Baru je sekejap tadi saya semak balik posting tentang isu panda : Pembaziran atau perlaburan.
Kot-kot saya ada tersalah tulis.
Baru-baru ni saya terbaca dalam satu blog kot kalau tak silap.
Sebab tak sabar-sabar nak hentam pasal panda, dia pergi tulis yang Malaysia beli panda.
Sebenarnya panda tu Malaysia tak beli.
Perjanjian dia ialah sewa... dan menurut sumber yang saya baca, tempoh sewaan adalah selama 10 tahun.
Bila dah cukup masa nanti akan dipulangkan semula kepada China. Beri panda ni kira simbolik kepada hubungan diplomasi antara kerajaan Malaysia dengan China.
Nak tolak pun mungkin susah, lebih-lebih lagi lepas berlakunya tragedi MH370 yang banyak melibatkan rakyat China.
Cerita sebenarnya saya tak tau.
Tapi kalau ada kaitan, ini bagi menjaga hubungan baik between government, maka nak tak nak perlu ambil juga panda tu.
Entah kenapa, saya pun rasa tak sedap hati pasal panda yang dah sampai ke tanah air kita ni.
Macam ada benda tak best.
Entahlah... tengokkan je la. Sambil-sambil tu doa-doalah tak ada benda buruk akan berlaku.
In Shaa Allah tak lama lagi ebook terbaru saya Jurnal Pemasaran Affiliate akan siap dan mula dijual.
Ebook ini menghimpunkan teknik, strategi, dan tips-tips buat duit dengan program affiliate yang saya pasti, anda tak pernah baca di lain-lain ebook yang sama niche dengan ebook terbaru saya ni.
Macam mana saya boleh terlalu yakin?
Sebab seperti anda, saya juga gemar untuk beli produk baru dan ebook terbaru mengenai topik pemasaran affiliate.
Ulama yang melaungkan syiar Islam rupa-rupanya adalah hak milik parti politik. Amat susah nak cari ulama yang berceramah atas tiket Islam semata-mata.
Kalau ada pun, dia mesti tak popular.
Mengajar di surau-surau kecil atau guru sekolah agama.
Tak dipanggil untuk berceramah di pentas agama yang mempunyai skala audiens yang besar gamaknya.
Soalan kenapa mesti begini, saya kira langsung tak relevan dengan situasi semasa.
Hari ini saya sangat sakit hati, melihat ulama yang dah pandai guna FB.
Lepas tu duk sindir parti politik sekian sekian.
Ulama yang dulunya saya cukup sanjung dan respek, kini yang tinggal hanya rasa benci.
Wow!
Saya dah berubah dari seorang fan kepada haters. Dulu nama beliaulah yang saya akan rekemen pada kawan-kawan dan kenalan yang side track dan ingin kembali kepada ajaran Islam.
Tapi setelah saya follow dan lihat cara dan corak penyampaian dakwah beliau, hampeh.
Semangat kepartian begitu tebal mengalir darah biru.
Saya cuma harap beliau beri statement yang lebih adil.
Bab tudung, bab aurat. Come on la. Kamu pun pendakwah. Kita semua pendakwah.
Itu tanggungjawab kita bersama. Kalau beliau boleh senang lenang menghentam parti politik bukan kerajaan, kenapa layanan yang serupa tak diberikan kepada pihak kerajaan yang ada masalah aurat dan masalah tudung.
Saya tak nak sebut mana-mana nama, sebabnya saya tak nak anda bersekongkol dengan saya untuk dapat dosa mengumpat serta beri pahala free pada beliau.
Sekarang ni saya rasa cukup bosan dengan perangai ulama parti yang terang-terangan milik parti politik, bukan lagi milik penganut agama Islam.
Saya harap ulama dapat kembali berkhidmat untuk agama Islam dan umat Islam, bukan jadi alat politik yang asyik nak membodek parti politik dan turut berkempen politik sedangkan dah tau parti politik yang di kempennya tu bukan yang paling baik untuk Islam.
Topik yang saya kira tengah trending sekarang ni adalah mengenai panda.
Saya perhatikan je apa yang ditulis di media sosial dan apa respons serta pendapat-pendapat dari pelbagai pihak.
Ada yang positif dan ada yang tak berapa positif.
Banyak juga respons yang dah jatuh dalam kategori negatif terus.
Bawa Masuk Panda Adalah satu perlaburan
Bertentangan dengan pendapat yang mengatakan panda ini satu pembaziran, sebenarnya ia adalah untuk tujuan perlaburan.
tang mana perlaburannya tu?
Pertama, kalau nak tengok panda ni kat zoo, kena beli tiket. So ada dapat income dari tiket.
Kedua, rakyat Malaysia, kalau nak tengok panda tak perlu nak terbang ke luar negara, sebabnya dalam negara sendiri dah boleh tengok Panda.
So aliran keluar mata wang kita berjaya dikurangkan.
Hmm... ok, ada ke orang yang excited nak tengok panda?
Ketiga, boleh buat macam-macam souvenir yang related dengan panda dan jual. Contoh macam fridge magnet, t-shirt, mug dan sebagainya. Sticker pun ok.
Saya ingat kalau nak outsource dan beri hak ataupun lesen untuk produce barang-barang macam ni pun, dah boleh dapat jana income.
Keempat, pasni sekolah-sekolah bolehlah digalakkan untuk melawat zoo untuk melihat panda.
So, budak-budak sekolah ada reason untuk buat program lawatan ke zoo.
Kalau tak ada sekolah yang nak buat lawatan secara sukarela, boleh dipaksa relakan ha ha
Kelima, dari maklumat yang saya baca, panda ini adalah sempena hubungan persahabatan Malaysia - China yang menjangkau usia 40 tahun.
Malaysia tak perlu nak melobi negara China untuk dapatkan stok panda untuk dipamerkan di Malaysia.
Berbanding dengan negara lain, jadi, ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk bawa masuk panda ke Malaysia.
... dan mungkin ada lain-lain lagi yang saya terlepas pandang.
Kalau ada yang terlepas, saya update nanti.
Apa pun panda dah datang.
Kita nak bising-bising pun, belum tentu ada sebarang effect.
Kita tengok, sama ada selepas satu tempoh masa nanti, adakah secara keseluruhannya, Malaysia akan dapat untung berlipat ganda atau ia bakal terbukti, panda itu satu pembaziran semata-mata.
Waktu ni sepatutnya saya fokus untuk siapkan ebook terbaru saya yang berjudul "Jurnal Pemasaran Affiliate" tu.
Terpesong sekejap.
Cari mood.
Nampak sangat... dah sampai masa untuk saya turn off semua gangguan. Facebook terutamanya.
Cis
Nak salahkan FB pulak.
Klien ajak chatting tak kan nak buat tak endah.
Prospek tanya pasal produk yang dia nak beli, tak kan nak buat sombong. Mungkin rezeki saya ada disitu pada waktu tu, menanti untuk saya ambil, tapi kalau saya layan macam nak tak nak...
Jangan menyesal.
Ebook "Jurnal Pemasaran Affiliate" ini mengisahkan tentang buat duit dengan program affiliate.
Ia dalam bentuk ebook. Bukan video, bukan audio.
Sebabnya saya lebih selesa menulis. Saya pun pernah kata sebelum ini, jari jemariku ni lebih mudah dan tangkas apabila menaip berbanding melukis, merakam dan sebagainya.
In Shaa Allah tak lama lagi nak siap dah.
Tak target pada golongan yang dah expert dalam bab-bab affiliate.
Nanti kang tak pasal-pasal korang label produk ni sampah pulak.
Bukan boleh percaya sangat that so called otai ni.
Dia yang beli salah produk, produk yang bukan khas untuk dia, then suka-suka hati je pergi label produk orang ni sampah, produk orang tu tak ada kualiti bagai.
Apapun, pengalaman melancarkan produk-produk sebelum ini banyak beri saya pengalaman berharga.
Produk ini mengisahkan tentang bagaimana anda selaku jurujual boleh memanipulasi psikologi pelanggan sehingga mampu untuk mendorong mereka untuk lakukan pembelian.
Ni bukan ebook tentang cara nak buat marketing.
Ini ebook untuk bantu anda memahami bagaimana manusia berfikir dan bertindak, dan dari situ barulah anda boleh rangka strategi pemasaran anda dan sesuaikan dengan platform pemasaran sama ada nak guna blog, FB, FBAds, emel dan sebagainya.
Jelas, kan?
Yang buat saya rasa sakit jiwa... Bila ada pelanggan emel dan marah-marah.
Buku yang saya beli bila nak pos?????
Pfft
Beli ebook ni, mana ada nak kena pos-pos tuan, puan, makcik...
Isu dengan produk informasi ini ialah, bila kita jual sesuatu produk tu, kita kena pastikan pelanggan kita faham dan informasi tersebut sampai pada dia.
Kalau dapat pelanggan yang tak pandai nak buat tempahan, sebab ia melibatkan transaksi online, maka proses education kita dah bermula pada waktu itu juga.
Tak bermakna, pelanggan hanya akan dapat ilmu lepas bayar dan dapatkan produk yang dibeli.
Ada ketikanya, kita akan dapat pelanggan yang betul-betul fresh.
Memang sepatah hape pun tak pernah dengar dan tak pernah tahu apa benda affiliate, blogging, internet marketing dan sebagainya.
Cara paling mudah ialah pulangkan semula duit (refund) dan kata pada dia yang produk sekian sekian ni kurang sesuai untuk level dia.
Namun, jika kita mampu bersabar melayan kerenah pelanggan yang fresh macam ni, mungkin sebenarnya kita berpeluang untuk dapatkan jualan berulang dari pelanggan yang sama, lagi dan lagi dan lagi sampai 100 kali.
Kuncinya ialah kesabaran yang tinggi.
Heh
Walaupun maksud nama saya ialah "kesabaranku", adakalanya saya juga akan hilang sabar.
Baiklah, kalau anda masih lagi belum dapatkan panduan pemasaran di FB, boleh dapatkan sekarang ye.
Walaupun sebenarnya ramai yang join bisnes tone excel ni tak berapa cerdik bab SEO, tapi, saya perhatikan ramai jugak yang gunakan teknik SEO ni secara tak sedar.
Ye ke tak sedar?
Hmm tak sedar la kot.
Cuba ditanya.
Adakah anda guna teknik SEO untuk promot bisnes Tone Excel ni? Kalau tengok riak muka macam blur-blur je, maknanya memang confirm.
Dia pun tak tau apa yang digunakan tu adalah teknik SEO.
Teknik SEO ini bagus untuk mempromosikan bisnes Tone Excel ini.
In fact saya akan kata, teknik SEO ni bagus untuk mempromosikan apa jenis bisnes sekali pun.
Tetapi, sama ada teknik SEO ini mampu untuk hasilkan income, itu cerita lain.
Kiranya, kalau korang nak pakai teknik SEO untuk tujuan create awareness mengenai bisnes ni, memang sesuai sangatlah.
Namun, tak perlu nak expect tinggi sangat.
Melainkan anda ada pasang special software/promotion tools pada laman web anda.
Yang mana laman web anda mempunyai kemampuan untuk buat follow up kepada prospek anda sampai mereka setuju untuk membeli sim kad dari anda.
Jobdirumah ini menghimpunkan kerja-kerja kosong yang boleh kita apply dari rumah. Kerja tu pulak ada macam-macam, dan sepanjang pemerhatian saya, kerja tak akan habis.
Cuma satu perkara yang anda perlu pertimbangkan dan lihat dengan wajar. Sama ada sesuatu job tu sesuai atau tidak dengan anda. Tak boleh jugak kalau nak main sebat semua job kalau akhirnya anda sendiri blur dan tak tau macam mana nak selesaikan sesuatu job tu.
Itu cerita lain.
Saya tak mau anda terpesong.
Orang yang langgan perkhidmatan dari jobdirumah, sebab mereka faham, kalau cari kerja sendiri pasti susah nak dapat (kalau tak pandai buat marketing)
Sebagai short cut, ada baiknya anda hanya guna sahaja kemudahan yang dah disediakan oleh pihak jobdirumah.
Hanya perlu gunakan search engine yang mereka dah sediakan untuk anda cari kerja kosong tersebut.
Saya tahu ada beberapa yang anda masih tak faham, sebab tu jobdirumah diwujudkan.
Mereka akan beri penerangan untuk beri pencerahan kepada anda.
Senang kata, jobdirumah adalah shortcut untuk kejayaan anda dan untuk pastikan anda akan sentiasa ada job untuk dibuat.
Saya terangkan macam biasa. Sebenarnya ni bukan kali yang pertama saya buat sales presentation kat abang saya yang sorang ni.
Masalah beliau bukan duit.
Setakat simkad harga RM90... langsung tak ada masalah untuk dia.
Kalau nak terus beli 10 keping pun dia tak ada masalah.
Cuma dia perlu fikir. Fikir dan terus berfikir.
Ok ini sebenarnya sindrom.
Saya petik semula situasi yang pernah di ingatkan oleh seorang lecturer saya masa zaman-zaman study dulu.
Gelarannya ialah paralysis by analysis.
Bukan masalah tak kaji, tapi terlebih kaji. Sendiri tak gerak dan tak maju ke depan.
Wal hal semua info dah ada dalam tangan, hanya perlu tindakan.
Saya dah terangkan tentang Big Point. Ada ruang nak close sale kat situ.
Bisnes tone excel ni, promote secara online memang lagi mudah. Kita tak perlu keluar rumah dan tak perlu nak jumpa orang. Sebenarnya bila kita dapat jumpa orang itu lagi berkesan.
Kita nampak apa-apa perubahan yang berlaku pada riak wajah orang yang berada di depan kita.
So dari situ kita faham, nak fokuskan penerangan kita di mana dan pada point apa.
Tengoklah. Ada rezeki, mungkin satu keluarga abang saya ni akan tukar kepada sim kad Tone Excel.
Lagipun dia nampak suka dengan pelan dan keistimewaan sebagai pengguna. Wallahua'lam
Blog saya menerima trafik organik dari search engine bagi kata kunci Qlimax Extreme Grip.
Qlimax extreme grip adalah merupakan salah satu produk lelaki yang saya promosikan menerusi blog.
Pada asalnya produk ini adalah salah satu produk yang disenaraikan di laman web edyclick.
Tapi rupanya hanya untuk tempoh terhad sahaja.
Kini ia dah dikeluarkan.
Alang-alang kerja SEO dah dijalankan, dan ia masih lagi menerima trafik organik, maka saya masih lagi terus push untuk pastikan artikel promosi yang saya hasilkan berupaya untuk masuk ke page pertama google.
Lepas dah masuk page pertama google, cabaran seterusnya adalah untuk pastikan ia kekal disitu.
Ini screenshot yang terbaru.
Di ambil pada jam 6.10 petang, 21 May 2014
Ia berada dikedudukan yang ketiga untuk kata kunci Qlimax Extreme Grip.
Soalan-soalan ini pernah ditanya kepada saya satu masa dulu.
"Adakah anda mempunyai semangat yang berkobar-kobar untuk jadi boss kepada diri sendiri?"
Orang putih kata, Be your own boss
Jawapan saya? Dah tentulah
SAYA NAK
Bila difikirkan semula, tak sanggup rasanya nak kerja untuk orang lain seumur hidup dan untuk selama-lamanya.
Lebih-lebih lagi bila saya mula fikirkan, hidup atas muka bumi ini hanyalah persinggahan. Kita bukan nak diami bumi ini selama-lamanya.
Satu masa nanti dan entah bila ketikanya, kita akan dipanggil untuk mengadap ilahi.
Saya nak, pada waktu itu terjadi, adalah ketika saya benar-benar sedia dan ketika itu saya adalah hamba Allah yang benar-benar taat.
Bukannya hamba manusia yang taat kepada majikan.
Perkara ini abstrak.
Tak semua orang akan setuju dengan apa yang saya kata.
Saya pernah berhadapan dengan satu situasi dimana saya pelu pilih, sama ada nak ikut cakap tuan atau nak patuh perintah Tuhan.
Situasi dia macam ni.
Waktu Asar. Dah sampai ke hujung-hujung waktu pun.
Saya terpaksa escort boss saya untuk ke satu lokasi. Bila dah kena sentiasa follow boss ni, maknanya saya perlu berada kat mana dia ada.
Kalau tiba-tiba saya hilang, dan pada waktu tu, dia perlukan saya ada kat sebelah dia, maka habis... dia akan bising.
Jadi saya perlu berhadapan dengan situasi sama ada nak tinggalkan boss dan pergi solat, ataupun stay dengan boss dan tinggalkan solat.
Itu contoh satu.
Contoh sebelum tu. Juga berkaitan dengan solat.
Especially time solat Jumaat. Kan perlu masa yang panjang. Kalau kebetulan hari jumaat saya cuti, maka senang saya nak keluar solat.
Kalau kebetulan waktu tu saya kena kerja, ha... cerita dia panjang. Walaupun boss (bukan Islam) tak larang saya keluar solat (Hei mana boleh larang) tapi saya tak suka tengok dia masam muka.
Kerja pun jadi tak best.
Jadi kat situ saya lihat solusi yang terbaik untuk saya ialah untuk jadi bos pada diri sendiri.
Itu yang buatkan saya nak jadi bos kepada diri sendiri!
kalau anda, saya tak pasti lah macam mana dan atas sebab apa.
Saya harap si penanya tu tak salah anggap mahupun salah faham.
Saya harap juga ayat power yang beliau maksudkan adalah ayat-ayat untuk tujuan menjual dan melembutkan hati prospek supaya tak berbelah bahagi untuk melakukan transaksi dengan kita.
Sebenarnya, di blog utama saya, anda juga boleh muat turun koleksi ayat power.
Saya dah sediakan borang opt in untuk anda muat turun koleksi ayat power tersebut.
Memandangkan iklan ni mempunyai durasi kempen yang agak panjang, maka saya kongsikan dalam posting pada kali ini.
Manalah tau, sepanjang tempoh kempen ni masih lagi berlangsung, tiba-tiba ada yang berminat nak tau dengan lebih lanjut tentang kempen ni.
Rezeki kan.
Kita tak jemput, mungkin kita tak akan dapat.
Jadi, ikhtiar tu kena sentiasa diusahakan.
Program pengiklanan dari 8share ini tak ada lah sesukar mana. Namun, setiap orang perlu ada strategi tersendiri, untuk memastikan iklan yang bakal dikongsikan itu akan dapat sampai ke golongan dan target audiens yang sepatutnya.
Saya percaya... masing-masing punya secret weapon tersendiri.
Dan bila kita katakan ianya sebagai secret weapon, haruslah ia tidak didedahkan kepada umum dengan sewenang-wenangnya.
Anda yang masih belum join 8share tu, jemputlah join.
Setiap kali saya terpandang iklan nuffnang yang berkelip-kelip yang tersiar di blog utama saya, hati saya pasti akan tertarik untuk semak prestasi perjalanan iklan tersebut.
Ye la.. mesti lah nak tau berapa ringgit dah berjaya diperolehi.
Of course saya tulis blog sebab nak buat duit.
In fact, nak buat duit merupakan salah satu tujuan saya menulis dan menghasilkan beratus-ratus blog dan menghabiskan berjam-jam masa yang saya ada.
Kalau apa yang saya buat ni tak ada kena mengena langsung dengan motif nak buat duit, memang tak ada makna saya nak siarkan mana-mana iklan.
Malahan, kadang-kadang saya juga akan buat review mengenai program affiliate.
Kan dah nampak sangat tu.
Gelakkan je orang-orang yang konon-kononnya menulis bukan sebab duit, tapi blog dia lah yang paling banyak iklan. Sampai nak baca pun susah. Kejap-kejap keluar pop up. Kejap lagi keluar pop under. Cara nak buat duit dengan nuffnang saya dah pernah cerita sebelum ni. Ambik kod iklan, lepas tu tempek je kod tu kat blog kita. Lepas tu biarkan je la.
Saya personally dah pernah cash out earning daripada Nuffnang beberapa kali.
Walaubagaimanapun income dari Nuffnang ni kurang konsisten. (untuk kes saya ni la... orang lain mungkin lain isu dia)
Jadi kalau nak buat duit online dan income kita tu pulak memang seratus peratus datangnya dari sumber online, maka kena waspada dan perbanyakkan sumber.
Saya target income saya dari buat duit online RM10,000 konsisten setiap bulan.
Masih jauh lagi, mungkin sebab ada banyak lagi yang saya tak tau kot.
Tak apa la... usaha tangga kejayaan.
Yang penting kita gerak kena kedepan, walau macam mana banyak halangan sekalipun.
Saya perhatikan kawan-kawan baru yang add saya di FB saya. Mereka ada info dan data yang special edition.
Saya perhatikan je berapa banyak FB Group yang mereka dah join. Jumlah paling besar yang saya pernah jumpa sebelum ni... ada yang mencecah hingga 800 group.
Tekaan saya, mereka join group iklan ni.
Tu yang ramai tak hingat.
Saya nak petik salah satu modul yang saya muatkan dalam ebook saya, Panduan Dominasi FB Group, dalam bab mailing list dan sistem autoresponder.
Mana satu yang kita nak buat dulu?
Nak kumpul mailing list dulu, atau kita nak kumpul ahli group sebagai prioriti.
Sebenarnya nak buat mana-mana satu dulu pun boleh.
Tak ada masalah.
Apa yang akan jadi perbezaan yang paling ketara ialah dari segi perjalanan hubungan yang bakal dibina antara anda dan juga list anda tu nanti.
Saya ambil contoh, jika anda mulakan dengan kumpul ahli group dulu.
Dengan cara ini, anda boleh bina relationship terlebih dahulu. Boleh saling berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Bila dah mula mesra, then perlahan-lahan anda boleh mula berikan arah tuju yang lebih jelas untuk mereka opt in ke dalam autoresponder anda.
Bila subscriber anda dah kenal anda, itu lebih mudah.
... dan In Shaa Allah lepas ni, setiap emel yang anda broadcast ke mailing list anda, mereka akan baca.
Berbanding bila anda dapat prospek yang fresh, yang terus jumpa laman web squeeze page anda, bukannya melalui FB Group mahupun blog.
Ini kira prospek yang memang betul-betul fresh ni.
Walaupun mereka dah opt in dalam mailing list anda, anda masih lagi perlukan interaksi yang berterusan supaya mereka akan terbiasa dengan anda.
Untuk bina hubungan dua hala yang lebih baik dan mesra, anda perlu jemput mereka untuk kenali anda dengan lebih dengan meminta mereka add anda sebagai rakan di FB.
Kemudian, sesekali anda juga perlu offer mereka untuk baca cebisan idea dan coretan yang pernah anda hasilkan sama ada di blog atau di status update anda.
Selain itu, untuk bina insider circle atau inner circle anda sendiri, anda perlu jemput mereka untuk sertai group tertutup anda sendiri.
Anda boleh abaikan untuk buat benda-benda yang saya kata ini, tapi, risiko bila anda abaikan ialah, anda mungkin terlepas peluang untuk bina hubungan dua hala yang baik antara anda dan juga prospek anda nanti.
Ada ke yang masih tercari-cari panduan pemasangan sistem autoresponder percuma dari Emelmatik?
Sebenarnya sebagai pengguna sistem autoresponder emelmatik, anda tak perlu nak susah-susah nak pening-pening mana nak dapat panduan ni.
Sebabnya pihak emelmatik sendiri dah berikan panduan khusus untuk pelanggan mereka.
Semuanya ditulis dan disediakan dalam bahasa Melayu.
Jika anda bercadang untuk menggunakan sistem autoresponder emelmatik, anda hanya perlu muat turun panduan tersebut dan ikut sahaja langkah demi langkah yang ditunjukkan.
Mula-mula dulu saya ingat susah sangat nak pasang sistem autoresponder emelmatik ni. Rupa-rupanya mudah je.
Oh ya, dalam salah satu ebook saya, iaitu panduan dominasi FB Group, saya ada juga nyatakan cara-cara untuk setup kempen autoresponder untuk kegunaan kerja-kerja pemasaran anda.
Kalau anda dah pernah baca versi yang disediakan oleh pihak emelmatik sendiri, pun bagus.
Kalau anda baca yang versi yang saya hasilkan, In Shaa Allah akan makin bertambah la kefahaman anda nanti mengenai cara pemasangan sistem autoresponder ni.
Oh kalau anda nak tau cara saya pasang, anda perlu dapatkan di laman web saya.
Post yang ada link, mempunyai kebarangkalian yang sangat rendah untuk keluar dalam newsfeed kawan-kawan kita. KECUALI...
Kalau sebelum ini pernah ada enggagement.
Maksudnya, post yang ada link tu tetap akan keluar pada newsfeed kawan-kawan kita, prioriti kepada mereka yang biasa klik like, komen dan share post post kita sebelum ini yang ada link.
Jadi, teori saya ialah...
Buat banyak-banyak post yang ada link, dan "paksa" kawan-kawan kita like, supaya lepas ni post post kita yang ada link akan keluar di newsfeed kawan-kawan kita tanpa halangan.
Teori je nih :p
Bab macam mana nak paksa tu pulak... hmm nak kena cerita ke?
Ok la, saya bagi satu idea.
Mula-mula sekali buat satu post yang ada link dalam post tu.
Kemudian buat post kedua dan katakan yang anda nak beri hadiah percuma dengan syarat, siapa yang nak hadiah tu kena klik like, atau komen atau share pada post anda yang mula-mula tu yang ada link dalamnya.
Komisyen topup yang boleh kita dapat hasil daripada bisnes Tone Excel ialah seperti berikut
Level 1 = 6%
Level 2 = 3%
Level 3 = 11%
Ianya dalam bentuk peratusan. Ini bermakna ianya berkadaran secara terus dengan berapa banyak nilai RM yang di topup oleh mereka yang berada dalam rangkaian kita.
Kalau kebetulan kita dapat yang jenis topup sebulan sampai beratus-ratus ringgit...
Alhamdulilah.
Untung besar dan berganda.
Kalau dulu, hasil daripada topup untuk kegunaan personal, langsung tak ada sebarang pulangan untuk diri sendiri.
Tapi sekarang nampaknya syarikat dah perkenalkan plan yang lebih mesra pengguna.
Untuk topup personal yang kita buat untuk kegunaan secara peribadi, cash back 3% akan diberikan.
Jadinya, kita akan dapar cash back rebate sebanyak 3% atas nilai topup yang kita buat untuk kegunaan peribadi.
Lepas tu akan dapat free credit lagi.
Then network kita pulak akan menyumbangkan komisyen secara autopilot pulak daripada nilai topup mereka.
No wonder memang sangat pantas orang buat bisnes Tone Excel ini.
Tapi tengok-tengok dah panjang pulak artikel tu. So, tak jadi la nak buat macam tu.
Kalau nak kerja dari rumah, apa syarat wajib yang kita kena penuhi ya?
1. Ada sambungan internet yang stabil dan ada laptop/komputer
Ini paling basic.
Kalau dua benda ni tak ada... la... macam mana nak buat kerja nanti.
2. Mempunyai ruang kerja yang selesa
Pastikan ada meja.
Ada kerusi yang selesa untuk anda bekerja.
Keadaan perlu selesa untuk elakkan anda dapat sakit yang pelik-pelik. Contohnya macam sakit belakang dan sebagainya.
3. Anda mampu bekerja tanpa pengawasan
Yang ni penting sebabnya tak ada siapa yang akan monitor kerja anda.
Yeay!
Tak ada supervisor yang akan kacau anda dan sibuk-sibuk nak cek hasil kerja anda. Best kan macam tu?
Well setengah orang ni, bila tak ada yang semak kerja dia, dia mengeliat. Tak buat kerja pulak.
4. Mampu buat kerja ikut dateline
Setiap kerja yang disenaraikan di laman web jobdirumah ada dateline.
Kalau majikan yang beri job tu kata kena siap dalam masa dua hari, anda kena ikut masa yang ditetapkan.
Kalau dah tau tak boleh ikut ketetapan masa yang diberi, jangan apply kerja tu.
Kalau anda dah apply, lepas tu tak ikut masa yang ditetapkan, anda hanya akan mencalarkan reputasi anda je nanti.
Di masa akan datang, anda akan susah nak apply kerja dah.
5. Jangan terlalu demand bab gaji
Bekerja secara online ni sedikit berbeza berbanding kerja secara offline.
Majikan tak kenal siapa kita.
Kita nak nego dalam bab-bab harga ni pun payah jugak.
Kalau anda masih baru, cadangan saya ialah, buat seberapa banyak kerja yang boleh yang berkaitan.
Tujuannya adalah supaya anda dapat penuhkan portfolio anda dengan senarai kerja.
Ini juga menunjukkan anda mempunyai pengalaman kerja dengan jobdirumah yang luas dan secara tak langsung ini dapat meningkatkan keyakinan bakal majikan yang lain untuk mengupah anda bekerja.
Ok sekarang anda dah tau apa syarat wajib untuk bekerja dari rumah.
Pengangguran itu merupakan satu masalah! Setuju dengan kenyataan saya ni?
Jika anda setuju yang pengangguran ini adalah satu masalah, maknanya ada juga setuju yang ia perlu diselesaikan. Lagi cepat ia diselesaikan lagi bagus, betul kan?
Bila kita kata menganggur, maksudnya tak ada kerja. Kalau ada kerja, maka tak adalah istilah menganggur tu lekat pada diri.
Tak ada kerja then tak ada income, nak buat apa-apa benda yang melibatkan penggunaan duit amatlah terbatas jadinya.
Apa punca berlaku pengangguran?
Ada banyak kalau kita nak perhalusi. Tapi saya tak bercadang nak cerita semua. Tak mau la artikel ni jadi terlalu akademik sifatnya.
Jadi saya ceritakan yang simple-simple je sesuai dengan motif artikel ini ditulis iaitu untuk perkenalkan program latihan jobdirumah.
Pertama, pengangguran terjadi disebabkan peluang pekerjaan yang terhad. Kalau nak kerja jugak, anda kena travel jauh. Kalau tak sanggup travel jauh, maka anda terpaksa pindah lokasi kediaman.
Bila melibatkan travel dan relocate ni, maka kos hidup dan kos sara diri meningkat. Jika pendapatan tak sebanding dengan kos, maka penat je kerja, duit habis macam tu je.
Kedua, pengangguran selalu jadi sebab individu tu sendiri yang memilih untuk tak nak ada kerja tetap.
Contohnya saya sendiri. Saya tak minat nak jadi kuli sepanjang hayat dan asyik terikat dengan kerja yang saya kadang-kadang suka, kadang-kadang benci.
Ketiga, pengangguran ini dah jadi ibarat satu trend. Trend masa kini, kita nak jadi pekerja bebas. Freelancer.
Sebagai Freelancer, kita sendiri yang tetapkan berapa kita perlu dibayar, berapa yang patut kita terima sebagai bayaran.
Kita bekerja sendiri, dan jika nak bekerja untuk orang lain sekali pun, kita nak kerja dan dibayar dalam bentuk komisyen. Kalau besar nilai sesuatu projek, maka percent yang kita boleh dapat dari projek tu pun besar jugak.
Ini yang kita mahu.
Macam mana jobdirumah boleh tolong atasi masalah pengangguran ni?
Macam yang saya sebutkan tadi. Kalau anda ada kerja, maka tak ada lah anda dilabel sebagai penganggur.
Kan?
Jobdirumah, menerusi sistemnya, anda akan dapat akses kepada beribu-ribu kekosongan kerja dari seluruh dunia yang memerlukan pekerja bebas ataupun freelancer.
Ada macam-macam jenis kerja yang anda boleh pilih.
Cara kerja di jobdirumah.
Anda akses ke member area.
Lepas tu anda guna sistem carian jobdirumah, dan masukkan kata kunci yang anda inginkan.
Sebagai contoh anda ingin kerja-kerja data entry. Maka anda hanya perlu taip "data entry"
Senarai kerja akan muncul di hadapan skrin monitor anda. Anda hanya perlu pilih mana-mana kerja yang anda faham dan yang anda yakin boleh buat.
Buat kerja yang anda dah pilih hingga sempurna, kemudian hantar, lepas tu barulah terima bayaran.
Tak jauh beza macam kerja biasa.
Cuma menerusi Jobdirumah, anda akan bekerja atas talian. Selagi mana lokasi anda berada mempunyai sambungan internet dan laptop atau komputer, anda boleh bekerja.
So, ia akan buatkan untung kasar yang kita dapat tu jadi merosot.
Kena pandai cari orang-orang tertentu yang tak kisah nak bagi kita buat pinjaman tanpa interest.
Skil untuk dapatkan modal.
Ini salah satu skil terpenting dalam berniaga kedai runcit. Lagi besar modal boleh cari, In Shaa Allah lagi tinggi potensi pendapatan yang kita boleh dapat dari perniagaan jenis runcit ni.
Beberapa hari lepas, (11 May) Alhamdulilah berjaya dapat modal injection. Pinjaman tanpa bunga. Pinjam banyak tu, pulangkan pun banyak tu jugak.
Untung 100% saya simpan. Masa awal-awal bukak kedai runcit dulu, tak ada sapa pun yang bagitahu, nak niaga ni kena selalu cari modal. Dari masa ke masa kena suntik modal. Modal sedia ada, kalau nak harap dia kembang sendiri, lambat. Kalau duk tunggu modal tu jugak, alamak sampai bila-bila pun macam tu je la bisnes kita.
So macam mana pun kena ada tambahan modal.
Modal ini saya target untuk jual produk yang boleh beri pulangan sekitar 20% untuk setiap jualan.
Bermakna potensi pendapatan sekitar RM120.
Mudah-mudahan cepat dapat jualan, ada rezeki,
RM120 x 3 kali pusingan rolling duit mudah-mudahan dapat kumpul untung RM360
Ini yang saya maksudkan, kena tahu mana nak cari modal.
Saya pinjam dari orang yang saya boleh percaya dan dia juga percaya saya.
Niat dia untuk bantu saya yang memang dalam kesusahan.
Lagipun, dia memang ada duit yang masih belum nak digunakan dalam masa terdekat.
Daripada duk lekat dalam Bank dan bagi bank niagakan, lebih baik bagi kat saya.
Skrip paling ganas yang saya pernah guna pun setakat samseng Facebook. Apa yang saya perasan, lepas guna skrip tu, bilangan likes memang naik jadi lagi banyak, tapi bilangan pelawat makin berkurangan.
Maka tahu lah saya lepas tu, yang sebenarnya orang tak suka bila kena paksa likes likes macam tu.
Disebabkan itu, maka saya terpaksa ubah sikit cara.
Sebenarnya ramai yang dah tahu tentang laman web 8share dan potensinya untuk bantu kita jana pendapatan yang lumayan setiap bulan...
Tapi sayang...
Berapa kerat sangat yang nak buat dengan serius.
Ada pun buat acuh tak acuh.
Saya pun macam tu jugak.
Semalam masa saya login, tengok-tengok dah ada RM30.20 earning dalam akaun 8share.
Tinggal beberapa ringgit je lagi nak bagi cukup RM50 sebagai syarat minimum untuk cash out.
In Shaa Allah, saya cuba untuk pulun dalam masa beberapa hari ni untuk cuba target.
Sebenarnya saya pun tak ada pengalaman cash out lagi 8share ni.
Kalau ikutkan, earning tu pun saya dah kumpul dari tahun lepas. Kemudian berhenti promot sekejap.
Berhenti pun sebab ada kekeliruan dengan sistem 8share.
Sekarang ni dah mula faham dan dah boleh back on track. Kalau anda masih lagi berbelah bahagi dan masih lagi tak tau nak buat apa untuk buat duit tanpa modal, jom join 8share.
Buat perlahan-lahan pun tak apa.
Tak perlu nak rushing.
Kadang-kadang ni, kita kena rileks bila buat duit online. Tak perlu nak ada tekanan yang tak perlu ni.