Ahad, 27 April 2014

Berbeza Betul Cara Pakar Hasilkan Income Di FB Group

Selalu saya perhatikan, cara pakar buat jualan di FB Group dan juga cara newbie buat jualan di FB Group. 

Sangat jauh berbeza. 

Ia kembali kepada persoalan, pemasaran. 

Dalam bahasa Obama, ia dikenali dengan nama marketing. 

Cara kita buat marketing bakal memberi impak, sejauh mana keberkesanan method pemasaran yang kita pilih. 

Mereka yang saya kira pakar buat jualan, hanya akan fokus pada satu group sahaja untuk buat marketing. 

Satu post sudah cukup untuk hasilkan income yang lumayan. 

Berbeza sekali dengan orang-orang baru. 

Tamak sekali orang baru dalam bidang pemasaran ini.

Mereka join terlalu banyak group, kemudian post terlalu banyak iklan, hinggakan tak ada siapa yang minat nak baca iklan yang dipostkan itu. 

Mereka ada masalah hasilkan jualan menerusi medium FB Group. Cuma mereka sengaja memilih untuk tak memikirkan persoalan tu.

Sampai satu tahap, tindakan mereka post banyak-banyak iklan lebih mirip kepada strategi seorang spammer. 

Etika pemasaran memang dah OUT. 

Mujur saya tak terjebak nak buat kerja-kerja pemasaran yang tak ada hasil macam tu.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...