Jumaat, 10 September 2010

Diari Syawal 1~Ambang Syawal~

Ambang raya, tak banyak benda yang aku buat.. or mungkin jugak aku patut kate tak banyak benda yang aku nak buat. Malas nak menyibuk kakak-kakak aku kemas rumah. Lagipun dah tak banyak yang nak dibuat, sebab waktu siangnya dah buat.

Jadi malam tu, lepas balik dari Tesco, beli air untuk hari raya, aku lepak je depan laptop. Tak buat apa-apa. Nak lepak surau gi join takbir raya, nampak sangat macam tak kenanya. Ala, bukan apa.. Aku ni bukan jenis yang nak duduk surau. (akan ku perbaiki)

Malam tu aku cume layan Kamen Rider Decade je dekat laptop aku, sampai la dekat-dekat pukul 3 pagi. Banyak jugak episod yang aku tengok. Cerita bukan best sangat pun, lagipun cerita budak-budak.. cuma bezanya dulu masa aku budak-budak lagi, aku tak ada peluang nak tengok.

Tepat jam 3.48 macam tu, aku terkejut sebab mak aku bangun dari tido. Aku ingat dia nak pergi toilet ke ape, rupenya tak..

Aku: Mak nak buat ape?

Mak : Mak nak masak, besok kan dah raya. Pagi nanti anak-anak mak bangun ada makanan.

Aku : (dalam hati je) Ala.. tido je la mak,

Lepas tu aku terus tertido, sambil minda aku terbawak-bawak zaman aku masih kecik-kecik dulu.. Mak selalu macam ni, kalau ambang raya akan tido awal, lepas tu akan bangun awal-awal pagi untuk masak..

Aku nak teman, tapi mata pulak berat bukan main, mintak tido

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...