Khamis, 24 April 2014

Mana Lagi Untung? Dropship atau Affiliate?

Mana satu yang lagi menguntungkan? Sama ada nak buat duit sebagai ejen affiliates atau nak buat program dropship

 

Soalan lain yang boleh kita tanyakan ialah, mana lagi senang... nak buat dropship atau nak buat affiliates?  

 

Dropship atau affiliates...


Pernah tak anda terfikir jawapan yang terbaik bagi persoalan ni? 




Sebenarnya nak jawab persoalan ini pun bukan mudah. Untuk mendapatkan satu jawapan yang tuntas yang betul-betuk kena dengan jiwa, sebaiknya kita kena buat perbandingan.

 

Bila buat perbandingan tu pulak kena adil. Ia mesti dibuat antara dua produk yang sama jenis. Kalau bandingkan dengan dua produk yang tak sama....

 

Tak adil la haha 

 

Dah tentu akan nampak perbezaan yang sangat ketara!

 

Peranan seorang Ejen Affiliate  

Mari kita lihat dari segi peranan terlebih dahulu. Apakah sebenarnya peranan kita sebagai seorang ejen affiliate?

 

Sebagai ejen affiliate, kita hanya perlu promosikan laman jualan pemilik produk.

 

Biasanya dalam program affiliate, kita akan dibekalkan dengan satu (atau lebih) link affiliate khas. Kita hanya perlu fokus untuk bawa masuk trafik ke laman web jualan. 

 

Itu sahaja. 

 

Jika ada prospek atau pelawat yang berminat untuk membuat pembelian, mereka boleh terus membeli menerusi laman web pemilik produk. 

 

Jika mereka menghadapi sebarang masalah, ada pertanyaan berkaitan dengan pembelian dan sebagainya... mereka hanya perlu berhubung dengan pemilik web tersebut. 

 

Anda? Apa peranan anda? 

 

Peranan kita hanyalah sekadar jadi tukang bawa masuk pelawat, atau trafik. Setakat itu sahaja. Dalam urusan jual beli seterusnya, anda seolah-olah tak wujud. 

 

Asalkan prospek membuat pembelian ketika fungsi cookies masih lagi berfungsi dengan baik, anda akan dapat komisyen. 

 

Next. 

 

Kita cerita pula mengenai program dropship. 

 

Dropship

 

Saya yakin, masih ramai lagi yang masih kurang faham dan agak keliru bagaimana program dropship ini dijalankan. 

 

 

Bila mana anda masih kurang faham, maka agak sukar untuk anda bayangkan macam mana nak buat duit melalui dropship. 

 

Untuk menerangkan bagaimana program dropship ini berfungsi, anda boleh lihat gambar rajah dibawah. 


Pertama 

Anda perlu dapatkan pembekal yang menawarkan program dropship. Pada langkah ini, anda perlu buat sedikit carian dan kajian bagi mengenalpasti syarikat yang mana satu yang betul-betul mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik. 

 

Saya boleh cadangkan syarikat Bookcafe jika anda ingin buat dropship dan menjual buku dari pelbagai jenama. 

Syarikat Bookcafe menawarkan program dropship bagi yang berminat dan untuk pendaftaran boleh dilakukan di laman web ini.
 

 

Kedua 

Setelah pendaftaran anda diterima, anda akan dapat akses kepada semua bahan-bahan yang boleh digunakan bagi tujuan pemasaran. 

 

Bahan pemasaran yang paling penting dalam program dropship adalah gambar-gambar produk yang kita bakal promosikan. 

 

Gambar-gambar produk ini, kita boleh upload di laman web milik kita, upload di media sosial ataupun kita upload di kedai online kita, sama ada di Shopee ataupun di Lazada. 

 

Ketiga

Apabila ada pelanggan yang minat nak beli, dia akan menghubungi anda dan akan membayar harga yang anda telah tetapkan. 

 

Pihak syarikat biasanya akan menawarkan anda harga yang lebih murah untuk produk yang anda promosikan. 

 

Anda pula akan jual semula produk tersebut dengan harga runcit, atau harga pasaran. Dekat sini sebenarnya terpulang pada anda nak letakkan harga berapa pun, asalkan ada untung.

 

Formula mudahnya ialah, anda letakkan harga seperti berikut 

Harga Jual = Harga Dropship + Untung yang anda mahukan


Keempat 

Selepas pelanggan membuat bayaran kepada anda, anda pun gunakan duit tersebut untuk buat pembayaran kepada pembekal dropship anda pula. 


Kelima 

Syarikat dropship akan segera menghantar produk tersebut terus kepada pelanggan anda.

 

Dalam program dropship ini, peranan anda adalah seolah-olah anda adalah penjual. Anda adalah pemilik produk dan anda adalah pemilik perniagaan.

 

Pelanggan anda tak perlu tahu pun yang anda sebenarnya adalah seorang ejen dropship. Bagi mereka (pelanggan) andalah pemilik bisnes tersebut. 

 

Jika anda memilih untuk buat dropship, anda perlu tahu bahawa semuanya anda perlu buat sendiri. 

 

Dari segi cari prospek. 

 

Urus tempahan. 

 

Customer support. 

 

Jawab pertanyaan pelanggan dan segala khidmat sokongan setelah jualan. 

 

Cuma... penghantaran sahaja yang anda tak perlu buat. 

... kan senang? 

 

Oh lagi satu, dalam program dropship ini juga, anda tak perlu nak keluar modal yang besar untuk simpan stok barang yang hendak dijual. Kalau anda kena keluar modal sekalipun, ianya hanyalah untuk tujuan pendaftaran sahaja. 

 

Contohnya macam program dropship Bookcafe yang saya kongsikan tadi. 

Jika minat nak join, boleh daftar disini

 

Pendaftaran sebagai ejen dropship ini mungkin akan ditutup pada bila-bila masa. Jadi silalah bertindak segera, sementara tawaran masih dibuka. 

 

Andai kata anda perlukan maklumat yang lebih lanjut mengenai program ini, boleh baca posting saya yang berjudul buat duit dengan program dropship Bookcafe

 

Jadi, dari comparison seperti ini, saya harap dapatlah membuka fikiran anda, mana satu yang lebih berbaloi untuk difokuskan dan mana satu yang lebih sesuai dengan jiwa anda. 

 

Selalunya... Buat dropship kita boleh dapat untung yang lebih tinggi. Lagipun, kita sendiri yang tetapkan berapa keuntungan, dan kalau nak main harga (asalkan tak bunuh pasaran) juga tak ada masalah. 

 

Nak lagi untung? 

 

Buatlah dua dua serentak... 

 

Itupun kalau anda mampu.

 

Saya pun sebelum ini buat kedua-duanya serentak. Kemudian bila saya dah mula nampak rentak dan dah mula faham macam mana cara yang betul untuk buat pemasaran sehingga berjaya buat sales, akhirnya saya pilih untuk fokus satu sahaja. 

 

Agak-agak, yang mana satu yang saya pilih. Cuba teka. 



 

2 ulasan:

  1. sy ada satu soalan..kalau join jadi dropship and kita tetapkan barang dgn harga yg lebih tinggi drpd pasaran, kita byr supplier dgn harga yg lbih rendah, baki duit yg cust byr tu jd duit kite ke cemane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tolong jawab ye admin..:)
      Drpd apa yg sy taw, betolla tu konsepnye..^_^
      harga jualan - harga dropship = UNTUNG..:)
      gunalah untung sebaiknye..;)
      sekadar perkongsian mudah yg penah sy bace, untung jualan harian tolak 2.5% untuk keluarkan zakat..inshaAllah berkat..
      Bukan nilai pd kuantiti tp kualiti..:)
      Assalamualaikum wbt..:)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...