Jumaat, 23 Mei 2014

Isu Panda - Pembaziran atau Perlaburan?

Topik yang saya kira tengah trending sekarang ni adalah mengenai panda. 

Saya perhatikan je apa yang ditulis di media sosial dan apa respons serta pendapat-pendapat dari pelbagai pihak. 

Ada yang positif dan ada yang tak berapa positif. 

Banyak juga respons yang dah jatuh dalam kategori negatif terus.

Bawa Masuk Panda Adalah satu perlaburan

Bertentangan dengan pendapat yang mengatakan panda ini satu pembaziran, sebenarnya ia adalah untuk tujuan perlaburan. 

tang mana perlaburannya tu? 

Pertama, kalau nak tengok panda ni kat zoo, kena beli tiket. So ada dapat income dari tiket. 

Kedua, rakyat Malaysia, kalau nak tengok panda tak perlu nak terbang ke luar negara, sebabnya dalam negara sendiri dah boleh tengok Panda.

So aliran keluar mata wang kita berjaya dikurangkan. 

Hmm... ok, ada ke orang yang excited nak tengok panda? 

Ketiga, boleh buat macam-macam souvenir yang related dengan panda dan jual. Contoh macam fridge magnet, t-shirt, mug dan sebagainya.  Sticker pun ok.

Saya ingat kalau nak outsource dan beri hak ataupun lesen untuk produce barang-barang macam ni pun, dah boleh dapat jana income. 

Keempat, pasni sekolah-sekolah bolehlah digalakkan untuk melawat zoo untuk melihat panda. 

So, budak-budak sekolah ada reason untuk buat program lawatan ke zoo.

Kalau tak ada sekolah yang nak buat lawatan secara sukarela, boleh dipaksa relakan ha ha

Kelima, dari maklumat yang saya baca, panda ini adalah sempena hubungan persahabatan Malaysia - China yang menjangkau usia 40 tahun. 

Malaysia tak perlu nak melobi negara China untuk dapatkan stok panda untuk dipamerkan di Malaysia. 

Berbanding dengan negara lain, jadi, ini adalah satu peluang yang sangat baik untuk bawa masuk panda ke Malaysia. 

... dan mungkin ada lain-lain lagi yang saya terlepas pandang. 

Kalau ada yang terlepas, saya update nanti. 

Apa pun panda dah datang. 

Kita nak bising-bising pun, belum tentu ada sebarang effect. 

Kita tengok, sama ada selepas satu tempoh masa nanti, adakah secara keseluruhannya, Malaysia akan dapat untung berlipat ganda atau ia bakal terbukti, panda itu satu pembaziran semata-mata. 

Ok

Nak yang tak membazir, dapatkan ebook saya bertajuk panduan dominasi Fb Group

Yang ni tak membazir dan pastinya tidak mencederakan poket anda :-)

Artikel ini saya taip sebagai salah satu catatan sejarah yang mungkin akan dilupakan satu masa nanti. 

Jadi sebelum terlupa, baik di catat dulu 

 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...