Selasa, 21 September 2010

Kenapa Aku Benci Mercun?


Walaupun sekarang ni sebenarnya dah 11 syawal, namun kemeriahan hari raya masih lagi terasa dekat tempat aku. Oh, maksud aku tempat aku menginap sekarang ni, iaitu di Pandan Indah, Ampang.

Sana sini aku masih dapat lihat orang buat rumah terbuka, walaupun dengan keluasan rumah yang tak adalah besar mana tapi nampaknya itu tak menghalang mereka untuk mengadakan rumah terbuka. Rumah apartment, mana lah besar sangat. Nak-nak kalau yang ada perabot dalam rumah, lagilah limited space yang masih tinggal.

Mana nak letak makanan, mana nak letak tuan rumah, dan mana pulak nak letak tetamu yang ramai-ramai tu. Sempit woo...

Tapi tahniah buat mereka yang cekal dan tabah untuk still mengadakan rumah terbuka.

Seperti yang aku dah sebutkan sebelum ni, suasana hari raya masih jelas terasa. Dan yang paling aku anti sangat-sangat ni ialah kegiatan bermain mercun oleh budak-budak yang tinggal dekat kawasan apartment aku ni.

Nak tau ape mercun yang aku paling benci?

Adakah mercun ni?

.
.
.
.
.
.

Mestilah bukan. Walaupun mercun ni memang terkenal dengan bunyi letupan dia kuat nak pecahkan gegendang telinga, tapi aku still boleh sabar dengan mercun ni lagi.

Tapi yang paling aku tak boleh tahan sebenarnya adalah mercun yang satu nih


Dari segi bunyi memang lah tak kuat mana, tapi aku harap korang dapat take your time untuk bayangkan situasi aku eh

First of all, aku ni duduk apartment dan rumah aku yang paling atas sekali, dan mercun ni bukan meletup atas tanah, dia kan terbang tinggi dulu baru die letup. Ha, memandangkan tingkat rumah aku adalah yang paling atas, sah sah bila dia letup, effect dia jelas kedengaran kot.

Kedua, jeng jeng jeng

Pergh... yang ni aku harap sangat tak akan terjadik dekat aku. Aku phobia betul-betul kalau mercun ni masuk rumah aku and meletup pulak dekat ruang tamu rumah aku.

Kalau benda ni jadik, memang aku baling baldi lah dekat sape-sape yang bakar mercun ni.




5 ulasan:

  1. tak suke ar kalau die meletup tak kena pada tempat :p

    BalasPadam
  2. dulu selalu main.. sekarang sudah stop.. =)

    BalasPadam
  3. haha..dak degil xbenci la mercun..
    tp takot je..
    berani men bunge api je..ahahaa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...