First and foremost, thank you very much for dropping by and reading my post. In this post, I promise you guys that I will reveal method that I used to be featured on Innit Featured Post. So, stay tune and read until the end.
Now, siapa yang tak nak entry korang tersenarai dalam featured post, korang semua boleh lah berenti baca apa yang aku nak tulis ni, dan segera klik button [x] yang ada dekat browser korang ye.
Mesti korang pelik kan, kenapa la aku ni nak tulis benda-benda yang macam ni. Bagus sangat ke aku ni. Layak ke aku tulis tips-tips yang entah ye entah tak. Ok.. saya mengaku, saya bukan blogger terhebat atau orang paling layak untuk tulis ni semua. Aku bukan pakar.
Tapi setidak-tidaknya tips yang aku nak bagitau ni pernah menjadikan post aku jadi antara top post dekat innit. Itu pun kalau korang pernah terperasan aku la hhe.
Korang semua tau apa kesannya bila jadi featured post dekat innit? Yup.. Traffik. Exposure. Visibility. Sebenarnya kalau entry kita jadi top post pun ia tak mumbuktikan pape pun. Tak ada la nak kata yang dia ni blogger yang terer atau apa-apa sekalipun.
Baik, jadi untuk berkongsi dengan korang semua. Macam mana nak buat post korang tersenarai dalam featured post? Let's get serius.
Pertama, cara ni memang ramai orang buat. Buat satu pakatan antara blogger yang ada akaun nuffnang. Kemudian buat persetujuan untuk nangs entry sesama ahli. Orang kata 'Gang Nangs' lah ni. Tak salah, cuma featured post akan jadi tak natural. Post yang best tak dapat nangs yang banyak, tapi post yang macam sampah jadi featured pulak.
Korang nak guna cara ni, nilaikan sendiri baik atau buruk. Sila fikir long term. Cara ni hanya baik untuk short term. Lama-kelamaan orang pasti akan mula perasan dan akan mula benci korang. Ops.. benci dengan perbuatan korang.
Kedua, jadi seorang blogger yang rajin bersosial dan aktif dalam innit. Chatting, blogwalking, keep posting new articles. All this method. Ini yang aku maksudkan dengan visibility. Setiap kali orang bukak innit je, ada post korang, sampaikan orang dah terbiasa nak baca entry korang. Tak jadi featured pun tak ada masalah.
Cara kedua lagi neutral. Baik untuk long term. Untuk guna cara kedua ni, pastikan beberapa perkara ni korang ambik berat. Pertama sekali ialah trademark, dan kedua adalah brand name korang.
Trademark aku ialah muka aku sendiri, dan brand name aku ialah nama aku iaitu mohdsabree. Sangat-sangat digalakkan untuk guna muka sendiri supaya orang senang nak kenal. Jangan guna thumbnail selain muka korang sendiri. So that, bila orang bukak innit terus nampak muka korang. Orait, nangs kamu satu kali.
Kalau yang guna gambar cartoon atau lain-lain avatar, sangat di syorkan korang tukar ke wajah korang sendiri. Ini cuma pandangan je.
Ketiga, part yang paling crucial sekali nak tarik perhatian pembaca. Tak lain dan tak bukan. HEADLINE. Merujuk entry aku sebelum ni, headline kena sangat catchy. Sekali baca orang tertanya-tanya terus apa cerita ni.
Sebagai contoh, dalam akhbar harian metro bertarikh 25 september 2010, headline dia "Sosilawati Tidak Di Rogol". Perkataan rogol aku merahkan sebab perkataan keramat tu la yang menyebabkan orang tertarik nak baca. Ingat lagikan aku pernah tulis pasal seks, duit dan wanita?
Kalau tak pernah baca, boleh baca. Tajuk dia Buffered Earning ~ What You Don't Know and Must Know About It~
Ketiga, bahagian description. Ramai aku tengok diorang ni cuma copy paste je pendahuluan apa yang ada dalam blog diorang. Bajet orang nak baca sampai habis lah tu kalau terbaca pendahuluan yang belum tentu menarik tu. Sori siket... Sepatutnya korang kena manfaatkan bahagian ni dengan sebaik-baiknya.
Apa patut tulis dalam ruangan description sebenarnya? Jawapan dia ialah ayat-ayat promosi untuk mengajak pembaca baca blog post korang.
Contoh Head line: How to makes more money with Nuffnang
Description : You think that you know all the tricks and tips using Nuffnang? How about if you are not 100% correct. Find out the secret technic that the expert hide all this while.
Macam mana? Boleh terima tak? haha ok nampak macam outrageous and exaggerate sangat, ye tak? tapi tak ape. Boleh ubah ikut kesesuaian korang. Nak buat duit lebih dengan Nuffnang, sape yang tak nak kan? Description pulak macam melambai-lambai nak suruh kita baca. Macam ada benda yang kita tak tau pulak dalam entry tu. Padahal info dalam tu biasa-biasa je. Ceis terkena sudah.
Please alert, make sure jangan terlalu memperbodohkan atau membuat pembaca nampak bodoh kalau tak mau pembaca avoid entry korang.
Ni kalau korang perasan, merangkap teknik keempat yang aku nak persembahkan. Tulis tajuk dan description dalam Bahasa Inggeris.. walaupun blog korang dalam bahasa melayu. Kenapa bahasa inggeris? Sebab ia bahasa universal.
Ok this is the fact, ramai blogger nuffnang yang kurang baik bahasa melayunya. Especially kawan-kawan blogger yang berketuranan cina. Maaf, jarang sangat-sanagt untuk jumpa blogger india. Chinese blogger lebih prefer guna Bahasa Inggeris. Tengok je la blog diorang, mana ada yang tulis Malay.
Ingat, sekarang ni kita nak mereka nangs entry kita. So, tulis tajuk dalam English, dan description pun English. Lepas diorang klik dan dibawak ke blog kita, tengok-tengok kita tulis dalam Malay.. Tak apa la. Yang penting korang dapat 1 Nangs dan dapat jugak satu visitor. Ini tujuan kita diawal-awal lagi pun kan.
Remember, those chinese blogger bukan descriminate blog bahasa melayu. Tapi ada sebab kenapa mereka jarang bukak dan baca blog bahasa melayu. Itu aku akan kupas next entry pulak.
Korang tak berapa bagus dalam english. Come on.. Stop giving excuse. Work for it. After all, it only one simple sentence.
Kelima, this is the most crucial. Ni yang aku maksudkan dengan method yang paling korang kena perhatikan betul-betul. It is called timing. You must know the characteristic and behaviour of the innit. Don't ever post your entry in the wrong time, or else people will not notice your entry.
Ada satu masa terlalu ramai orang post entry serentak. Kalau entry korang tak cukup baik, ditambah pulak saingan yang sangat tingi. Possibility untuk entry korang tenggelam dalam entry-entry blogger lain pun akan jadi sangat lah tinggi.
Jadi, bila masa yang paling sesuai untuk post entry dalam innit. Aku bagi jawapan yang general je. Waktunya ialah bila persaingan korang rendah. Time tu cepat-cepat la post entry korang tu ye.
So, how about my 5 technics ni? Boleh pakai? Setuju? Tak setuju? Tak ape. How about bagi sedikit pandangan dekat ruangan komen ye. See you next entry.
Akan datang aku akan tulis berkenaan kenapa Blogger Chinese Tak Nangs Blog Bahasa Melayu. So, see ya
Penulis:
Sabree Hussin
www.sabreehussin.com
www.mohdsabree.com
woohoo aku ada dalam gambar kedua hehehe... mooncake festival
BalasPadamOh mooncake tu ko punye story ke hhhe
BalasPadamtahniah sebab berjaya dapat 60lebih nangs untuk post yang sblom ni. ehehe. good job bro!
BalasPadamlearning new blogging tips. posting waktu persaingain rendah.kena dig into this bila time kurang orang post ni. thank u for sharing :)
BalasPadam