Rupa-rupanya dah lebih dua tahun aku menyepi dan menghilang.
Sepanjang dua tahun tu aku langsung tak sentuh blog ni. Siapa yang kenal aku, mungkin diorang tau yang aku ada bukak blog lain.
Bolehlah kalau nak kata blog yang satu lagi tu sebagai blog official.
Kalau korang berminat nak baca blog aku yang lain, boleh pergi ke alamat url ni >> http://www.sabreehussin.com
Aku tak pernah terfikir pun nak jadi seorang blogger.
Malah kalau diikutkan, aku tak minat nak jadi blogger.
Kemudian dalam keadaan aku tak minat nak jadi blogger tu pulak, aku sempat lagi bukak blog yang baru, gunakan domain dan hosting yang aku sewa sendiri. Elok-elok tak payah nak fikir tentang bayaran sewa dan komitmen tahunan, sekarang aku dah ada komitmen baru.
Setiap tahun aku kena bayar RM100 sebagai bayaran sewa.
Kebaikkannya ialah, ia akan buatkan aku sentiasa beringat, jangan lalai. Kena menulis selalu. Kalau tak menulis, aku jugak yang akan rugi nanti.
Kalau macam blog ni lain cerita. Aku tinggalkan dua tahun pun tak ada masalah. Belum pernah lagi Google carik aku nak mintak aku bayar sewa dan sebagainya.
Macam-macam hal.
Dalam dua tahun ni aku belajar beberapa benda baru tentang blogging dan tentang buat duit dengan blogging.
Aku belajar untuk memilih.
Kemudian aku memilih untuk jadi penulis blog yang macam mana.
Adakah nak nak jadi penulis blog yang kepohci yang suka update hal-hal remeh, atau nak jadi penulis blog yang mampu menjual dengan perkataan.
... dan off course aku pilih yang nombor dua.
Bagi aku blog bukan sekadar aktiviti sia-sia. Sekarang ni aku lebih fokus.
Fokus aku sekarang adalah untuk hasilkan penulisan-penulisan yang mampu menjual. Ibaratnya, blog yang aku buat ni bertindak sebagai jurujual di alam maya yang mewakili diri aku.
Dalam keadaan macam ni, diam-diam besar jasa blog-blog aku tu.
Pandai blog blog aku ni buat sales untuk aku :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan