Sabtu, 25 September 2010

Buffered Earning ~What You Don't Know And Must Know About It~



Good day. How are you guys. Hope you all in great health.

Bukan selalu aku menulis berkenaan dengan income Nuffnang ni. Sebab macam kurang berminat. Bagi aku, kalau Nuffnang nak bagi duit, dia bagi la. Kalau dia tak nak bagi, tak apa la. Tunggu je. Sampai masa dia akan bagi jugak.

Namun, aku ambil risiko. Aku akan tulis serba ringkas berkenaan dengan Nuffnang earning. Afterall, earning dari Nuffnang ni jugak la yang menjadi kegilaan hampir kebanyakkan blogger-blogger yang ada dekat Malaysia ni.

Kalau tak, takkan la hampir setiap hari entry berkenaan dengan Nuffnang earning yang selalu menjuarai featured post dekat innit. Ini belum lagi campur dengan blogger-blogger yang semangat je show off depa punya earning.

What you don't know and must know regarding Buffered Earning. Entry ni menjurus pada Buffered earning sahaja. Nak tau benda lain, kena tunggu lain masa ye.

First of all, macam mana nak dapat Buffered Earning.

Ada macam-macam pendapat, satu traffik kena tinggi. Kedua, traffik kena sentiasa stabil. Mana satu yang betul?

Jawapan dia ialah semua betul.

Bagi aku pulak, merujuk pada blog ni. Traffik bagi blog ni kadang-kadang tak sampai pun 10 unique visitors sehari, tapi masih boleh dapat Buffered Earning. Traffik kena sentiasa stabil. Nope, blog ni punya traffik tak stabil pun.


Tapi.. still boleh dapat buffered earning. Kenapa?

Ada beberapa faktor lagi yang perlu di ambil kira.

Pertama, berapa kerap korang update blog korang. Aku update hari-hari. Walaupun cuma satu entry yang entah hape-hape.

Kedua, entry yang macam mana selalu korang letak dalam blog. Informatif atau personal? Banyakkan letak informatif punya entry. Boleh dapat banyak repeat visitor kemudian hari dan akan mudah untuk dapat pengunjung dari search engine. Selain tu, entry yang bersifat informatif akan memudahkan korang dapat feedback dari reader.

Nampaknya, Nuffnang sukakan blogger yang berkomunikasi dengan readernya. Nuffnang adalah satu syarikat pengiklanan. Sebagai publisher, kita adalah duta bagi Nuffnang. Jadi, sebagai duta kita kena jadi orang yang berkomunikasi dengan reader dan kenal kesemua reader kita.

Perasan kan, kadang-kadang kita kena jadi jurucakap untuk memperkenalkan Nuffnang kepada umum, dan kadang-kadang kita kena tulis entry berkenaan advertiser yang menggunakan perkhidmatan Nuffnang. Kalau kurang jelas, lihat sekarang ni.. ada peraduan Iphone4. Pendek kata, kita jadi duta Nuffnang la. Aku andaikan yang korang semua faham apa maksud aku ye.

Ketiga, selalu tak korang ping blog korang? Sekurang-kurangnya kena rajin post entry-entry terbaru dalam innit. Dapatkan seberapa banyak nangs yang boleh. Aku bukan nak cakap berkenaan dengan traffic, tapi aku nak highlight berkenaan dengan visibility.

Adakah blog korang mudah di jumpai dalam innit?

Visibility. Walaupun aku tak selalu lepak innit, tapi sekurang-kurangnya ada beberapa blog yang aku rasa memiliki visibility yang tinggi di innit, merangkap di Nuffnang sekali.

Antaranya Vincephilosphy dan shortisanothersexy. Kedua-duanya adalah chinese blogger. Bukan nak segregate blogger ikut kaum, tapi kebetulan blogger yang memiliki tahap visibility yang tinggi adalah chinese blogger.

Aku pasti diorang ni selalu dapat buffered earning. Boleh tanya diorang personally kalau nak dapatkan kepastian.

Sebab tu aku galakkan korang semua post banyak-banyak story dalam innit. Ini untuk membuatkan diri korang mendapat exposure yang lebih oleh innit dan pada masa yang sama visibility yang baik. Secara tak langsung, ini jugak menunjukkan yang korang ini adalah seorang serius blogger.

Seterusnya, apa yang mempengaruhi earning yang bakal korang dapat?

Traffic yang tinggi. Bayaran adalah based on traffic. Lagi banyak traffik, lagi banyak la korang akan dapat, walaupun mereka ni tak klik pun pada iklan yang ada pada blog korang.

Jadi, macam mana nak dapat traffik yang tinggi dari innit?

Ok.. ni rahsia. Tapi tak apa, aku akan kongsikan jugak, sebab nampaknya macam tak pernah jumpa mana-mana blogger tulis dekat blog diorang.

Pertama sekali, headline atau tajuk. Kena catchy. Something yang mampu untuk menarik perhatian.

Apa yang boleh menarik perhatian orang untuk baca? Simple, masukkan unsur-unsur seks, duit, dan wanita. Tiga elemen ni memang mudah nak tarik perhatian orang. Bila kata seks, bukan bermakna nak kena letak ayat lucah. Use your creativity.

Duit pulak, cakap je pasal earning nuffang, pasal buffered earning, terus berduyun-duyun orang nak baca.

Kedua, ayat pendahuluan kena simple dan convey reader yang diorang tak akan rugi kalau baca entry korang sampai habis. Greetings pun bagus kalau ada, tapi tak perlu terlalu panjang. Jangan sampai reader korang rasa meluat je baca entry korang walaupun diorang ni baru baca part greetings.

Beza antara entry yang korang copy paste, dan yang asli ialah ada kata-kata aluan atau tak. Ingat, blogger kena berkomunikasi dengan pembaca... SELALU.

Seterusnya, elemen atau tips yang paling penting.. Selalu kalau guna elemen ni post aku berjaya tersenarai dalam Innit featured. Itu pun kalau korang perasan la.

Aku akan sambung lain kali..

Make sure you all selalu datang ke blog aku, if korang merasakan apa yang aku tulis ni sedikit sebanyak memberi manfaat kepada korang.


Penulis:
Sabree Hussin

20 ulasan:

  1. "seks, duit, dan wanita"



    .... ada gak wanita?

    BalasPadam
  2. aku pon traffick ciput jep. tp dpt BE gak.. maybe btol gak ko nyer pendapat neh..
    hehehehe

    BalasPadam
  3. hmmm.... penah gak baca pasal BE nie terpulang lebih kepada advertiser itu sendiri untuk buat decision.....

    BalasPadam
  4. Kekadang tue.... Timing dapat BE tu pelik gak.... biler trafik mencanak tak dpaat..... biler trafik ala kadar...boleh dapat sampai 3,4 BE...musykil2x

    BalasPadam
  5. terima kasih berkongsi informasi ini. Sehingga hari ini barulah saya faham apa itu buffered earning.

    BalasPadam
  6. seks.. duit.. wanita... hmm... bgs juga nie.. hehehe

    BalasPadam
  7. masa tak rajen update, mase tu jugak BE banyak.
    tak pasal2 dah rugi.

    BalasPadam
  8. ooooooooooooo...
    paham2..
    ni yg wat tmbah semangat nk menulis ni..

    BalasPadam
  9. salam hormat blogger seklaian, terima kasih sebab sudi meninggalkan komen dalam entry saya ni. Saya amat hargai. Namun tak mampu pulak nak balas satu persatu.

    BalasPadam
  10. semua betui,thank for share...

    BalasPadam
  11. nice post. bijak betul. blog aku ni dulu trafik gaban jugak, tapi income ciput. aku pun decide utk pencen dgn nuffnang.

    BalasPadam
  12. manipulate wanita ye? ahaha. thanks for sharing this info ya.

    BalasPadam
  13. hello, nuffnanger here and dropping by, hope i can earn from nuffnang too. :D

    BalasPadam
  14. Erm.. aku ade 2 blog.. blog pertama based on Blogger interface and the second one is my primary blog which is based on wordpress. My primary blog usually got more than 200 unique visitors a day while another blog got only less than 50 unique visitors a day. But, my primary blog tak pernah dapat buffered earnings, tapi my secondary blog tak pernah tak dapat buffered earnings, kadang2 sampai 5 campaign! pelik...

    BalasPadam
  15. tu la encik thomas, nuffnang ni.. kalau dia rasa dia nak bagi, karng dia bagi la.. kalau dia tak rasa macam nak bagi. tak dapat la

    BalasPadam
  16. i also want.. i post on innit pun tak ada orang notice.. lol =/

    BalasPadam
  17. seks, duit, wanita?

    perlu sangat ke tulis pasal tu sebab nak tarik trafik bro?

    BalasPadam
  18. Nak tulis pasal seks, duit dan wanita pasal nak dapatkan trafik... ethical atau tak dan perlu atau tak?

    Eh sukati la, blog korang, korang tulis la apa yang korang suke. Bab nak dapat trafik ke tak tu terpulang lah

    -kalau sempitkan otak memamg la akan nampak yang lucah-lucah dan eksploitasi kaum wanita je, tapi kalau korang prefer untuk jadi bijak, 3 topik ni sebenarnya provide leverage untuk up kan blog korang-

    Apa korang nak buat semua terpulang pada diri korang semua. Ja~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...