Sabtu, 5 Oktober 2013

Mengarut Betul, Kuota Internet 1GB Sahaja

Serius.

1GB kuota untuk penggunaan internet selama sebulan adalah satu pakej yang mengarut.

Especially untuk orang macam aku yang banyak guna internet.

Aku guna internet untuk tulis blog.

Kemudian aku jugak akan promosikan blog aku.

Bukak facebook.

Sesekali tersesat masuk ke website youtube.

At least aku kena pakai 20GB

Mana la aku nak dapat pakej yang macam tu.

Macam hampeh betul.

Sekarang ni aku diseksa dengan kelembapan sambungan internet.

Khamis, 3 Oktober 2013

Tips Menjual Insurans

Menjual insurans dan takaful bermula dengan kita mengenalpasti siapa prospek kita. Dimana mereka berada? Apa kegemaran dan minat mereka?

Apa kemahuan dan keperluan mendesak yang mereka ada?

Berapa pendapatan mereka?

Selepas dah jelas dengan persoalan-persoalan tersebut, barulah kita susun strategi untuk mempromosikan produk insurans/takaful kepada mereka.

Kita akan rasa susah nak jual polisi apabila kita mensasarkan prospek yang kurang berkualiti.

Kurang berkualiti ni maksudnya, kita dah pilih prospek yang memang berpendapatan rendah.

... ataupun dari segi undang-undang insurans sendiri, mereka tak layak untuk ambil pelan perlindungan untuk diri mereka, boleh jadi disebabkan mereka telah pun jatuh sakit.

Untuk membantu proses jualan berlaku dengan lancar,

1. Pastikan anda jelas dan faham kegunaan produk 

Tujuannya adalah supaya anda boleh jadi lebih kreatif dalam membuat persembahan jualan. Produk insurans/takaful bukan semata-mata untuk perlindungan atau tabung ketika musibah sahaja.

Ia boleh dijadikan sebagai guarantee untuk memastikan pencarum ada duit untuk pembiayaan pendidikan anak-anak, tabungan untuk pergi haji dan umrah dan sebagainya.

Semuanya bergantung pada cara anda menerangkan kepada prospek apa kegunaan lain insurans dan takaful.

2. Jual kegunaan, kebaikkan dan keistimewaan produk 

Terangkan pada pelanggan, apa benefit yang pelanggan akan dapat apabila mencarum.

Jangan buang masa ceritakan ciri-ciri produk kepada pelanggan.

3. Mendidik bukan sekadar menjual 

Dekati pelanggan dengan perspektif ingin mendidik pelanggan apa kelebihan, kebaikkan insurans.

Rata-rata manusia tak suka dipaksa atau disuruh untuk beli barang.

Tapi, sebenarnya manusia ni suka beli barang apabila tak dipaksa untuk membeli.

4. Beri free gift 

Ini pun kaedah yang boleh digunakan.

Sediakan hadiah-hadiah istimewa untuk prospek tak kisahlah sama ada dia akan beli atau tidak dari anda.

5. Berlatih menjual selalu 

Macam mana cara nak berlatih menjual?

Ada dua cara.

Pertama berlatih menjual dengan cara menemui sebanyak mana prospek dan membuat persembahan jualan.

Kedua, berlatih menjual dengan cara menulis. Sama ada penulisan menerusi email ataupun blog/facebook.

Semoga tips ini bermanfaat.   



Rabu, 2 Oktober 2013

Skrip Untuk Jual Insurans

Sebagai permulaan, memang bagus kalau kita boleh dapat skrip untuk jual insurans. Setidak-tidaknya kita tak adalah rasa kelu dan rasa macam tak tau nak cakap apa bila berdepan dengan bakal pelanggan.

Dulu aku pun ada skrip aku sendiri.

Cara aku buat senang je. Aku cuma perlu tiru bulat-bulat apa yang ditulis dalam sebuah buku.

Sebenarnya buku yang aku beli tu dia tengah cerita macam mana nak jual produk mesin basuh. Walaubagaimanpun, konsep dia sebenarnya hampir sama.

Teknik-teknik dan cara penyampaian boleh diaplikasikan untuk menjual apa jenis barang sekalipun.

Berbalik kepada kisah skrip untuk jual insurans ni.

Sebenarnya ada skrip ni bagus untuk beri kita idea, dan gambaran macam mana kita nak beri reaksi apabila berhadapan dengan situasi-situasi tertentu.

Tapi

Tak bolehlah kita terlalu bergantung pada skrip tu sangat.

Aku sendiri rasa bosan bila sembang dengan agen insurans, dan dia tu pulak cakap macam robot.


Buat duit dengan blog, website & Facebook

Blog ni dulu ada siarkan iklan dari Nuffnang, dan kalau kalian rajin untuk tengok-tengok artikel-artikel lama dalam blog ni, pasti kalian akan perasan aku ada sentuh beberapa perkara tentang Nuffnang.

Masalah aku dengan Nuffnang dulu ialah bila aku listkan banyak sangat blog dalam satu akaun, kesannya ialah aku susah nak dapat buffered earing. Sekarang ni dikenali dengan nama CPUV campaign.

Selain dari tu, iklan nuffnang yang cantik-cantik tu pulak biasanya cuma muncul waktu tengah-tengah malam.

Waktu tak ramai orang yang browse internet.

Waktu orang tengah tidur barulah nak muncul iklan-iklan best dalam blog aku.

Ni la salah satu masalah bila kita terlalu bergantung pada ads network, kita kurang keupayaan untuk kawal sepenuhnya bila iklan nak keluar.

Baca lagi kat sini >> Buat duit dengan blog, website & Facebook 



Jangan Putus Asa Pada Rezeki Allah

Cuma orang yang kerja sendiri je yang tau betapa seronoknya kerja sendiri.

... dan ini jugak bermakna, hanya orang yang kerja sendiri je yang tau betapa seksa dan sengsaranya kerja sendiri.

Tak kiralah sama ada kita nak kerja sendiri atau nak kerja makan gaji, yang penting kita jangan sesekali putus asa pada rezeki Allah.

Setiap orang ada bahagian masing-masing.

Boleh jadi rezeki yang datang pada kita tu nanti bukanlah dalam bentuk wang ringgit. Tetapi dalam satu bentuk lain yang mungkin kita sendiri tak faham.

Rezeki boleh datang dalam bentuk
1. Tempat tinggal yang selesa dan baik
2. Kesihatan
3. Bekalan makanan yang sentiasa mencukupi
4. Kawan-kawan dan kenalan yang baik dan supportif
5. Adik beradik, ahli keluarga yang sentiasa ambil berat

Tak sepatutnya kita hanya menyempitkan takrifan rezeki terhad pada wang ringgit semata-mata.

Wang ringgit pun adalah rezeki, namun kita kena ingat, ia hanyalah sebahagian daripada rezeki sahaja.

Ada jugak ketikanya wang ringgit tak dapat nak beri kebahagiaan.

Wang ringgit tak dapat nak beli kasih sayang.

Wang ringgit tak dapat nak beli penghormatan.

Jadi kita sendiri kena berpada-padalah dalam mengejar wang ringgit dan kesenangan duniawi.


Rezeki Sempit Buat Hidup Makin Terhimpit

Ini sebenarnya kisah seorang kenalan. Bukan cerita saya, tapi cerita dia.

Memandangkan dia yang nak cerita kat saya, jadi saya pun dengar. Sekali sekala saya menyampuk dan ada la jugak bagi satu dua pendapat.

Kisah tentang rezeki.

Kawan saya ni rasa rezeki untuk dia makin sempit. Dah jadi makin susah nak bernafas. Dia kena halau dengan keluarga (adik beradik). Ayahnya pulak tengah sakit dan tak dapat nak buat apa-apa.

Kemudian disebabkan nak jaga si ayah yang sedang sakit, dia terpaksa duduk rumah sepanjang masa. Hilanglah kerja, dan hilanglah sumber pendapatan.

Memang mencabar.

Apa yang terdaya untuk saya kongsikan adalah amalan mustajab untuk menjemput rezeki dan juga doa-doa murah rezeki yang terdapat dalam al-Quran. Semoga hati dia terbukak untuk amalkan.

Masa saya jumpa dia, dia tak habis-habis mengeluh tentang nasib dia. Masalah biasa... duit tak ada.

Dia rasakan memang sangat mustahil nak teruskan hidup sebab tak ada duit.

Kemudian saya tanyakan pada dia,

"Ko ni risau sangat bab duit, jangan sampai lupa ada benda lain yang lagi penting yang kita kena risaukan."

Dia pandang saya dengan pandangan yang agak pelik.

"Ko bayangkan ye... sekarang ni ko risau sangat tentang duit. Katakanlah, besok waktu ko naik moto, dalam perjalanan ko eksiden. Kena langgar lori. Di takdirkan Tuhan, ko meninggal... agak-agak settle tak masalah duit ko esok?"

Dia setuju untuk kata... Ya. Masalah selesai!

Ha see. Memang kita patut risau bab duit tak ada. Tapi jangan sampai ia jadi keutamaan. Fikirkan. Ada benda lain, ada masalah lain yang lebih mendesak berbanding duit. Jangan sampai kita lupa tu.

Urusan beri rezeki, kita pulangkan semula kepada Allah s.w.t.

Kita kembali kepada tujuan asal, kenapa kita diciptakan. Iaitu untuk jadi khalifah.

Bayangkan, andai esok lusa kita mati, dan matinya kita tu pulak dalam keadaan kita letakkan duit tu sama level dengan Tuhan... kat mana agaknya tempat kita nanti?

Layak tak kita nak masuk syurga Dia nanti?

Wallahu'alam


Selasa, 1 Oktober 2013

Pekerjaan Apa Yang Menjamin Masa Depan?

Ada tak pekerjaan yang boleh jamin masa depan kita?

Maksudnya, walau apa pun yang akan jadi, kita tetap akan ada kerja. Kita tak akan kena buang kerja kalau kita ada masalah disiplin.

Kita tak akan kehilangan pekerjaan walaupun satu masa nanti kita dah jadi seorang OKU. (Orang kelainan Upaya)

Kita tak akan kehilangan pekerjaan walaupun keadaan ekonomi sangat teruk.

Dan yang paling penting sekali ialah, selepas kita dah melangkaui usia persaraan. Kerja apa yang boleh memastikan kita tetap ada sumber pendapatan selepas bersara.

Rasa tak mungkin wujud pekerjaan macam ni? Ye tak.

Mana ada majikan nak simpan pekerja yang ada masalah disiplin!

Mana ada majikan yang nak upah pekerja dah hilang keupayaan untuk bekerja!

Mana ada majikan yang sanggup nak beri gaji pekerja disaat majikan sendiri tak ada duit nak bayar upah kepada dirinya sendiri!

... dan last but not least, mana ada majikan yang masih lagi nak bayar upah kepada pekerjanya yang dah expired. Yang dah tak larat nak bekerja.

So macam mana? Apa penyelesaiannya? Kita tak boleh buat tak endah benda ni. Lagi-lagi kalau sekarang ni kita masih lagi muda!

Satu hari nanti kita pasti akan lalui semua benda ni. Kalau sekarang ni kita masih muda, at least, kita ada masa untuk bersedia.

Saya fikirkan satu benda, iaitu bekerja sendiri. Bukak company sendiri. Perlahan-lahan buat bisnes sendiri walaupun mula dari kecil.

Start small, end big.

Kita target, bila kita nak bersara nanti, syarikat kita tu akan jadi cukup matang dan boleh support kita untuk tampung kehidupan kita setelah bersara nanti.

Kalau modal yang jadi isu, kumpul modal melalui program jobdirumah. Kalian boleh baca >> Kajian kes program buat duit dari rumah oleh jobdirumah.

Oh saya dah kongsikan satu rahsia yang tak ramai orang tahu.

Persoalannya sekarang, apa anda akan buat selepas dah tahu rahsia ni? 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...