Waktu ni aku sendiri dekat rumah. Tak banyak benda yang aku nak buat. Buat pengetahuan korang, aku ade dekat Ampang sekarang ni. Jadi tak ada lah jauh mana dengan Kuala Lumpur. Kalau setakat nak keluar jalan-jalan dan buang masa dekat KLCC, Times Square atau Mid Valley sekalipun tak akan jadi masalah bagi aku. Public transport depan mata je.
Tapi ni la yang aku kurang berkenan ni.. Dekat sini semua benda perlukan duit. Keluar je dari pintu rumah, setiap benda adalah duit. Nak keluar for sure kena pakai kasut. Kena beli.
Naik tren, duit lagi. Nanti jalan mesti rasa penat, rasa haus. Nak kena minum. Duit lagi. Takkan cuma minum je, mesti nak kena makan jugak. Lapar weyh. Kena guna duit lagi.
Kalau jalan-jalan lagi... Rasa macam nak beli majalah, nak telefon kawan, nak beli top up, nak beli makanan ringan nak bawak balik, nak pergi tandas, nak naik bas, nak naik teksi, nak pergi tengok wayang, main bowling, main game arcade...
DUIT
Semua tu perlukan duit. Tak ada benda yang tak gunakan duit...
Macam mana ni.. Kalau semua benda nak kena ada duit baru boleh nak buat, then..
Apa nasib orang yang tak ada duit?! Kat mana dia patut berada? Ada ke tempat untuk diorang ni semua
semua perlu duit sabree
BalasPadamNo Money, No Talk..Huhuhuhuhu
BalasPadamxde duit duk diam kat rumah jer??
BalasPadamvoleyyy??
hehe
hha kena la duduk rumah je, duit tak de kan hha
BalasPadam