Ahad, 12 September 2010

Diari Syawal 4 ~Puasa 6 Di Bulan Syawal~

Hari tu sebelum nak raya aku rasa betul-betul sayu sebab Ramadhan dah dekat nak habis. Masa tu hari rabu, kalau tak silap aku. Sebab aku pasti, lepas berlalunya ramadhan, semua akan kembali seperti biasa.

Nak kena makan macam biasa, buat dosa macam biasa, alah... pendek kata semuanya akan kembali seperti asal.

Jadi betul lah sebenarnya puasa itu menyelamatkan kita dari terus-terusan melakukan dosa. Sebab itu jugak lah turunnya ramadhan kepada umat islam. Supaya kita semua boleh stop sekejap daripada terus-terusan melakukan dosa, sama ada yang besar mahupun yang kecil.

Dalam bulan syawal ni pulak, akan ada puasa 6. Sape yang berpuasa 6 pada bulan syawal ibaratnya seperti telah berpuasa sepanjang tahun. Besar tu ganjaran dia. Cuma nak buat atau tak nak je la. Almaklumlah, bukan diwajibkan. Padahal bukan susah mana pun nak buat.

Kalau korang nak buat puasa 6 ni, make sure dah ganti sampai habis puasa-puasa korang yang tertunggak tu dulu ye. Jangan nak buat-buat lupa.

Mak aku dah mula puasa sejak 2 syawal lagi. Kalau tahun-tahun sudah dia akan ajak aku puasa sekali. Cuma aku je yang tak nak buat. Tahun ni mak belum ajak lagi, maybe dia tau kot yang aku ni malas nak puasa sunat. Hee... Naluri seorang ibu kot, tau je apa yang anak dia pikir.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...