Selasa, 21 September 2010

Blog Tersebut Terus Mati

Salam sejahtera buat yang sedang usha-usha blog aku, dan yang sedang intai-intai apa yang aku nak tulis ni.

Sebelum aku story pasal blog yang terus mati ni, biar aku bagi tau dulu dekat korang semua, yang sebenarnya aku ada maintain beberapa jenis blog. Ada satu-satu masa tu, bila sampai waktu gila aku datang, aku pernah menulis dalam 20 blog yang berlainan.

Tapi masalahnya, kegilaan aku tu tadi bukanlah muncul setiap hari. Ada masa-masa tertentu. Bila time gila aku hilang, hilanglah semua idea untuk aku curahkan dan penuhkan dalam blog-blog yang aku ada.

Jadi berkenaan dengan blog aku yang satu ni, dari hari ke hari aku tengok blog tu dah macam mayat bungkus dah. Tak gerak-gerak langsung. Visitor tak ada, new entry lagilah tak ada.

Dah kurang popular sangat, rasa macam sengal pulak kalau nak di update setiap hari. Tapi nak buat macam mana, nak disimpan tak memberi hasil, nak di buang pulak hati tak kesampaian. Jadi terpaksa lah aku simpan je sampai ke sekarang ni.

Blog yang aku maksudkan adalah blog berkenaan dengan program infinity downline yang pernah aku jalankan sebelum ni. Oh... Kalau dulu ada jugak walaupun sen sen income dari blog tu, tapi sekarang ni dah senyap terus. Macam merajuk je nak bagi income dekat aku.

Apa kata korang sumbangkan aku sedikit traffic dengan melawat blog aku tu.

Boleh kan?

Blog infinity downline

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...