Macam mana nak promosi iklan dekat internet?
Soalan macam ni pun sebenarnya ada ramai yang kantoi tau nak dapatkan jawapan.
Ingat senang ke nak buat promosi secara online?
Hmm memanglah betul orang kata bila kita buat promosi online ni, kita tak payah pergi mana-mana.
Duduk je la depan laptop sambil tangan tu tekan-tekan key board menaip apa yang patut.
Tapi sebenarnya, berapa ramai yang benar-benar tau apa sebenarnya yang dia buat?
Buat marketing ke buat spamming?
Ada beza ya tuan-tuan dan puan-puan. Ada orang ingat selama ni apa yang dia buat ialah marketing. Rupa-rupanya dia tak sedar yang selama ni dia hanya lah buat spam.
Pergi tempek iklan sana sini.
Pantang masuk group FB, mesti nak tinggalkan iklan bodoh dia tu.
Dia ingat orang suka sangat nak baca iklan dia. Come on. Remember this...
People don't read ads (orang tak baca iklan)
Tetapi, sometime, cara penulisan iklan kita tu, apabila kita lakukan dengan baik dan kaji sehabis baik, ia akan buatkan orang tak nampak bahawa apa yang kita tulis selama ini sebenarnya ialah iklan.
Macam mana nak jadikan ayat iklan kita tak kelihatan seperti iklan?
Ok... gunakan kaedah perkongsian informasi. Masukkan fakta, sejarah, dan mungkin sedikit sebanyak pengalaman anda dalam ayat iklan yang anda sedang hasilkan.
Bila anda dah tahu dan dah mahir macam mana nak buat promosi online, anda senang-senang je boleh dapat sales untuk apa-apa produk yang anda promosikan.
Menarik kan :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan