Jumaat, 9 Mei 2014

Harapan Masih tetap ada

Harapan tu tetap masih ada. Walaupun masa akan datang kelihatan amat kelam dan sukar. 

Teruskan berdoa dan jangan berhenti berharap. 

In Shaa Allah, setiap apa yang sedang berlaku sekarang ni, Allah Maha Mengetahui. 

Buat penggiat bisnes online, teruskan beriklan. Iklankan bisnes anda setiap hari. 

Kita lihat contoh paling dekat dengan kita di media main stream. 

Iklan maggi contohnya. Semua orang dah tahu tentang maggi, namun setiap hari mesti ada iklan produk maggi. 

Kenapa mereka tak hentikan iklan mereka? Kan dah ramai yang tahu tentang kewujudan produk mereka. 

Maka kat sinilah satu contoh terbaik yang kita boleh ikuti. 

Walaupun semua orang dah tahu tentang kewujudan produk dan perniagaan kita, namun jangan sesekali kita hentikan kerja-kerja promosi. 

Teruskan teruskan teruskan! 

Adakalanya saya turut terkesan dengan kehebatan kempen dan promosi iklan yang dijalankan oleh bisnes orang lain. 

Namun saya faham, ia tak memberi sebarang kesan yang baik pada saya jika ia membuatkan diri saya terduduk, terdiam dan tak buat apa-apa.

Maju kehadapan, bukannya bergerak ke belakang. 

Pesanan ini? 

Di taja oleh produk kasturi Syifa Al Muafi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...