Salah satu cabaran kerjaya sebagai freelancer ialah nak dapatkan job.
Berbeza dengan bila kita kerja dengan syarikat orang lain, bila kita kerja dengan orang job sentiasa ada. Kadang-kadang, job lebih banyak berbanding apa yang kita mampu siapkan dalam sehari.
Contohnya, kita kerja dari pagi sampai petang, 8.00 am - 6.00 petang.
Kadang-kadang tu sampai kita terpaksa buat kerja lebih masa, namun kerja tu tetap tak akan surut.
Cuba anda bekerja sendiri.
Anda fikir anda akan sentiasa ada job macam kerja dengan orang? Fikirkan semula.
Pengalaman saya sebagai freelance internet marketer sebelum-sebelum ini, nak dapatkan satu job bukanlah perkara yang mudah.
Susah beb...
Bukan nak takut-takutkan orang yang berminat nak jadi freelance ni, saya cuma nak beritahu gambaran sebenar.
Sebagai freelance, bukan perkara mudah untuk dapatkan job.
Banyak benda nak kena buat dalam satu-satu masa bila kita jadi freelancer ni. Anda nak kena buat marketing, anda kena deal projek dengan client, anda kena siapkan projek, lepas tu anda kena uruskan dari segi customer servis...
Oh banyak sangat benda yang nak kena buat ni.
So ini memang bukan benda main-main dan bukan benda mudah.
Berapa nilai satu job?
Hmm ni lagi satu hal. Kadang-kadang tak besar mana pun.
RM15 satu job, boleh jadi RM20, RM30 dll... tak banyak sangat lah.
Nak ambik atau tak? Terpulang pada anda.
Kalau anda ada sumber lain, itu lain cerita. TETAPI... kalau income anda bergantung pada sumber yang ni je... even sekecik mana pun kena ambik jugak.
Kalau tidak, ha... siaplah... bulan tu punya income sikit. Nak bayar komitmen-komitmen bulanan pun tak cukup.
Jadi bagaimana jobdirumah ni boleh membantu anda sebagai seorang freelancer?
Pertama, jobdirumah akan carikan kerja kosong untuk anda. Mereka ada sistem yang bagus, dan dengan sistem ini, setiap hari, inbox email anda akan dihujani dengan emel tentang kerja kosong.
Pada satu-satu masa, ada lebih 10,000 kekosongan kerja. Boleh lihat bukti di laman web jobdirumah.
Kemudian, anda juga akan menerima latihan. Latihan ini memang sesuai dan patut dilalui oleh semua orang yang memang ingin jadikan bidang kerja dari rumah sebagai sumber pendapatan atau kerjaya tetap.
Jangan... jangan... dan jangan sesekali anda tanamkan niat nak bekerja dari rumah tanpa ilmu.
Persaingan di luar sana sangat lah sengit! Kalau ilmu anda tak cukup ataupun masih sikit... alamatnya anda kena buli teruk je la nanti.
Disebabkan itu, jobdirumah turut menyediakan latihan untuk para ahlinya.
Bila saya kata latihan, bukanlah bermakna anda kena datang kursus atau akan ada seminar yang anda kena datang... bukan. Latihan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk nota.
Anda perlu baca nota-nota tersebut. Ada juga dalam bentuk video. Tonton video yang disediakan untuk tambah kefahaman anda.
Konsep self learning digunakan dalam konteks latihan yang diberikan oleh jobdirumah.
In Shaa Allah, anda buat dengan konsisten, pasti akan ada habuan yang menarik dan bagus untuk anda.
Daftar sebagai freelancer dengan jobdirumah sekarang [klik sini]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan