Jumaat, 27 September 2013

Bukan Nak Maki, Gangguan Tolong Pergi

Ada banyak perkara yang akan buatkan kita rasa fed up nak menulis dalam blog. Ada macam-macam gangguan.

So, sebagai penulis blog, memang kena kuat dan kena cari jalan keluar untuk tak tunduk dengan bentuk-bentuk gangguan yang bakal timbul. 

Untuk situasi aku, gangguan yang biasa muncul ialah orang sekeliling.

Mungkin sebab diorang ni fikir yang aku ni free sangat.

Bila tengok kat screen laptop aku, diorang akan nampak aku mesti online FB.

Lepas tu biasalah, aku akan bukak beberapa blog, sama ada blog tu aku punya sendiri atau orang lain punya blog.

Kadang-kadang aku senyum sorang-sorang baca orang lain punya blog. Dan jarang-jarang aku tarik muka serius bila aku dah mula menulis.

Aku agak, dari situ timbul persepsi dari orang yang tak faham cara kerja penulis blog, yang aku tengah berfoya-foya secara online.

Bila dah sampai tahap tu mulalah, tarik kerusi, duduk sebelah aku then ajak sembang. Cerita yang bukan-bukan dan sembang kosong. Aku memang cukup menyampah bila orang ajak aku borak kosong time aku tengah high nak tulis artikel.

Lagi kurang ajar... tengah aku fokus nak tulis segala idea yang keluar, time tu jugak la dia nak mintak aku tolong carikan info pasal itu pasal ini.

What the.... ?!

Entah kenapa sekarang ni tiba-tiba je aku rasa burn out. Rasa tak best.

Maka terpaksalah aku cuma fokus untuk buat entri untuk tujuan back linking ke blog aku yang satu lagi.

Ni baca artikel yang aku dah siap taip >> Betul ke boleh buat duit dengan blog?  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...