Selasa, 15 April 2014

Topik buat duit atau teknik blogging dah lapuk?

Topik perniagaan dan pemasaran internet nampaknya dah kurang HOT sekarang ni. 

Tak macam sekitar awal tahun 2008 dulu. 

Mungkin sebab pada waktu tu, pengetahuan tentang topik ini masih lagi amat terhad agaknya. 

Macam sekarang ni, ia dah jadi seolah-olah common issue. 

So hampir semua orang ada knowledge tentang topik ni. 

lagi kalau topik buat duit atau teknik blogging. Pun lebih kurang jugak. Bersepah-sepah orang nak tulis tentang topik blogging. Dari yang memang pakar tentang blogging, hinggalah orang yang baru nak jadi pakar pasal blogging. 

Pun duk sibuk jugak nak tulis pasal topik blogging

Kalau kat Malaysia ni memang payah sikit nak jumpa orang yang memang betul-betul buat duit dengan blogging semata-mata. Tak macam kat oversea sana tu ha. 

Mungkin juga atas faktor bahasa la agaknya. 

Macam kita yang duk kat Malaysia ni, lagi gemar guna bahasa Melayu bila menulis, kalau ada guna bahasa inggeris pun sekadar untuk bagi sedap kan bahasa je. 

So kalau nak buat duit sebagai penulis blog, sebaik-baiknya elakkan la daripada menulis topik tentang buat duit online ataupun topik buat duit dengan blogging. 

Market dia terlalu competitive dan kebanyakkan orang memang ramai dah yang tahu tentang dua topik ni. 

Tapi kalau nak tulis for the sake of updating the blog, ha.... silakan lah. 

Daripada langsung tak ada tulis pape kan, better tulis something than never kan. 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...