Sekarang ni aku ada dua jenis hutang... dan secara jujurnya, aku langsung tak bangga sebab aku dah ada dua jenis hutang ni.
Hutang pertama ialah hutang kad kredit.
Hutang kedua ialah hutang belajar.
... dan aku yakin dengan teori aku sendiri bahawa aku ni sebenarnya dah terjebak dalam konspirasi hutang. Dalam konspirasi hutang ini, pihak berkepentingan akan memastikan setiap orang sekurang-kurangnya mesti akan ada satu hutang.
Sama ada hutang belajar at least.
Personal loan.
Hire purchase loan.
Card credit.
Housing loan...
dan seterusnya.
Konsep dia simple je. Manusia ni kalau kita suruh dia ambik loan, dan kita janjikan dia macam macam belum tentu dia akan ambik. Malah ada ramai yang tak akan ambik.
Jadi, untuk pecahkan halangan psikologi tu, pihak berkepentingan ni wajibkan seseorang tu untuk ambik student loan.
Ilmu ma... semua orang setuju, kalau nak hidup yang lebih baik kena ada ilmu. Dan ilmu tu pulak, sekarang ni bukannya susah nak dapat, tapi mahal nak dapat !
Asalkan dah ambik satu loan, lepas ni dia dah tak kisah nak ambik loan loan loan lain.
Azam aku seterusnya, aku nak bebas dari hutang-hutang ni semua!
... dan aku yakin hidup aku akan lebih tenang tanpa hutang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan