Isnin, 14 April 2014

Nak berniaga apa tahun 2014 ni?

Untuk tahun 2014 ini saya masih lagi meneruskan tradisi pada tahun-tahun sebelum ini. Bermula penghujung tahun 2012, saya mula buat duit 100% menerusi jalan perniagaan. 

Senang cerita, saya buat duit dengan cara berniaga. 

Mungkin budaya berniaga ni bukan menjadi pilihan masyarakat Melayu yang mendiami sekeliling saya. Mereka kerap beri respons yang agak menjengkelkan bila saya kata saya berniaga

Mereka pelik bila lihat saya macam ada terlalu banyak masa terluang. 

Most of the time saya akan mengadap laptop. 

Sambil-sambil itu, tangan saya akan ligat bermain-main dengan keyboard dan menghasilkan ayat-ayat tertentu, sama ada 

--> Ayat-ayat iklan 

--> Artikel-artikel promosi 

--> Email pemberitahuan 

... dan banyak lagi. 

Walaupun sebenarnya saya buat banyak kerja dalam satu masa, (marketing, customer support dan order process) namun mungkin sebab orang tak berapa tahu apa yang saya sedang buat, jadi mereka sangka saya tak buat apa-apa. 

Entah skala apa yang mereka guna untuk buat penilaian. 

Saya kerap juga dapat soalan macam ni,  

"Saya minat meniaga, tapi saya tak tahu nak meniaga apa. Nak meniaga apa yang sesuai untuk tahun 2014 ni?" 

Biasanya kawan-kawanlah yang suka tanya soalan-soalan susah macam ni. 

Kalau orang luar, pun ada jugak yang tanya soalan-soalan macam ni, cuma jarang-jarang. 

Pendapat yang boleh saya bagi...

Sebenarnya tahun 2014 ini ada terlalu banyak benda yang kita boleh niagakan. Lagi-lagi sekarang ni dah ada bantuan daripada sumber internet. 

Dengan FB, Adwords dan macam-macam lagi, In Shaa Allah, kalau anda jual sampah pun pasti akan ada yang berminat nak beli. 

Pucuk pangkalnya ialah, kena usahakan. 

Promosi kena buat. In Shaa Allah, sales yang anda cari-cari tu pasti akan dapat. 

Berbalik kepada persoalan nak berniaga apa tahun 2014 ni... Kalau boleh, pilihlah cabang perniagaan yang kita minat. Bukan sekadar yang boleh buat duit. 

Berniaga ni kita terpaksa terima hakikat. Kadang-kadang income dia besar, kadang-kadang langsung tak ada. Kadang-kadang cuma cukup-cukup makan. 

Jadi, bila anda diuji dengan tak ada income, satu-satunya perkara yang akan masih lagi buat anda mampu untuk bertahan ialah minat anda terhadap bisnes yang anda sedang jalankan. 

Kalau minat pun dah tak ada... saya khuatir, anda tak akan mampu bertahan lama terutama sekali bila bisnes not going well. 

Kemudian, anda juga kena faham... kenapa anda buat bisnes tu? Kena jelas dengan tujuan, barulah anda tak tercari-cari arah tujuan. 

Kalau nak buat bisnes sebab nak buat duit untuk bayar hutang? Ha... nyatakan. Ada je orang yang buat duit dan bekerja semata-mata untuk bayar hutang

Bezanya ialah orang tu cari duit dengan cara bekerja dengan orang, kita pulak buat duit dengan cara berniaga. 

Walaupun kaedah dia sedikit berbeza, namun niat kita sama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...