakan jugak manusia itu dari pelbagai latar belakang, pelbagai fahaman dan kaum, adalah tak lain dan tak bukan, bagi saling mengenali antara satu sama lain, di samping mengembangkan syiar Islam di muka bumi ni.

Bukan lah untuk bermegah-megah siapa yang lebih hebat, siapa yang lebih layak untuk tersenarai sebagai individu yang terkaya di Malaysia mahupun di dunia. Owh! Tak sama sekali.

Tapi dah semulajadi sifat manusia, suka sangat meletak kelas-kelas tertentu pada seseorang individu.

Manusia dikelaskan mengikut kaum, mengikut rupa paras, mengikut pekerjaan, mengikut ketinggian atau kerendahan ilmu, mengikut kawasan, dan macam-macam lagi jenis kelas. Padahal semua manusia yang ada di dunia ini tetap berasal dari manusia yang sama. Adam.

Kenapa perlunya ada kelas antara sesama manusia? Kita semua adalah dari baka yang sama. Kalau buruk seseorang tu, bukan ke kita patut rasa bersalah, yang kita juga sebenarnya bertanggungjawab atas keburukkan orang tu.

Memang kita tak akan mampu untuk buat semua perkara, tapi kan tak jugak bermakna kita patut tinggalkan semua perkara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...