Malam tu mimpi yang sama datang lagi dekat aku. Aku sendiri pun tak pasti entah sejak bila mimpi yang sama asyik datang berulang-ulang. Namun yang pasti, dari hari pertama aku dapat mimpi tu, kadang-kadang setiap hari aku akan dapat mimpi yang sama.
Aku tahu, aku faham, aku sedar yang mimpi tu cuma permainan tidur. Kemungkinan apa yang aku rasa sewaktu aku tidur tu, hanyalah permainan syaitan. Hanyalah gambaran-gambaran jahat yang ditontonkan oleh syaitan untuk aku supaya aku leka dan terus terlajak untuk bangun solat subuh.
Namun yang pasti mimpi yang satu ni betul-betul buat aku rasa kurang senang. Rasa macam nak beritahu aku sesuatu.
Kalau korang baca tulisan aku ni, mungkin korang boleh bagi sedikit pendapat dengan persoalan-persoalan yang aku tulis ni.
1. Lepas bangun dari tidur, korang dapat tak ingat semua apa yang berlaku dalam mimpi?
2. Mimpi korang ada warna atau sekadar bayangan berwarna hitam dan putih
3. Adakah orang-orang yang muncul dalam mimpi korang orang yang korang kenal ataupun orang yang korang tak pernah kenal
4. Apa nama korang dalam mimpi?
5. Korang berjalan atau terbang dalam mimpi tu
Hmm.. sebenarnya banyak lagi yang aku nak listkan dekat sini, tapi aku rasa cukup dulu setakat ni.
mimpi selalu orang yang kita kenal selalunya nama dia jer sma tapi muka tak sapa2 tah.. aku salu perasan benda tue..
BalasPadamnama sama tapi muka lain? anda pasti ke?
BalasPadamsalam,mimpi yang baik selalunya datang dari allah,dan mimpi yang menakutkan datangnya dari iblis dan syaitan.sebelum tido bacalah ayat kursi
BalasPadaminsya allah, biasa memang akan baca ayat kursi
BalasPadam