Ahad, 12 September 2010

Ini Bukan Pantun

Tepuk dahi la nampaknya ibu bapa semua bila anak-anak makin meningkat dewasa makin tak mahu nak dengar kata. Semua dah mula pandai nak tunjuk keras kepala. Berlagak hebat terutama sekali bila tengah sibuk beraya dirumah jiran tetangga.

Lagi di diamkan lagi naik kepala. Nasib tuan rumah bagi muka. Walaupun dalam hati entah apa yang dia kata. Salah sapa kalau anak-anak berkelakuan macam celaka? Nak kata salah ibu bapa? Atau tak habis-habis pengaruh rakan sebaya.

Suka sangat tuding jari ke orang lain punya muka. Sudah nya masalah tetap ada depan mata. Tak boleh tutup mata macam orang buta. Sudahnya.. esok lusa kita jugak yang akan kena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...