Sabtu, 26 April 2014

Serius ke nak buat duit tanpa modal?

Nak buat duit tanpa modal? 

Serius ke? Masih ramai lagi yang percaya benda-benda macam ni wujud ye rupanya. 

Kata salah seorang guru pemasaran saya, modal tak sepatutnya dilihat semata-mata dalam bentuk wang ringgit sahaja. 

Kerana modal itu juga dalam bentuk 

1. Masa

2. Kesihatan 

3. Kenalan

4. Kemahiran 

5. Personaliti 

6. Karekter 

7. Lokasi 

8. Jenama/nama 

...dan ada beberapa perkara lagi yang sendiri dah tak ingat. 

Jika anda ada ramai kenalan... mungkin dalam lingkungan 100,000 - 200,000 orang, amat mustahil untuk anda gagal menjualkan sesuatu kepada mereka. 

Daripada 200,000 orang yang kenal anda, pasti akan ada seorang atau dua yang berminat untuk membeli produk anda. 

Or at least produk yang anda promosikan.  

Jadi, bila kita kata pasal modal ini, jangan sempitkan konteks ia sekadar wang ringgit semata-mata. 

Andai anda rasa nak kumpul wang ringgit sebagai modal permulaan itu payah, mustahil dan susah, anda tukar fokus. 

Kali ini anda fokus untuk dapatkan ramai kenalan. 

Itupun satu modal yang baik. 

Bila anda ramai kenalan, maka akan lagi mudah anda dapat pelanggan. 

Anda kenal saya kan?

Minat tak nak pakai jam tangan flash RPM Speedometer? Klik link kat sebelah ni untuk lihat laman blog saya ya. 

Saya ada kongsikan tentang jam tangan FLASH RPM SPEEDOMETER tu. 

  

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...