17 April 2014 - Pagi tu saya terima pesanan ringkas menerusi Whatsapp yang mengatakan YB Karpal Singh meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang mengorbankan nyawanya.
Rasa terkejut dengan berita tersebut, kerana sejak akhir-akhir ni nama beliau kerap disebut-sebut lebih-lebih lagi dalam media-media Pro Kerajaan BN.
Jujurnya, saya tak kenal siapa sebenarnya Mendiang Karpal Singh.
Saya tak pernah jumpa beliau in person.
Saya tak pernah nampak beliau hatta dari jauh.
Saya juga tak pernah tonton sebarang video penuh atau ucapan dari beliau, melainkan video sekerat-sekerat yang dah di edit baik punya oleh golongan pro kerajaan BN semata-mata nak buktikan yang mendiang bukan orang yang baik.
Beberapa hari kebelakangan ini, nama mendiang Karpal Singh begitu sinonim sebagai seorang yang anti Islam. (Anti Hudud kononnya)
Atau sebenarnya saya patut katakan, media di Malaysia telah wujudkan karektar mendiang sebagai seseorang yang anti Islam.
Isunya?
DAP tolak HUDUD.
Betul ke mendiang tolak Hudud secara total? ... atau beliau hanya menolak dari sudut perundangan di Malaysia?
Saya tak tahu.
Beliau seorang peguam yang berkaliber.
Beliau tau apa yang beliau tentang.
Orang seperti beliau bukan penentang agama yang perlu diperangi.
Apa pun saya tak tahu siapa beliau. Menerusi media-media yang dipelopori oleh kerajaan, hanya karekter jahat sahaja yang ditonjolkan.
Sebab tu saya memang malas nak ambil tahu apa yang dilaporkan di akhbar mereka.
Yang memerintah dan memegang kuasa tak adil.
Yang melaporkan berita tak adil.
Yang menyokong secara membabi buta tak adil.
Saya tak nampak dimana keadilannya.
Apa pun, takziah di ucapkan kepada keluarga mendiang Karpal Singh. Semoga kalian terus tabah.
Saya harap keluarga mendiang juga tidak ambil pusing pada cakap-cakap belakang si pengecut yang merepek dengan tuduhan tak berasas.
Saya sebagai seorang Islam, juga benci dengan tindakan saudara-saudara kami yang masih lagi mengaku Islam, sedangkan mereka langsung tak mempamerkan akhlak Islam.
Ketahuilah... sikap buruk yang dipamerkan oleh mereka yang mengaku Islam, itu sebenarnya bukan dari ajaran kami.
Moga tidak membenci agama kami (Islam), walaupun kalian membenci pelaku dan pencemar agama kami yang menyorok disebalik nama agama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan