Ahad, 2 Februari 2014

Idea & Aplikasi Di Sebalik Ebook 100 Rahsia Psikologi Pelanggan

Sebenarnya ramai juga yang masih lagi tak nampak cara untuk gunakan ebook ini. 

Ebook ini bukannya ebook yang bila kita dapat, kita baca. Then kita bertambah ilmu pengetahuan. 

No no bukan itu tujuan utama saya hasilkan ebook ini. 

Ebook ini ditulis bagi tujuan memudahkan anda untuk menghasilkan ayat iklan atau ayat jualan dengan meletakkan pembeli di minda anda. 

Dengan merujuk kepada ebook ini, anda akan dapat mengetahui 100 sebab kenapa pelanggan membuat keputusan untuk membeli.  

Anda hanya perlu pilih salah satu daripada sebab kenapa pelanggan membeli. 

Selepas anda dah tau apa sebabnya, seterusnya anda hasilkan ayat iklan berpandukan kepada maklumat tersebut. 

Ok generally, kita semua tahu pelanggan membeli kerana mereka ingin selesaikan masalah.

Jadi sebagai jurujual, kita perlu hasilkan kempen pemasaran kita dengan membina ayat iklan yang menunjukkan kepada pelanggan bahawa produk anda adalah produk yang tepat untuk menyelesaikan masalah tersebut. 

Faktor ingin menyelesaikan masalah hanyalah salah satu daripada 100 faktor lain yang mempengaruhi pelanggan untuk membeli. 

Kalau anda memang dah sedia maklum mengenai sebab ingin selesaikan masalah, itu bagus. 

Dengan membaca ebook 100 Rahsia Psikologi Pelanggan ini, anda akan mengetahui lagi 99 faktor kenapa pelanggan membeli. 

Saya yakin, maklumat ini pasti sangat berguna untuk bisnes anda, tak kiralah sama ada bisnes anda tu bisnes online mahupun bisnes offline.   




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...