Saya perhatikan kawan-kawan baru yang add saya di FB saya. Mereka ada info dan data yang special edition.
Saya perhatikan je berapa banyak FB Group yang mereka dah join. Jumlah paling besar yang saya pernah jumpa sebelum ni... ada yang mencecah hingga 800 group.
Tekaan saya, mereka join group iklan ni.
Tu yang ramai tak hingat.
Saya nak petik salah satu modul yang saya muatkan dalam ebook saya, Panduan Dominasi FB Group, dalam bab mailing list dan sistem autoresponder.
Mana satu yang kita nak buat dulu?
Nak kumpul mailing list dulu, atau kita nak kumpul ahli group sebagai prioriti.
Sebenarnya nak buat mana-mana satu dulu pun boleh.
Tak ada masalah.
Apa yang akan jadi perbezaan yang paling ketara ialah dari segi perjalanan hubungan yang bakal dibina antara anda dan juga list anda tu nanti.
Saya ambil contoh, jika anda mulakan dengan kumpul ahli group dulu.
Dengan cara ini, anda boleh bina relationship terlebih dahulu. Boleh saling berkenal-kenalan antara satu sama lain.
Bila dah mula mesra, then perlahan-lahan anda boleh mula berikan arah tuju yang lebih jelas untuk mereka opt in ke dalam autoresponder anda.
Bila subscriber anda dah kenal anda, itu lebih mudah.
... dan In Shaa Allah lepas ni, setiap emel yang anda broadcast ke mailing list anda, mereka akan baca.
Berbanding bila anda dapat prospek yang fresh, yang terus jumpa laman web squeeze page anda, bukannya melalui FB Group mahupun blog.
Ini kira prospek yang memang betul-betul fresh ni.
Walaupun mereka dah opt in dalam mailing list anda, anda masih lagi perlukan interaksi yang berterusan supaya mereka akan terbiasa dengan anda.
Untuk bina hubungan dua hala yang lebih baik dan mesra, anda perlu jemput mereka untuk kenali anda dengan lebih dengan meminta mereka add anda sebagai rakan di FB.
Kemudian, sesekali anda juga perlu offer mereka untuk baca cebisan idea dan coretan yang pernah anda hasilkan sama ada di blog atau di status update anda.
Selain itu, untuk bina insider circle atau inner circle anda sendiri, anda perlu jemput mereka untuk sertai group tertutup anda sendiri.
Anda boleh abaikan untuk buat benda-benda yang saya kata ini, tapi, risiko bila anda abaikan ialah, anda mungkin terlepas peluang untuk bina hubungan dua hala yang baik antara anda dan juga prospek anda nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan