Bukan ahli politik je yang kena ada kemahiran nak spin cerita, blogger pun WAJIB ada kemahiran dan skil yang sama.
Especially blogger yang memang cari makan 100% menerusi sumber pendapatan online.
Kalau nak dapatkan trafik yang banyak, dan pada masa yang sama idea pulak terhad, maka kat sinilah pentingnya ada kemahiran nak spin artikel.
Ubah tajuk situ sikit sini sikit lebih kurang dah jadi. Isi sama pun tak apa. Yang penting pengolahan cerita tu.
Kenapa ya saya kata macam ni.
Ini daripada pengalaman saya sendiri,kalau anda adalah seorang penulis blog, dan anda mensasarkan pemasaran affiliate untuk sumber pendapatan online, lazimnya, satu artikel masih tak cukup untuk dapatkan sales.
Kadang-kadang anda perlu hasilkan 10 artikel.
Kadang-kadang 100 artikel.
Pendek kata, lagi banyak artikel, lagi tinggi peluang anda untuk dapatkan sales daripada produk affiliate.
Kenapa ya macam tu?
Pertama, bila kita ada artikel yang banyak, secara tak langsung kita akan mula maksimumkan penggunaan keyword tertentu. Sampai satu tahap, keyword tersebut memang melekat dan jadi banyak dalam blog kita.
Bila keyword tu dah jadi banyak dalam blog kita, maka ia akan beri gambaran kepada search engine bahawa blog kita adalah relevan dan sememangnya dibina berdasarkan kata kunci tertentu.
Kesannya... kita akan terima organik trafik dari search engine seperti google.
Jadi, lebih banyak trafik yang targeted terhadap kata kunci tertentu, lagi tinggi peluang kita untuk dapatkan sales.
Tahu... kadang-kadang memang rasa bosan jugak bila asyik tulis benda yang sama je... tapi percayalah, apa yang kita buat tu lambat laun pasti akan ada hasil.
Buat je la... jangan nak komplen banyak sangat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan