Selasa, 15 April 2014

Gambar perbezaan road block di Malaysia dengan luar negara

Saya ada terima gambar perbezaan roadblock dekat Malaysia dengan roadblock di luar negara. 

Gambar ni saya dapat di FB.

Ada beberapa orang kawan yang duk sebar-sebar dan komen-komen gambar ni. 

Bila saya tengok perbezaan ini, memang menarik. 


Kononnya yang kat atas tu roadblock kat Malaysia. 

Yang kat bawah tu pulak gambar roadblock yang dibuat kat Singapore. 

Kalau anda biasa bawak kereta mesti pernah kena punyalah sekatan jalan raya ni. 

Saya sendiri pun biasa kena. Tengah elok-elok bawak laju, tiba-tiba jadi slow gila! 

Apa tak nya, daripada 4 lorong, jadi satu lorong!

Punyalah berlambak polis yang jaga kat kawasan situ, semuanya sibuk jaga trafik nak bagi lorong yang empat tu mengecik jadi hanya tinggal satu lorong. 

Dari segi time consuming, memang sangat-sangat membuang masa la. 

Elok-elok perjalanan dari 30 minit boleh drag sampai sejam lebih. 

Semuanya sebab ada roadblock yang entah hapa-hapa macam ni. 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...