Jumaat, 10 September 2010

Diari Syawal 2 ~Hari Raya Pertama~

Semua macam yang aku bayangkan, tak ada apa yang special sangat dengan hari raya aku. Balik-balik benda yang sama je akan berlaku. Bila aku kata benda yang sama, maknanya, benda-benda yang biasa berlaku dekat rumah korang semua, akan berlaku jugak dekat rumah aku. Kalau tak semua, tapi ade jugak sebahagiannya.

Memandangkan raya pertama hari jumaat, so siangnya aku tak kemana, just duduk rumah dan prepare nak pegi sembahyang jumaat. Tu je. Khutbah Jumaat kali ni pun cerita pasal raya. Kunjung mengunjung la, bermaaf-maafan la, iye iye. Benda tu semua akan berlaku, tak ubah tak.

Bila dah petang, around 2 lebih barulah mak aku nak gerak ke kampung dekat Bukit Badung.. Ok, pegi la, nanti kalau ada tetamu datang biar aku handle ye.

Siap r, aku plan lepas mak gerak je aku nak kunci pintu, tutup tingkap rapat-rapat and buat-buat macam tak ada orang dalam rumah. Sekali aku lupe pulak dah... Khusyuk sangat layan Kamen Rider Decade. Sambung yang malam tadi punye ni la.

Dah datang pulak budak datang nak raya. Ada 2 orang je, aiseyh.. Takkan nak halau pulak suruh balik. Lagipun, diorang ni datang cuma nak duit raya je, bukan nak lebih dari tu. Bagi je la die masuk...

Aku : Nak air ape ea (ada 3 jenis air, bikarbonat, air bancuh dengan air mineral)

Budak : Air pape je, janji air

Aku : (dalam hati je) Mak aih, kerek pulak budak ni. Mak bapak die tak ajar budi bahase ke

Silap ke aku tanya nak air ape?

Mungkin jugak la, tak kena pada tempat maybe. Ni kampung la, bukan KL... Kalau KL mungkin la diorang akan berbudi bahasa sikit.

Ai...

Rosak mood aku nak layan Kamen Rider Decade..

Cepatlah ko blah dari rumah aku hish

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...