Isnin, 30 September 2013

Isnin Bukan Hari Tambah Stress

Betul ke boleh buat duit dengan blog? Boleh percaya ke sebenarnya selama ni mereka-mereka yang rajin sangat update blog tu, buat macam tu sebab diorang dapat duit.

Minat menulis tu memang betul la minat. Disebalik minat tu, rupa-rupanya ada lagi bonus tambahan sebenarnya. Duit ma...

Ada jugak yang timbulkan persoalan, kalau nak buat duit dengan blog... nak kena jadi blogger sepenuh masa ke?

Kalau kita ni jenis yang ada banyak kerja macam mana pulak? Tak kan nak 24 jam nak mengadap blog. Mana larat?

Karang nanti asyik sibuk dengan blog, kerja-kerja lain jadi terabai pulak.

Yang ni aku dah pernah jawab dalam entri aku sebelum ni, yang aku bagi tajuk >> Boleh ke part time blogger buat duit dengan blog.

Aku memang ada rancangan nak tulis tajuk tu dalam blog ni.

Bagi aku masa sikit ye.

Aku mesti akan tulis jugak nanti. Sekarang... aku agak bizi dengan group work aku. 


Ahad, 29 September 2013

Azam Bebas Hutang & Ada Banyak Wang

Sekarang ni aku ada dua jenis hutang... dan secara jujurnya, aku langsung tak bangga sebab aku dah ada dua jenis hutang ni.

Hutang pertama ialah hutang kad kredit.

Hutang kedua ialah hutang belajar.

... dan aku yakin dengan teori aku sendiri bahawa aku ni sebenarnya dah terjebak dalam konspirasi hutang. Dalam konspirasi hutang ini, pihak berkepentingan akan memastikan setiap orang sekurang-kurangnya mesti akan ada satu hutang.

Sama ada hutang belajar at least.

Personal loan.

Hire purchase loan.

Card credit.

Housing loan...

dan seterusnya.

Konsep dia simple je. Manusia ni kalau kita suruh dia ambik loan, dan kita janjikan dia macam macam belum tentu dia akan ambik. Malah ada ramai yang tak akan ambik.

Jadi, untuk pecahkan halangan psikologi tu, pihak berkepentingan ni wajibkan seseorang tu untuk ambik student loan.

Ilmu ma... semua orang setuju, kalau nak hidup yang lebih baik kena ada ilmu. Dan ilmu tu pulak, sekarang ni bukannya susah nak dapat, tapi mahal nak dapat !  

Asalkan dah ambik satu loan, lepas ni dia dah tak kisah nak ambik loan loan loan lain.

Azam aku seterusnya, aku nak bebas dari hutang-hutang ni semua!

... dan aku yakin hidup aku akan lebih tenang tanpa hutang.


Ada Benda Nak Tanya Pasal Jobdirumah

Apa agaknya nasib orang yang sebelum ni beriya-iya tanya kat aku pasal jobdirumah. Entah dah join entah belum.

Kalau dah join, aku pun nak tau jugak sama ada dia ni dah dapat hasilnya ke belum.

Pendapat peribadi aku, jobdirumah bukan untuk semua orang. Ya memang semua orang boleh join, boleh buat bayaran RM50 untuk penyertaan, namun untuk bekerja... itu yang aku yakin tak semua orang mampu buat.

Ingat senang ke nak jadi freelance?

Dengan keadaan kita boleh kerja ikut kita punya suka.

Dalam keadaan kita boleh kerja tanpa ada boss nak paksa.

Apatah lagi dengan ketiadaan seorang supervisor nak semak kerja kita. Nak jeling kat hasil kerja kita. Nak sound kita andaikata kita malas nak buat kerja.

Huh macam-macam lagi la.

Kadang-kadang kita ni pun satu hal. Benda depan mata kita tak nampak. Benda yang nun jauh disana, itu yang kita sibuk nak kejar.

Sistem job dirumah, dia akan hantar senarai kerja kosong kepada kita melalui email, tiap-tiap hari.

Kita tinggal pilih mana yang berkenan. Lagi satu, penting ni. Jangan tunggu peluang kerja yang senang-senang. Semua kerja dalam tu, walaupun ada yang macam tak pernah dengar dan kena guna sistem yang kita tak pernah tahu, sebenarnya kita boleh buat.

Pihak majikan akan bagi penerangan dulu macam mana nak buat. Dia pun tak akan biarkan kita blur sendiri, tak tau nak buat kerja macam mana.

Bila dah dapat senarai kerja, apply je semua.

Mungkin tak akan dapat buat semua, tapi salah satu mesti akan ada yang kena.

Jumaat, 27 September 2013

Bukan Nak Maki, Gangguan Tolong Pergi

Ada banyak perkara yang akan buatkan kita rasa fed up nak menulis dalam blog. Ada macam-macam gangguan.

So, sebagai penulis blog, memang kena kuat dan kena cari jalan keluar untuk tak tunduk dengan bentuk-bentuk gangguan yang bakal timbul. 

Untuk situasi aku, gangguan yang biasa muncul ialah orang sekeliling.

Mungkin sebab diorang ni fikir yang aku ni free sangat.

Bila tengok kat screen laptop aku, diorang akan nampak aku mesti online FB.

Lepas tu biasalah, aku akan bukak beberapa blog, sama ada blog tu aku punya sendiri atau orang lain punya blog.

Kadang-kadang aku senyum sorang-sorang baca orang lain punya blog. Dan jarang-jarang aku tarik muka serius bila aku dah mula menulis.

Aku agak, dari situ timbul persepsi dari orang yang tak faham cara kerja penulis blog, yang aku tengah berfoya-foya secara online.

Bila dah sampai tahap tu mulalah, tarik kerusi, duduk sebelah aku then ajak sembang. Cerita yang bukan-bukan dan sembang kosong. Aku memang cukup menyampah bila orang ajak aku borak kosong time aku tengah high nak tulis artikel.

Lagi kurang ajar... tengah aku fokus nak tulis segala idea yang keluar, time tu jugak la dia nak mintak aku tolong carikan info pasal itu pasal ini.

What the.... ?!

Entah kenapa sekarang ni tiba-tiba je aku rasa burn out. Rasa tak best.

Maka terpaksalah aku cuma fokus untuk buat entri untuk tujuan back linking ke blog aku yang satu lagi.

Ni baca artikel yang aku dah siap taip >> Betul ke boleh buat duit dengan blog?  


Jawatan Media Sosial Manager Diperlukan

Baru je beberapa minit yang lepas aku terjumpa dengan satu program buat duit dari rumah yang baru.

Konsep dia memang sangat simple. Hanya perlu buat kerja-kerja mudah yang melibatkan penggunaan media sosial.

Korang baca kat sini ye >> Media Sosial Jobs

Aku tak plan nak karang entri ni, tapi aku tulis je la.

Selagi Ada Nilai Boleh Jadi Duit

Setiap yang ada nilai, boleh dijual ... di internet.

Kata-kata tu yang aku pegang, dalam pengembaraan aku untuk buat duit secara online spesifically dalam bidang penulisan blog.

Sekarang ni aku dah tau macam mana nak buat duit dengan blogging. Tinggal nak perkemaskan je lagi. Nak bagi lagi berbisa dan menyengat.

Sampai sekarang aku masih lagi belajar macam mana nak buat lagi banyak duit dengan blogging.

Yang aku tau, aku perlu belajar beberapa kemahiran.

Kemahiran pertama ialah speed reading. Kalau tak membaca, jarang dapat idea yang best untuk taip entri.

Kemahiran kedua pulak ialah speed writing. Ini pun tak kurang pentingnya. Kena taip laju-laju, tanpa ada kesalahan ejaan, tanpa ada kesalahan penggunaan perkataan.

Last but not least, dah tentu kemahiran menjual. 

Memang aku masih harapkan income dari program pengiklanan. Tapi antara perkara yang aku tak gemar dengan program pengiklanan ni pulak ialah income dia sikit sangat.

Dan ia jugak berkadar dengan jumlah trafik yang masuk ke blog aku. Sangat berbeza dengan income dari program affiliate, yang memerlukan aku untuk menghasilkan jualan. Walaupun trafik tak banyak mana, tapi peluang untuk dapatkan jualan tu masih ada.

Masih belajar lagi, dan aku masih lagi dalam proses perkemas mana-mana yang tak teratur.


Khamis, 26 September 2013

Resepi Kejayaan Blogger : Blog Sebagai Jurujual Maya

Rupa-rupanya dah lebih dua tahun aku menyepi dan menghilang.

Sepanjang dua tahun tu aku langsung tak sentuh blog ni. Siapa yang kenal aku, mungkin diorang tau yang aku ada bukak blog lain.

Bolehlah kalau nak kata blog yang satu lagi tu sebagai blog official.

Kalau korang berminat nak baca blog aku yang lain, boleh pergi ke alamat url ni >> http://www.sabreehussin.com

Aku tak pernah terfikir pun nak jadi seorang blogger.

Malah kalau diikutkan, aku tak minat nak jadi blogger.

Kemudian dalam keadaan aku tak minat nak jadi blogger tu pulak, aku sempat lagi bukak blog yang baru, gunakan domain dan hosting yang aku sewa sendiri. Elok-elok tak payah nak fikir tentang bayaran sewa dan komitmen tahunan, sekarang aku dah ada komitmen baru.

Setiap tahun aku kena bayar RM100 sebagai bayaran sewa.

Kebaikkannya ialah, ia akan buatkan aku sentiasa beringat, jangan lalai. Kena menulis selalu. Kalau tak menulis, aku jugak yang akan rugi nanti.

Kalau macam blog ni lain cerita. Aku tinggalkan dua tahun pun tak ada masalah. Belum pernah lagi Google carik aku nak mintak aku bayar sewa dan sebagainya.

Macam-macam hal.

Dalam dua tahun ni aku belajar beberapa benda baru tentang blogging dan tentang buat duit dengan blogging.

Aku belajar untuk memilih.

Kemudian aku memilih untuk jadi penulis blog yang macam mana.

Adakah nak nak jadi penulis blog yang kepohci yang suka update hal-hal remeh, atau nak jadi penulis blog yang mampu menjual dengan perkataan.

... dan off course aku pilih yang nombor dua.

Bagi aku blog bukan sekadar aktiviti sia-sia. Sekarang ni aku lebih fokus.

Fokus aku sekarang adalah untuk hasilkan penulisan-penulisan yang mampu menjual. Ibaratnya, blog yang aku buat ni bertindak sebagai jurujual di alam maya yang mewakili diri aku.

Dalam keadaan macam ni, diam-diam besar jasa blog-blog aku tu.

Pandai blog blog aku ni buat sales untuk aku :-)




Rabu, 25 September 2013

Inspirasi Tiger Woods Dalam Penulisan Blog

Hari ni aku tergerak hati nak bukak balik blog yang dah agak lama aku tinggalkan ni. 

Sebenarnya aku agak berbelah bahagi, perlu ke aku nak tulis banyak-banyak blog? 

Fikir punyak fikir...

Deep thought... Ok la fine. Aku rasa bukan satu kerugian pun kalau aku tulis dalam banyak-banyak blog dalam satu-satu masa. 

Tiger Woods, untuk jadi pemain golf sehebat diri dia sekarang, setiap masa dia akan habiskan dengan berlatih golf. 

Berlatih buat pukulan hingga beribu-ribu kali dalam sehari. 

Hasilnya, jadilah seperti mana yang kita semua dapat lihat sekarang. 

Inspirasi macam tu yang aku nak bawa dalam bidang penulisan blog yang aku ceburi ni. 

Practice makes perfect

Tapi aku bukan pemain golf... dan aku tak berminat nak jadi seorang pemain golf. Nak belajar main golf pun aku tak minat. 

Tak mau aku. 

Tapi aku ada cita-cita. Aku nak jadi seorang penulis. 

Nampak tak dekat situ sebenarnya ada banyak persamaan. Kalau aku serius nak jadi seorang penulis, bermakna tiap-tiap hari aku kena berlatih menulis beribu-ribu patah perkataan. 

Sampailah benda ni jadi natural. 

Idea flow dengan sendirinya. Macam makan nasi, hatta kalau kita pejam mata sekalipun, kita tetap tau nak suap nasi tu masuk ikut mana. 

Dan lagi satu, dari kecik sampai besar aku practice macam mana nak makan nasi. 

Masa mula-mula dulu, habis berterabur. 

Atas meja berselerak, bawah meja tak usah cakap la. 

Tak lama lepas tu, skill aku makan nasi makin improve. Bawah meja dah tak selerak. Cuma atas meja comot sikit.

Lama kelamaan, bila dah semakin mahir, aku dah tak ada masalah dengan makanan asyik tumpah. Sekarang ni, kalau nak makan kat tempat-tempat yang high class pun aku dah tak malu. 

Lagi sekali aku beri perumpamaan, macam tu la hal nya dengan bidang penulisan. Masa mula-mula memang penulisan aku sangat comot, skema, dan mungkin orang yang baca pun tak faham. 

Bagi sikit masa, dan korang mesti akan nampak ada banyak perubahan along the way. 

 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...