Isnin, 6 September 2010

Kalau Penat, Tutup Je la Laptop tu

Ini merupakan cubaan aku yang entah ke berapa kali ntah. Actually aku sengaja nak mencukupkan masa, sambil-sambil tunggu nak masuk waktu subuh ni. Aku try la paksa-paksakan diri untuk stay up kejap, layan blog ni.

Untuk bagi tau dekat korang semua, aku dah banyak kali delete entry yang aku nak publish ni, mungkin sebab aku dah terlalu penat, dan aku sendiri pun tak tau nak merepek apa lagi dalam ni. Bila siap je entry yang sepatutnya aku nak publishkan, tiba-tiba hati terasa macam entry tu sangat bosan. Delete la nasib entry tu.

Normally, kalau aku dah mula rasa macam dah kurang produktif dalam berblogging ni, aku akan cepat-cpat tutup je laptop. Terus stop tulis pape.

Ye la, no point kan...

Paksa-paksa diri nak tulis, nak siapkan satu entry, yang hasilnya nanti entah ape yang jadi. Menulis dalam keadaan penat dan kurang fokus boleh mengakibatkan kemalangan di Keyboard.

Kesannya untuk jangka masa panjang adalah sangat teruk, korang akan tertulis banyak benda yang tak perlu, dan akan banyak tersalah fakta disamping akan menampakkan diri korang yang tak berbakat tu menulis dengan penuh selekeh.

Tak pasal-pasal pulak nanti orang yang baca blog korang boleh muntah hijau disebabkan oleh kelakuan tak beretika diri korang yang memaksa pembaca memahami bahasa ala-ala sanskrit yang biasanya tak wujud dalam blog korang.

Jadi, untuk mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini seperti yang aku dah sebutkan itu tadi daripada berlaku, jalan paling selamat adalah tutup je laptop tu.

.
.
.
.
.
.
Allahu Akbar Allahu akbar
.
.
.

Akhirnya...

Lagu yang aku rindukan kedengaran jugak, dan dinyanyikan oleh muazin terkenal dekat kampung aku.

Alright, mau buat apa yang sepatutnya.

Will be back later

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...