Rabu, 23 April 2014

Prestasi Laman Web Promosi Qlimax Extreme Grip Di Search Engine Google

Sekarang ni saya dalam proses cuba jaya untuk rank laman web Qlimax Extreme Grip ke page pertama google.

Ada rezeki, In Shaa Allah boleh dapat limpahan trafik percuma dari search engine. 

Sambil-sambil tu, iklan FBAds pun masih lagi dijalankan.

Kita mencuba. 

Yang menentukan sama ada usaha ini akan berjaya atau tidak, tetap Allah SWT. 

Kalau tengok performance, hasil carian di search engine untuk kata kunci Qlimax Extreme Grip, nampak gaya dah ada laman web saya yang berjaya menduduki page pertama google.

Sampai bila dia akan kekal duk kat situ... saya pun tak pasti. 

Sejak akhir-akhir ini saya perasan, SEO ini umpama kita kayuh basikal. 

Bila kita berhenti mengayuh, alamatnya jatuhlah basikal yang kita tunggang tu. 

Jadi, pengajarannya ialah, untuk memastikan sesuatu laman web untuk kekal berada di tempat pertama search engine, bukan sesuatu yang mudah. 

Yet, ia juga bukan sesuatu yang mustahil. 

Boleh buat... Cuma kena buat selalu. Kena rajin buat backlinking. 

Kena rajin promosikan artikel tu. 

  

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...