Jumaat, 1 Oktober 2010

Kena Kick Dari 100Penulis

Hari ni baru aku perasan, aku dah tak boleh nak akses editor page untuk 100 penulis.

Sorry ye admin, bukan aku tak minat nak join, tapi bila aku baca-baca mana-mana part yang patut, aku jadi pening, aku jadi rasa annoying.. Aiya.. macam banyak sangat la pulak aku nak kena buat.

Nak kena lapor diri la, nak kena posting secara berkala (yang ni tak ada masalah). Aku baca dua part nih, lepas tu bila aku nak buat apa yang sepatutnya, aku jadi blur-blur pulak. Eh dekat mana aku nak kena lapor diri nih.

This is my fault la sebenarnya, aku baca sepintas lalu, lepas tu terus blah. Tak ada pun nak baca sebijik-sebijik. Normal la kot untuk aku buat macam tu, aku bukan nak tulis dalam satu blog je. Aku sendiri ada a few blog yang aku masih lagi menulis secara aktif. By the way, amount dia telah aku kurangkan untuk memberi tumpuan yang lebih dan berharap dapat menghasilkan penulisan yang lebih baik.

Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kepada pihak admin 100penulis sebab pernah menawarkan peluang untuk menjadikan aku editor, cuma aku je yang tak manfaatkan dengan sebaik-baiknya peluang yang ada.

Tapi tak apa, aku punya gaya dan teknik penulisan pun masih belum bagus, dan tak cukup bagus lagi pun :p aku pasti korang akan dapat editor yang berganda-ganda lagi baik dari aku.

By the way, aku doakan dari tepi semoga 100penulis akan terus sukses.

1 ulasan:

  1. no sweat.. kalau tak dapat kontek sy pun editors lain boleh tolong.. cuma tanya je :D

    FYI saya tak sesuka hati kick editors baru, tapi memandangkan tidak ada sebarang tindakbalas yang tunjukkan anda wujud (lapor diri senang je sebenarnya), jadi status dikira inactive+tak berminat :(

    Thanks anyway untuk permohonan anda. Cuma terkilan anda tidak menghubungi saya untuk guide permulaan di blog 100penulis.com

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...