Isnin, 14 April 2014

Subscriber tiba-tiba hilang dari Autoresponder

Kadang-kadang memang akan berlaku, subscriber yang kita dah kumpul dengan susah payah dalam sistem autoresponder kita, tiba-tiba berkurang. 

Hari ni kita tengok, total subscriber dalam mailing list kita ada 1,000 ++ orang. 

Esok-esok bila kita tengok balik, 

La... berkurang pulak dah. Dah kembali jadi tak sampai 1,000 orang. 

Anda pernah ke alami?  Masalah subscriber tiba-tiba hilang dari sistem autoresponder!

Saya? Pernah jugak terjadi. Lebih-lebih lagi masa awal-awal dulu baru nak belajar-belajar macam mana nak guna sistem autoresponder time nak buat promosi. 

Actually benda ni kita tak boleh nak main hentam je. 

Ada sebab kenapa subscriber kita hilang dari sistem autoresponder kita. 

Dan adakalanya ia jadi macam ni pun sebab silap kita sendiri. Bukan 100% salah pihak penyedia sistem autoresponder. 

Satu kena ingatlah ye

Si penerima email kita tu pun manusia jugak macam kita. Kalau kita sendiri tak berapa gemar nak baca emel-emel promosi setiap hari, ha... macam tu lah jugak subscriber kita. 

Mereka pun akan naik fed up bila asyik baca email promosi dari kita. 

Maka tak hairanlah kalau ada antara mereka yang protes lalu keluar daripada mailing list kita. 


Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...